Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Saturday, May 29, 2010

500 sertai bantahan konsert Inul, judi

0 comments

TAWAU, 28 Mei: Kira-kira 500 orang mengadakan demonstrasi aman bagi menyatakan bantahan terhadap kelulusan permit Konsert Inul Daratista dan lesen judi bolasepak oleh kerajaan sempena Piala Dunia Jun ini di Masjid Bandar Tawau selepas solat Jumaat tengah hari tadi.

Pada Jumaat lepas, satu himpunan aman seperti ini telah dianjurkan dan berjaya mendapat reaksi  segera dari seluruh badan badan bukan kerajaan (NGO)  Islam dan parti politik lain di Sabah  serta media cetak tempatan sehingga Konsert Inul  yang dijadualkan berlangsung malam esok ditangguhkan.

“Tidak cukup tangguhkan konsert itu kerana masih ada peluang ianya berlangsung. Kita mahu, batalkan dan haramkan Inul dari menjejakkan kaki di bumi Sabah ini,” tegas Muhd Nasier, Setiausaha PAS Tawau.

Himpunan bantahan tersebut telah dianjurkan oleh PAS Tawau dan turut disokong oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang datang berkumpul di Tawau.

Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

“Kita terima sukan bola sepak, Islam tidak menghalang kita beriadah tetapi kita tidak terima judi,” kata Mahfuz.

Katanya, perjudian akan mengakibatkan keberantakan masalah sosial yang lain, kecurian, kes ragut, pecah rumah dan masalah rumahtangga akan semakin meningkat.

“Oleh itu, seluruh rakyat yang cintakan agama dan negara mesti bersama sama kita membantah terhadap kelulusan lesen judi yang telah diberi,” ujarnya.

Bantahan kemudiannya bersurai secara aman sekitar jam 1.30 petang tanpa sebarang tangkapan.

Read full story

Judi bola: Awang Adek perlu mohon maaf

0 comments

BACHOK, 28 Mei: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, diminta memohon maaf pada rakyat di negara ini khususnya umat Islam kerana telah menyinggung perasaan mereka dengan meluluskan lesen judi.

Anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli ketika memberitahu media berkata, Awang Adek perlu berbuat demikian kerana keputusan yang diumumkannya baru-baru ini telah membuatkan seluruh rakyat termasuk bukan Islam resah.

Beliau berkata demikian selepas majlis demontrasi membantah lesen judi yang diluluskan oleh kerajaan baru-baru ini sebagaimana yang diumumkan Awang Adek.

Program yang diadakan selepas solat Jumaat itu turut dihadiri kaum muslimat dan golongan muda untuk menyokong bantahan terbabit.

Hatta seterusnya berkata, Awang Adek dan kerajaan sepatutnya sejak awal lagi menarik balik kelulusan itu setelah pelbagai desakan disuarakan oleh rakyat pelbagai peringkat.

“Bukan sahaja parti-parti politik, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan masyarakat bukan Islam juga turut memohon supaya lesen tersebut ditarik balik,” ujarnya.

Turut berucap pada majlis itu Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.

Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan  Nik Wan Yusof, Adun Tawang, Ustaz Hassan Mahmood dan lain-lain pimpinan.

Ustaz Latif ketika berucap pada majlis itu mendesak Awang Adek meletakkan jawatan kerana telah mempermainkan soal agama serta tidak layak menjadi pemimpin.

Katanya, Dewan Pemuda menganjurkan majlis berkenaan di Parlimen Bachok sebagai simbolik Awang Adek berasal dari situ.

Beliau seterusnya memohon kerajaan melaksanakan tema kerajaan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

“Jadi kalau nak dahulukan rakyat, dengarlah suara rakyat dan kalau nak pencapaian yang lebih baik dalam pentadbiran negara, batalkan lesen judi,” ujarnya.

Lebih 1,000 orang hadir menjayakan demontrasi mendesak kerajaan menarik balik lesen judi tersebut yang diadakan di pekarangan Masjid Mahmudi, di sini.

Read full story

Sekitar Bantahan Judi Piala Dunia di Bachok Kelantan

0 comments
photo

Read full story

Tuesday, October 27, 2009

Siapa harus dipersalahkan??

