Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts

Friday, September 4, 2009

SPR bertindak luar biasa sekat pilihan raya kecil tiga DUN Perak

0 comments

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak di luar bidang kuasa dan peranannya kerana enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu, hari ini.
Peguam Datuk S Ambiga, menyifatkan sebagai tidak sah dan tidak rasional keputusan SPR bahawa ketiga-tiga kerusi itu tidak kosong akibat pelantikan jawatan ketiga-tiga penyandangnya seperti yang diputuskan oleh Speaker ketika itu, V Sivakumar.
"Responden keempat (SPR) telah mengambil kuasa dan hak Speaker bagi menentukan bahawa peletakan jawatan berlaku," katanya di hadapan Hakim Lau Bee Lan di kamar.

Ambiga, yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, berhujah mewakili Sivakumar dalam permohonannya bagi satu semakan kehakiman untuk mengarahkan SPR supaya mengisytiharkan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong dan mengadakan pilihan raya kecil.
Sivakumar menamakan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu; Adun Jelapang, Hee Yit Foong dan SPR sebagai responden.
Dalam hujahnya, Ambiga berkata, bahawa menerusi sepucuk surat kepada Sivakumar pada 5 Februari 2009, SPR sudah menyatakan bahawa ia tidak dapat menentukan yang ketiga-tiga kerusi itu kosong, dan dengan itu, tidak boleh mengadakan pilihan raya.

"Selepas menetapkan yang ia tidak dapat memastikan bahawa kekosongan berlaku, SPR sudah membuat keputusan bercanggah bahawa ketiga-tiga kerusi itu masih disandang oleh responden pertama hingga ketiga," katanya.
Sivakumar, 38, memohon perintah mahkamah bagi membatalkan keputusan SPR itu dan mengarahkan suruhanjaya itu mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga kerusi itu.
Beliau juga memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah injuksi bagi menghalang Jamaluddin, Mohd Osman dan Hee daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing.
Mahkamah menetapkan 9 September ini bagi mendengar hujah balas SPR yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md Said. - Bernama

Read full story

Thursday, September 3, 2009

600 ahli BN Perak sertai PKR Sabtu ini

0 comments

IPOH: Seramai 600 anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Perak didakwa akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong, di sini, Sabtu ini.Bekas Ahli Parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong, berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan adalah anggota MCA, Umno, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini."Kebanyakan mereka daripada MCA dari Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Gopeng, Tambun, Kampar, Taiping dan Lumut," katanya pada sidang media di pejabat PKR Perak di sini, hari ini.

Beliau mendakwa lebih ramai anggota MCA di Perak akan menyertai PKR selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu selesai yang akan diadakan tidak lama lagi."Ini adalah gelombang pertama...ramai lagi akan sertai PKR selepas EGM. Kebanyakan mereka memegang jawatan di peringkat MCA bahagian dan meminta untuk mengundi dalam EGM terlebih dahulu sebelum menyertai PKR," katanya.Ditanya sama ada tindakan menyertai PKR oleh anggota MCA berkenaan ada kaitan dengan kes pemecatan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini, Tan yang juga bekas Naib Pengerusi MCA Bahagian Ipoh Timur berkata anggota parti berkenaan menyertai PKR disebabkan tertarik dengan idea 'sistem dua parti' dan bukannya disebabkan faktor pemecatan bekas Menteri Kesihatan itu.Tan bersama bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng dan bekas Senator, David Yeoh keluar MCA dan menyertai PKR Julai lalu. - Bernama

Read full story

Friday, July 3, 2009

BN Naik Berang Dengan Suhakam

0 comments
 

Kerajaan Umno-Barisan Nasional berang dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Abu Talib Othman yang menggesa pilihanraya diadakan segera di Perak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz berkata Abu Talib tidak lagi layak mempengerusikan badan hak asasi manusia itu kerana tidak berpendirian neutral dalam krisis politik di negeri Darul Ridzuan.

Pada Mei lalu, Abu Talib dipetik sebagai berkata rakyat Perak harus diberi pilihan untuk melaksanakan tanggungjawab menentukan kerajaan kehendak mereka. “Ini adalah asas hak asasi manusia,” tegas Abu Talib. Abu Talib berkata demikian ketika dimitna mengulas perlantikan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak dan kejadian Speaker V Sivakumar diheret keluar dari Dewan Undangan Negeriatas arahan Umno-BN.