0 comments

Cara pembinaan jambatan gantung menyeberang Sungai Kampar di Kuala Dipang dekat Kampar yang runtuh menyebabkan seorang murid lemas dan dua lagi hilang semalam hangat dipersoalkan oleh pelbagai pihak yang berada di tempat kejadian.
Kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan terhadap kejadian itu namun kalangan ibu bapa dan orang ramai yang berada di tempat kejadian, membuat andaian terhadap aspek pembinaan jambatan berkenaan sebagai punca utama kejadian.
"Saya seperti tidak percaya apabila melihat saiz konkrit pelapik tiang jambatan... ia terlalu kecil dan tiada cerucuk," kata seorang penduduk yang enggan dikenali.

Beliau yang mendakwa berpengalaman dalam sektor pembinaan berkata saiz konkrit berkenaan yang kecil tidak sepadan dengan tiang besi jambatan yang turut menampung kabel besi jambatan.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam tadi, 19 murid lain sempat diselamatkan oleh guru dan pengawal SK Kuala Dipang apabila mereka terhumban ke dalam sungai yang mengalir deras apabila sepasang tiang berkenaan runtuh semasa mereka sedang menyeberang Sungai Kampar untuk jamuan.
Murid berkenaan sebahagian daripada 298 murid dari 64 buah sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai aktiviti kokurikulum perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.
Seorang bapa murid, S Thiagaran, 42, berkata beliau hairan apabila melihat konkrit bagi tiang jambatan itu tidak dipasang besi cerucuk.

"Dari pemerhatian saya, simen pada kaki jambatan ini juga masih belum kering dan ia menunjukkan keadaan yang tidak selamat," katanya.
Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dua minggu lepas dan menurut seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kuala Dipang, ia dibina bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang telah runtuh sebelum ini.
Seorang lagi bapa murid Jaafar Arif, 65, berkata tindakan tegas perlu diambil hasil daripada siasatan yang dijalankan pihak berkuasa kerana kejadian itu telah menyebabkan kehilangan nyawa.
Seorang penjawat awam yang berpengalaman dalam kegiatan lasak pula berpendapat bahawa jambatan gantung biasanya dihadkan bilangan pengguna kerana ia berbuai-buai atau bergoyang dan boleh menyebabkan pengguna terjatuh jika tidak berhati-hati.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat tempat kejadian(foto, bertopi)mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa siasatan yang diketuai Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai para pegawai daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan wakil kerajaan negeri Perak.
Jawatankuasa itu akan membuat siasatan terperinci bagi menentukan fakta sebenar yang membawa kepada insiden berkenaan dan membentangkan laporan itu kepada beliau, katanya.
"Kita akan bagi mereka tempoh masa yang sesuai supaya hal ini dapat dilaporkan dengan lengkap dan terperinci," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian pada Selasa.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selepas melawat tempat kejadian malam tadi turut mengarahkan siasatan terhadap aspek pembinaan jambatan berkenaan sama ada mengikut spesifikasi. BERNAMA

Read full story

Saturday, September 12, 2009

Utusan Akhbar Perkauman

0 comments
Read full story

SPRM Lambat Bertindak Siasat Khir Toyo

0 comments

20090912061858_khir-toyo11 Tindakan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan ingin menyiasat bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo mendedahkan ketidakcekapan badan itu sendiri.

Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, siasatan sepatutnya telah dilakukan sejak awal lagi berikutan aduan rasmi daripada beberapa pihak berhubung isu Balkis dan Rumah Agamnya itu.

“ Ini lah sebenarnya perkara terbaik yang sepatutnya SPRM buat sejak dulu lagi, Saya kesal kerana baru sekarang siasatan ini dibuat sedangkan kes itu telah pon dibuatkan atau didedahkan seawal kami masuk pada buln Mac lepas,

“Kalau kita tengok pada kes beliau yang lain seperti kes rumah beliau telah didedahkan pada beberapa bulan lepas, Walaupun SPRM nampaknya macam ingin seimbang dalam siasatan beliau tetapi bagi saya ketidak kecekapan beliau mengambil semua aduan itu secara cepat itu dibuat,” katanya.

Rodziah berkata, tindakan SPRM  itu adalah lewat dan tidak berkesan untuk meleraikan persepsi bahawa badan itu bingkas mensasarkan wakil rakyat pembangkang tetapi pemimpin Umno-Barisan Nasional diberi layanan sebaliknya. .

“Sebab kalau kita tgok apa yang berlaku kepada diri saya sendiri, atau pihak pakatan jika sedikit sahaja cerita itu ditulis didalam blog maka pihak SPRM secara cepat masuk buat siasatan sedangkan bagi pihak Khir Toyo kes ini dilambat-lambatkan seolah ingin menunggu arahan dari seseorang baru siasatan itu dibuat,” katanya. (TVA)

Read full story

Wednesday, September 9, 2009

Samseng Kepala Lembu di Dakwa

0 comments

Enam didakwa di bawah Akta HAsutan di Mahkamah Seksyen Shah Alam kerana mencetuskan ketegangan kaum dengan mengheret dan memijak kepala seekor lembu di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, 28 Ogos lalu.

Read full story

Tuesday, September 8, 2009

Rizab Emas Untuk Beli Kapal Perang

0 comments

Menurut laporan akhbar The Wall Street Journal bertarikh 9 Mei 2005, kerajaan Malaysia bercadang menggunakan rizab emas negara untuk membeli kapal perang dan peralatan tentera daripada BAE Systems PLC bernilai 1 bilion paun (guna symbol paun) atau RM6.8 bilion.
Langkah yang dianggap pelik itu melibatkan penggunaan rizab emas sebagai jaminan kepada urusniaga tersebut. Sebelum itu Bank Negara Malaysia dikritik hebat kerana pernah mengalami kerugian besar kira-kira USD4 bilion pada awal 1990an berikutan penggunaan rizab matawang dalam perdagangan matanwang antarabangsa.
Statistik BNM menunjukkan negara mempunyai rizab emas bernilai USD66 bilion atau RM250 bilion. Laporan itu juga menyatakan sekiranya perjanjian pembelian senjata itu diteruskan Malaysia akan menyandarkan hampir 2.8 peratus daripada nilai rizab emas negara.
Urusan berkaitan kontrak tersebut dikendalikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan ketika itu, Najib Razak yang kini menjadi Perdana Menteri.

(TVANTARA)

Read full story

Monday, September 7, 2009

Bawa Bunga Ros Kena tangkap, Yang bawa kepala lembu relax je..

0 comments


Kejadian perarakan kepala lembu oleh kalangan yang mendakwa penduduk syeksyen 23 Shah Alam mencetuskan kebimbangan masyarkat. Ianya jelas percubaan mencetuskan rusuhan kaum. Bagi mengambarkan kebimbangan terhadap isu tersebut, pihak menteri sendiri turun untuk mendamaikan keadaan, namun sehingga kini dalang yang telah didedahkan umum tidak diambil tindakan.
Ternyata pihak polis "bersopan santun bersangatan" ketika menangani isu tersebut. Bayangkan dengan mengheret kepala lembu, laungan penuh provokasi, polis hanya menjadi pemerhati.. mungkin kepala lembu lebih mendamaikan dari bunga ros dan lilin. perhatikan berita di bawah;
Enam belas orang ditahan, termasuk bekas tahanan ISA P Uthayakumar, sewaktu perarakan nyalaan lilin dekat Dataran Merdeka malam ini.
Ia bermula dengan perarakan oleh kira-kira 100 orang dari Masjid Jamek dekat situ.
Mereka yang menyanyi sambil membawa bunga mawar merah dan putih serta lilin, meminta rakyat Malaysia menghormati satu sama lain.
Bagaimanapun, sebelum sempat sampai ke Dataran Merdeka, mereka dihalang oleh anggota polis di simpang Jalan Parlimen dan Jalan Tunku Abdul Rahman, dan diarahkan bersurai.
Selepas kiraan 10, anggota polis mula membuat tangkapan.
Antara yang ditangkap ialah pemimpin Hindraf S Jayathas dan tunang
Uthayakumar - S Indradevi. Uthayakumar dan Indradevi ditahan ketika sedang beredar dari Dataran Merdeka.
Beberapa anggota polis menerkam ke arah Uthayakumar sehingga dia terjatuh dan kemudiannya dibawa menaiki trak polis.
Ekoran tangkapan tersebut, peserta yang lain beredar meninggalkan kawasan itu pada kira-kira jam 8 malam - hanya 15 minit selepas nyalaan lilin itu bermula.
Tetapi kira-kira 30 minit kemudian, dua orang lagi ditahan- Shanti Waytha Moorthy dan Waytha Nayagi - ketika sedang menghantar SMS mengenai kejadian itu.