Nazri berkata kenyataan bekas Peguam Negara itu bersifat subjudis dan boleh mempengaruhi keskerajaan Perak. "Itu ada pandangan beliau. Beliau ada kebebasan untuk menyatakan pandangannya. Bagaimanapun bagi saya, beliau tidak wajar menyatakan demikian," kata Nazri semasa membahaskan Rang Undang-Undang Suhakam (Pindaan) 2009. "Sebagai bekas pendakwa raya nombor satu negara, Peguam Negara, beliau tidak harus mempengaruhi hakim memandangkan kes masih dalam pertimbangan mahkamah. Sangat jelas ia adalah subjudis," katanya lagi.

Beliau seterusnya mengingatkan para persuruhjaya Suhakan harus neutral dan tidak dilihat menyebelahi mana-mana pihak. Menjawab peringatan Nazri itu, ahli Parlimen Tian Chua (PKR-Batu) menarik perhatian Dewan Rakyat kepada keputusan kerajaan melantik peguam Umno, Muhammad Shafee Abdullah sebagai persuruhjaya Suhakam.

Tian Chua mempersoalkan mengapa Shafee yang terbabit sepenuh masa dalam politik sebagai penasihat dan peguam kepada Umno dilantik sebagai persuruhjaya. Tian menambah dwi-peranan Shafee ini satu percanggahan serius kerana dalam pada dia dituntut supaya bersifat neutral sebagai seorang persuruhjaya, dia juga perlu memastikan kemenangan undang-undang berpihak kepada Umno-BN.

Abu Talib, mengeluarkan kenyataan berdasarkan interpretasi beliau keatas hak asasi manusia. Ini adalah berbeza dari kes seorang peguam yang dilantik untuk mewakili sebuah parti politik,” tegas Tian. “Bukan sahaja beliau aktif dalam politik, tetapi juga dia dilantik dan masih seorang persuruhajaya. Ini amat mengelirukan – bagaimana boleh seorang persuruhajaya Suhakam mengambil bahagian dalam kes-kes politik?” kata Tian.

Nazri menjawab Abu Talib tidak perlu mengulas mengenai isu Perak kerana kes tersebut tidak termasuk dibawah bidang kuasa Suhakam. Sementara Shafee pula, kata Nazri lagi, bergerak atas asas profesionalisma sebaik sahaja dia dilantik mewakili anak guam.

Read full story

Thursday, June 18, 2009

Hishamuddin “bohong besar”

0 comments

Tindakan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein membela tindakan polis menceroboh Dewan Undangan Negeri Perak dan mengkasari speaker serta Adun Pakatan Rakyat 7 Mei lalu adalah  “pembohongan besar”,  kata Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat  itu berkata hakikat ialah  polis bertindak zalim terhadap Speaker V.Sivakumar dan adun-adun Pakatan atas arahan Barisan Nasional. ‘Pencerobohan polis ke dalam DUN Perak secara sesuka hati dan membawa senjata api yang dilarang ke dalam dewan bagi menarik keluar speaker secara paksa adalah tindakan provokasi yang mencetuskan lebih banyak kekecohan’, kata beliau kepada TVAntara.

Menurut Nizar,  Hishammudin dilihat cuba memutar-belitkan hal sebenar.  Rakaman video, menurut Nizar membuktikan kejadian sebenar berlaku. Sehubungan itu beliau turut menempelak Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hasan kerana enggan bertangunggjawab di atas perlakuan liar anggota polis pada siding DUN itu. ‘ Ketua Polis Negara perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan ini dan perlu meletakkan jawatan kerana anggota di bawah bidang kuasa beliau  melanggar undang-undang dengan mengasari mereka yang tidak bersalah’. Nizar percaya tindakan polis adalah dirancang dengan teliti kerana beratus-ratus orang anggota polis  telah ditugaskan berkawal diluar dewan ketika sesi DUN berlangsung.