http://www.malaysiakini.com/news/112223

Read full story

Sunday, September 6, 2009

Muka Sama, Betul lah..

0 comments
mbsa_3

Kekecohan semasa majlis dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Banquet, MBSA tengah hari semalam memaksa MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23, di sini ditangguhkan serta merta. Ia berikutan disebabkan desakan ekstrem serta perang mulut oleh segelintir hadirin yang menyertai dialog tersebut. Di percayai UMNO menjadi dalang dalam kekecohan ini. Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja UMNO Cawangan Seksyen 23 sendiri, Haji Azmir Md Zain (foto). Antara kata-kata kesat Pak Haji yang akalnya letak di kepala lutut ini ialah "Woi, kaulah pengkhianat-pengkhianat agamalah pukimak!"

Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayai dari kenalan rapat Haji Azmir. Beliau juga mengancam akan membunuh Khalid Samad jika pergi ke kawasannya, Seksyen 23. Beliau juga menghina dan mencemuh Tan Sri Khalid Ibrahim, MB yang dipilih oleh rakyat Selangor melalui pilihan raya yang sah itu. Untuk makluman anda semua, Haji Azmir jugalah yang membuat aksi ekstrem dengan mengheret dan memijak kepala lembu di depan Bangunan SUK Selangor (foto). Sebenarnya UMNO telah berak di tengah jalan tetapi tidak mangaku. Setelah berak yang di tinggalkan 26 tahun lalu hendak dibersihkan oleh Pakatan Rakyat, mereka menyalak semula. Inilah pengkhianatan sebenar UMNO kepada orang Melayu dalam isu kuil di Seksyen 19 ini.

Desakan pemindahan kuil di Seksyen 19 yang sudah 26 tahun tidak diselesaikan oleh UMNO BN tetapi ingin diselesaikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim demi membuktikan kepemimpinan Pakatan rakyat mengamalkan keadilan untuk rakyat tanpa mengira status, agama dan bangsa. Dari insiden kepala lembu berdarah yang diheret oleh Pak Haji yang tak berakal ini sehinggalah perang mulut yang di cetuskan golongan yang tak waras ini merupakan suatu lagi cabaran rakyat Malaysia yang terdiri oleh pelbagai bangsa, agama dan taraf sosial selepas negara mengecapi kemerdekaan kali ke 52 tahun.

Sumber: http://addin77.blogspot.com/

Read full story

Friday, September 4, 2009

AL - FATIHAH, ADUN BN BAGAN PINANG MENINGGAL DUNIA

0 comments

Al-Fatihah, ADUN BN Bagan Pinang, Negeri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini. Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi. Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%

Read full story

SPR bertindak luar biasa sekat pilihan raya kecil tiga DUN Perak

0 comments

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak di luar bidang kuasa dan peranannya kerana enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu, hari ini.
Peguam Datuk S Ambiga, menyifatkan sebagai tidak sah dan tidak rasional keputusan SPR bahawa ketiga-tiga kerusi itu tidak kosong akibat pelantikan jawatan ketiga-tiga penyandangnya seperti yang diputuskan oleh Speaker ketika itu, V Sivakumar.
"Responden keempat (SPR) telah mengambil kuasa dan hak Speaker bagi menentukan bahawa peletakan jawatan berlaku," katanya di hadapan Hakim Lau Bee Lan di kamar.

Ambiga, yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, berhujah mewakili Sivakumar dalam permohonannya bagi satu semakan kehakiman untuk mengarahkan SPR supaya mengisytiharkan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong dan mengadakan pilihan raya kecil.
Sivakumar menamakan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu; Adun Jelapang, Hee Yit Foong dan SPR sebagai responden.
Dalam hujahnya, Ambiga berkata, bahawa menerusi sepucuk surat kepada Sivakumar pada 5 Februari 2009, SPR sudah menyatakan bahawa ia tidak dapat menentukan yang ketiga-tiga kerusi itu kosong, dan dengan itu, tidak boleh mengadakan pilihan raya.

"Selepas menetapkan yang ia tidak dapat memastikan bahawa kekosongan berlaku, SPR sudah membuat keputusan bercanggah bahawa ketiga-tiga kerusi itu masih disandang oleh responden pertama hingga ketiga," katanya.
Sivakumar, 38, memohon perintah mahkamah bagi membatalkan keputusan SPR itu dan mengarahkan suruhanjaya itu mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga kerusi itu.
Beliau juga memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah injuksi bagi menghalang Jamaluddin, Mohd Osman dan Hee daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing.
Mahkamah menetapkan 9 September ini bagi mendengar hujah balas SPR yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md Said. - Bernama

Read full story

Thursday, September 3, 2009

Pakatan Selar Najib Sambung Kontrak KPN Bermasalah

0 comments

20090903205657_musa1

Pakatan Rakyat menyelar tindakan Perdana Menteri Najib Tun Razak menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara bermasalah, Tan Sri Musa Hassan. Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shahrin tindakan menyambung kontrak Musa disebalik tuduhan terbabit dalam sindiket kongsi gelap, pemalsuan bahan bukti serta kegagalan mencantas indeks jenayah kebangsaan adalah amat memalukan.
Badrul berkata demikian merujuk kepada tindakan kerajaan melanjutkan tempoh khidmat Musa untuk setahun kepada September 2010. Musa dijadualkan bersara pada 13 September tahun ini. Ini adalah kali kedua perkhidmatannya dilanjutkan. Kali pertama adalah semasa di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi pada September 2007.


“Bagaimana terdapat koleksi akuan bersumpah bukan sahaja dari orang awam tetapi anggota PDRM sendiri yang mengaitkan musa dengan kegiatan kongsi gelap dan ia lebih memarahkan lagi dalam keadaan negara berdepan dengan indeks kadar jenayah negara yang semakin meningkat.
“Bermakna amat diragui intergritinya ia amat memalukan dan amat menggusarkan seluruh rakyat dalam negara dan rasa amat malu selaku pimpinan dalam parti mengecam dan kesal dengan tindakan Najib mencadangkan pada Yang DiPertuan Agong  untuk Musa dipanjangkan kontrak,” katanya.
Badrul turut menyifatkan hari ini sebagai hari malang bagi negara dengan pengumuman penyambungan kontrak Musa yang merupakan Ketua Polis Negara paling bermasalah.
“Musa ini bukan sahaja diragui lantiknannya terhadap jawatan berkenaan pada peringkat awalnya adalah hasil daripada kesungguhan beliau memalsukan bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini telah dibuktikan dan disebut tetapi tidak dicabar pembuktian tersebut,” katanya.


Sementara itu Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Mohammad Sabu berasa hairan kerana penyambungan kontrak itu kerana Musa mempunyai prestasi buruk dalam mengendalikan pasukan polis.
Menurutnya, ramai lagi anggota polis yang lebih layak untuk dilantik sebagai Ketua Polis Negara.
“Kita amat tidak senang dengan tindakan Perdana Menteri yang menyambung khidmat ketua polis yang kita boleh mengambil mana-mana pemimpin polis lebih berwibawa.
“Kalau mahu jadi yang berwibawa tentu ada tetapi Najib mungkin perlu ketua polis seperti ini untuk menjaga Umno dan Barisan Nasional,” katanya.