Pendapat beliau turut disokong Pengerusi DAP Perak,Datuk Ngeh Koo Ham yang berkata begitu ramai   anggota polis merempuh masuk ke dewan walaupun tiada sebarang percakaran  fizikal antara ahli dewan negeri ketika itu. ‘Sebelum  mereka masuk hanya berlaku bantahan oral dari ADUN Pakatan Rakyat tetapi polis telah bertindak atas arahan speaker Barisan Nasional yang tidak sah untuk  enggunakan kekerasan ke atas  Sivakumar’. Ngeh kecewa dengan Hishamudin kerana “individu yang sepatutunya mendukung prinsip-prinsip keadilan sebagai Menteri Dalam Negeri meilih untuk melakukan pembohongan di Parlimen.” (TVA)

Read full story

Wednesday, June 17, 2009

Isu Perak Suruhanjaya Di-Raja Harus Ditubuhkan

0 comments

Suruhanjaya Siasatan Di-Raja harus ditubuhkan untuk menyiasat rampasan kuasa di perak, terutama sekali mengenalpasti dalang perbuatan itu yang mengheret perak ke krisis perlembagaan yang paling buruk dalam sejarah negeri itu. Ikuti Video temuramah wartawan daripada TVAntara

 

Klik “PLAY” untuk Lihat Video

Read full story

Saya Rela Diusir Kerana Pertahan Perlembagaan - Nizar

0 comments

MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN / PARLIMEN “Ia berlaku secara spontan”, kata Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin ketika disoal mengapa beliau melaungkan “Hidup Rakyat” dan “Bubar Dun” di dalam Dewan Rakyat sehingga menyebabkan beliau diusir keluar dari dewan legislatif itu. Menurut Nizar, saat mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang adalah saat yang memilukan kerana dalam masa beliau mengucapkan sumpah setia mempertahan Perlembagaan Negara, ketika itu juga BN bermaharajalela di Perak. “Kita sebagai seorang insan, mesti ada perasaan. Apabila kita megangkat sumpah mempertahan Perlembagaan, hati kita tidak boleh berasa lain – tidak boleh begitu. Apa yang berlaku hari itu adalah spontan, bukan sesuatu yang dirancang,” kata Nizar. “Saya percaya apa yang saya lakukan hari itu adalah apa yang sepatutnya saya lakukan. Saudara tahu kenapa saya berbuat begitu. Ketika saya mengangkat sumpah setia mendaulatkan Perlembagaan dan undang-undang, Perlembagaan yang sama ini diliwat Umno-Barisan Nasional,” tegas beliau.


Nizar dan enam Ahli Parlimen lain digantung Speaker Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan mereka menyatakan protes terbuka di dalam Dewan Rakyat terhadap kudeta haram Barisan Nasional di Perak.
Mereka memakai lilitan “Bubar Dun” di kepala dan tangan masing-masing yang menjadi sebahagian daripada kempen Pakatan Rakyat memulihkan demokrasi di Perak Darul Ridzuan. Namun sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, Nizar menganjak protes hari itu dengan melaungkan “Hidup Rakyat” dan “Bubar Dun” di hadapan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional.


Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang dituduh sebagai dalang kudeta haram itu, kelihatan terkebil-kebil melihat Dewan Rakyat bergema dengan protes Pakatan Rakyat. Perak diheret dalam kemelut politik berpanjangan setelah BN dituduh mendalangi rampasan kuasa dengan “membeli” tiga ADUN Pakatan Rakyat termasuk dua yang menghadapi tuduhan rasuah. Polis pelbagai unit dari serata negara dikerah ke ibu negeri Ipoh dan menyaksikan ratusan orang awam yang turun membantah rampasan kuasa itu ditahan termasuk wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat. Tidak cukup dengan itu, Barisan Nasional melantik Setiausaha MIC Perak, R. Ganesan, sebagai Speaker Dun walaupun Ganesan bukan seorang wakil rakyat.