Read full story

600 ahli BN Perak sertai PKR Sabtu ini

0 comments

IPOH: Seramai 600 anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Perak didakwa akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong, di sini, Sabtu ini.Bekas Ahli Parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong, berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan adalah anggota MCA, Umno, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini."Kebanyakan mereka daripada MCA dari Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Gopeng, Tambun, Kampar, Taiping dan Lumut," katanya pada sidang media di pejabat PKR Perak di sini, hari ini.

Beliau mendakwa lebih ramai anggota MCA di Perak akan menyertai PKR selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu selesai yang akan diadakan tidak lama lagi."Ini adalah gelombang pertama...ramai lagi akan sertai PKR selepas EGM. Kebanyakan mereka memegang jawatan di peringkat MCA bahagian dan meminta untuk mengundi dalam EGM terlebih dahulu sebelum menyertai PKR," katanya.Ditanya sama ada tindakan menyertai PKR oleh anggota MCA berkenaan ada kaitan dengan kes pemecatan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini, Tan yang juga bekas Naib Pengerusi MCA Bahagian Ipoh Timur berkata anggota parti berkenaan menyertai PKR disebabkan tertarik dengan idea 'sistem dua parti' dan bukannya disebabkan faktor pemecatan bekas Menteri Kesihatan itu.Tan bersama bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng dan bekas Senator, David Yeoh keluar MCA dan menyertai PKR Julai lalu. - Bernama

Read full story

Tuesday, September 1, 2009

Speaker DUN Kedah akan ambil tindakan lanjut

0 comments

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak berlaku kekosongan pada kerusi DUN itu hari ini.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada Penasihat Undang-undang dan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk mengkaji peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan lanjut. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dalam satu kenyataan, berkata SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan pada kerusi Kota Siputeh dan ia masih disandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Hassan Sarif.

Azizan berkata, kerajaan negeri akan mengikut saluran undang-undang termasuk jika terpaksa membawa pengisytiharan kekosongan kerusi DUN itu ke mahkamah. "Kita mahu kepastian sama ada SPR (buat keputusan) betul atau tidak dan biarlah Speaker yang buat kerja kerana yang menghantar surat kepada SPR juga adalah Speaker," katanya. Baru-baru ini, Speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail, mengisytiharkan DUN Kota Siputeh sebagai kosong berikutan ketidakhadiran Abu Hassan pada dua persidangan secara berturut-turut tanpa sebab.

Katanya, arahan untuk mengosongkan DUN itu adalah berlandaskan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dan beliau menghantar notis mengenai kekosongan itu kepada SPR minggu lalu. Abu Hassan, bagaimanapun, mendakwa beliau tidak dapat hadir persidangan DUN Kedah kerana masalah kesihatan dan lewat menyerahkan sijil cuti sakit kepada Speaker DUN atas masalah teknikal. - Bernama

Read full story

Hampir 200 ditahan dalam operasi ambang merdeka

0 comments

Merdekakah kita??

2674185550_fb022e3211_oKUALA LUMPUR 31 Ogos — Kira-kira 200 orang termasuk 60 remaja wanita ditahan di sekitar Lembah Klang kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral dalam “Ops Masih Ada yang Sayang” yang dijalankan sempena ambang kemerdekaan negara ke-52, awal pagi ini.

Operasi selama lima jam bermula kira-kira 1 pagi itu melibatkan beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid) Selangor dan turut disertai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan pegawai-pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang.

Pengerusi Perkid Selangor Masridzi Sat berkata kesemua mereka dalam lingkungan usia 20-an itu ditahan kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral seperti berpeleseran bersama pasangan masing-masing dan melepak di tempat awam.

“Kita amat prihatin masalah sosial di kalangan masyarakat yang semakin meningkat, sebab itu operasi ini diadakan agar mereka disedarkan ke jalan hidup berlandaskan agama Islam terutama cara menyambut sesuatu perayaan (kemerdekaan negara) bukan untuk keseronokan semata-mata dan tanpa matlamat hidup,” katanya kepada Bernama di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang untuk diberi kaunseling dan ceramah agama berkenaan pegangan agama yang betul seperti cara meraikan kemerdekaan negara mengikut acuan agama Islam.

Masridzi berkata kesemua mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila sesi kaunseling berakhir selepas solat Subuh.

Operasi yang membabitkan 90 anggota itu dijalankan di beberapa lokasi secara serentak termasuk di Bukit Langat, Taman Bukit Permai dan Taman Tasik Pandan bertujuan mencegah kegiatan maksiat dan gejala sosial.

— BERNAMA

Read full story

Merdeka!! merdeka!!

0 comments
kereta-beratur

BERATUR ... Kenderaan orang ramai beratur mengisi minyak di sebuah stesen Petronas ekoran kenaikan harga bahan api itu menjelang tengah malam tadi.

Read full story

Monday, August 31, 2009

Hadiah kemerdekaan: Petrol RON95 RM1.80 seliter, RON97 RM2.05 seliter esok

0 comments

KUALA LUMPUR: Mulai esok, petrol baru RON 95 yang diperkenalkan bagi menggantikan petrol RON92 akan dijual pada harga RM1.80 seliter manakala petrol RON97 pula pada RM2.05 seliter.
Perkara ini diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media sebentar tadi.

Read full story

Sunday, August 30, 2009

Kepala Lembu: Penerusan Agenda Utusan Malaysia

0 comments

Setelah sekian lama Utusan Malaysia mengasak isu perkauman, akhirnya lahirlah apa yang berlaku di Shah Alam selepas sembahyang Jumaat semalam, apabila sekumpulan umat Melayu membawa kepala lembu ke pejabat SUK Selangor.  Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad menyifatkan apa yang berlaku itu adalah penerusan dari siri-siri laporan dan tulisan dari akhbar berkenaan yang bersifat berkauman.Image

Bagi beliau, apa yang berlaku juga akibat dari pengaruh akhbar Umno itu terhadap pembaca mereka khasnya di kalangan ahli Umno yang memiliki akhbar berkenaan. Dr Dzul mengulas tindakan sekumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah keputusan kerajaan negeri memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23, kawasan kejiranan mereka.

Mereka telah membuat demostrasi dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah dan diletak di depan pintu pagar pejabat Sultan Salahudin yang menempatkan pejabat SUK dan MB Selangor. Tindakan mereka ini dikira satu penghinaan kepada orang Hindu yang menjadikan lembu sebagai tuhan mereka.

Seorang pembaca The Malaysian Insider menyifatkan langkah ini bertentangan dengan Islam kerana Islam melarang mana-mana umatnya menghina tuhan-tuhan orang lain kerana dibimbangi mereka akan membalasnya dengan menghina tuhan orang Islam iaitu Allah. Bagi Dr Dzul yang juga AJK PAS Pusat, mereka hanya menyambung apa yang telah disiar dan ditulis dalam akhbar mereka sahaja. Sejak kebelakangan ini, akhbar berkenaan banyak menyiarkan tulisan yang disifatkan sebagai bersifat perkauman dan dilihat cuba membangkitkan semangat Melayu.  Antaranya tulisan bertajuk "Sedarlahh wahai Melayu" dan sebagainya. Penulis akhbar itu membayangkan seolah-olah Melayu dalam tertekan. Padahal, bagi kebanyakan pemimpin Pakatan, bukan Melayu yang tertekan tetapi Umno.

Atas sebab itulah pelbagai usaha dibuat untuk menarik PAS bersama mereka atas kepentingan Melayu dan Islam. Namun, ianya ditolak oleh PAS. Sebahagian penyokong dan ahli PAS juga dikatakan ada yang terpengaruh dengan pendekatan perkauman dan agama sempit di Seksyen 23 Shah Alam ini. Atas dasar itulah juga dikatakan ada yang mengaku ahli PAS menyokong tindakan itu.

Sebelum ini, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memaklumkan, pihaknya akan membuat dialog dengan penduduk Seksyen 23 tentang rancangan kerajaan negeri Selangor itu. Menurutnya, apa yang berlaku adalah, Kuil Mariaman di Seksyen 19 itu dibina di atas tanah PKNS berhampiran dengan rumah penduduk di situ. Ia menyebabkan sering berlaku kesesakan di situ dan menyusahkan banyak pihak.

"Mereka telah 25 tahun membuat bantahan," kata Khalid. Atas dasar itu, kerajaan negeri dengan persetujuan JK Kuil telah bersetuju memindahkan kuil itu ke seksyen 23 untuk kegunaan penganut Hindu di situ serta Seksyen 19 dan 20. Tanah tapak industri milik PKNS di Seksyen 23 Shah Alam telah dipilih oleh kerajaan sebagai tapak baru kuil itu. Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah bersetuju mengenainya. "Selepas semua pihak setuju, barulah kita akan bincang dan terangkan kepada penduduk," kata Khalid yang juga YDP PAS Shah Alam. (TV ANTARA)

Read full story

Saturday, August 29, 2009

Usung Kepala lembu..

0 comments


Ihsan daripada Malaysiakini

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai kesal dengan tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka. Atas apa jua alasan, perkara ini masih mampu untuk diselesaikan dengan cara yang lebih berhemah tanpa ada unsur-unsur penghinaan dan pembaziran.

Ihsan daripada Malaysiakini

Kami katakan ia adalah mungkin berkaitan dengan penghinaan kerana apa yang sedang dibantah adalah pembinaan kuil Hindu dan secara asasnya kita mengetahui bahawa lembu adalah binatang suci bagi kaum yang menganuti ajaran terbabit. Keduanya, pembaziran terhadap rezeki yang Allah Taala berikan (dalam bentuk daging dan kepala lembu) kepada kita, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ini amatlah tidak berpatutan. Tindakan ini hanya melambangkan kedangkalan dan kebodohan percaturan politik UMNO.

Ihsan daripada Malaysiakini

Kami juga masih ingat bagaimana insiden penggantungan kepala babi di Melaka yang turut didalangi oleh pemimpin UMNO. Politik murahan dengan mengapi-apikan isu perkauman dan keagamaan menjadi seakan-akan nyawa UMNO-Barisan Nasional untuk terus berkuasa di Malaysia ini. Apabila orang Melayu dan Cina ingin mendekati Pakatan Rakyat (dahulunya BA) maka cerita 13 Mei 1969 akan diputarkan kembali oleh mereka untuk menakut-nakutkan rakyat.


Dan, hari ini, apabila berlakunya 'plot' cerita mengenai perarakan kepala lembu ini, maka kami berpandangan ia adalah hasil kerja tangan 'budak-budak Oxford dan Cambridge'. Kata Khairy,"Orang Melayu Islam yang menganjur dan terlibat dengan demonstrasi ini sepatutnya fikir sejenak, apa perasaan mereka jika cadangan membina masjid di kawasan bukan Melayu - yang memang pun berlaku - membawa kepada golongan bukan Melayu membakar dan memijak al-Quran? ".
Dan, untuk menambah perisa lagi, Khairy menyebut, "Jika ada yang menganggap agama Islam dihina atau diperlekehkan sepertimana yang berlaku dengan isu jualan arak di negeri Selangor baru-baru ini, saya akan bangkit mempertahankan maruah agama Islam.
"Tetapi saya juga akan bersuara sekiranya agama lain dihina. Islam mengajar kita untuk mengenali dan membuat baik dengan bangsa lain, sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat, ayat 13:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal."
Dan surah Al-Kafirun, ayat 6: "Untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku". Maka budaya menerima kepelbagaian agama ini termaktub dalam kitab suci al-Quran."
Justeru, memang dalam isu ini kita dapat melihat mereka (UMNO) makan dua side sekaligus. Satunya, mereka kelihatan terus dengan tradisi 'membela' kepentingan orang Melayu dan dalam satu lagi aspek, kelihatan dan kedengarannya kata-kata Khairy yang lebih lunak mengenai isu perkauman ini.
Politik desperado UMNO ini tidak akan ke mana-mana pun. Tunggulah PRU ke 13 nanti, dan Najib harus bersedia untuk dilantik sebagai duta Malaysia ke Mongolia setelah Pak Lah dilantiknya sebagai Pengarah IKIM semalam.


Nazman Che Iberahim
Ketua Penerangan DPPK K. Krai

Read full story