BN kemudiannya mengarahkan pihak polis mengheret Speaker yang sah, V Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri Perak lalu mengurungnya di dalam sebuah bilik, sementara wakil-wakil rakyat Pakatan yang lain dikasari dan dicederakan. Nizar menjelaskan hari pertama persidangan Dewan Rakyat berlangsung adalah masa terbaik untuk menyatakan protes terbuka kerana semua wakil rakyat dan khususnya Perdana Menteri Najib Abdul Razak turut hadir hari itu.“Hari itu adalah masa terbaik untuk menunjukkan bantahan rakyat. Dimana lagi kita boleh berhadapan dengan wakil-wakil rakyat BN? Bahkan dalang rampasan kuasa, Perdana Menteri Najib Abdul Razak, tidak hadir hari ini. Jadi beritahu pada saya bila masa yang terbaik melainkan hari itu?” kata Nizar. (TVA)

Read full story

Monday, June 15, 2009

Hidup, Hidup, Hidup Rakyat…

1 comments

Bagi Blogger Keamanan Rakyat, kami berbangga dengan tindakan Nizar dan rakan-rakan ,keberanian untuk memperjuangkan hak Rakyat Perak amat dihargai. “Hidup..hidup..hidup rakyat, bubar, bubar,bubar dun Perak” Tahniah Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin!!

Read full story

Anwar: Isu Kekecohan DUN Perak Dalam Parlimen

0 comments

Sidang Dewan Rakyat yang bermula pukul 10.00 pagi ini dijangka panas apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan  membangkitkan isu kerakusan polis dalam Dewan Undangan Negeri Perak 7 Mei lalu. Isu tersebut dimasukkan dalam soalan kedua pada persidangan Parlimen.
Sebelum ini Datuk Seri Anwar telah meminta polis memberi alasan dan pengimbangan berkenaan tindakan mereka berdasarkan undang-undang samada wajar untuk polis menceroboh masuk DUN yang mulia dan mengheret keluar Speaker yang sah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Read full story

Tuesday, June 9, 2009

Kalau Pemimpin Tak tau Beza Hak Rakyat Susah.

0 comments

IPOH: Cadangan Pas untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja Peralihan Kuasa di Perak hanya untuk kepentingan parti itu, bukannya menjaga kebajikan rakyat. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kepemimpinan Pas sudah mengetahui rentetan perkembangan politik di negeri ini bermula awal Februari lalu hingga sekarang dan tiada aspek memerlukan siasatan. Katanya, usul itu diluluskan oleh Muktamar Pas, kelmarin adalah untuk meraih keuntungan bagi parti itu saja.

Nota kaki: MB mahkamah hari ini bersuara dengan berkata “Suruhanjaya Diraja Peralihan Kuasa di Perak hanya untuk kepentingan parti itu, bukannya menjaga kebajikan rakyat”. Hahahaha.. dia bersuara begitu kerana tak paham kehendak rakyat, rakyat kata bubar dun dia buat pekat badak je, bukan salah dia jugak tapi ketua-ketua dia tu yang lebih pekak dari badak. Malas nak ulas panjang-panjang isu mamat ni, letih dah. salam

Read full story

Sunday, June 7, 2009

Suruhanjaya Bebas DiRaja Wajar Ditubuhkan

0 comments

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Satu usul tergempar mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Diraja siasat pengambilan secara haram kerajaan Pakatan Rakyat Perak diterima sebulat suara.  Usul yang dibawa oleh PAS Kawasan Tambun, Perak itu diterima untuk dibahaskan setelah menyedari tindakan Umno/BN merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak merupakan perbuatan yang biadap dan tidak menghormati suara rakyat. Perwakilan Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik yang juga bendahari PAS Perak ketika membawakan usul tersebut menegaskan perlunya penubuhan suruhajaya tersebut bagi menyiasat perbuatan Umno/BN yang merasuah wakil rakyat bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. "Kami mencadangkan usul tergempar ini kerana tidak mahu lagi peristiwa yang berlaku di Perak berulang dinegeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.

"Kerana itu kami mendesak supaya Suruhanjaya Bebas DiRaja perlu segera ditubuhkan bagi menyiasat perbuatan rampasan kuasa itu," tegas Dr Khairuddin. Kerajaan tegas beliau perlu segera menubuhkan suruhanjya ini bagi membolehkan segala perbuatan tidak bermoral yang dilakukan untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak dapat didedahkan kepada umum.

Read full story

Saturday, June 6, 2009

Kain Lilit Kepala Desak Pembubaran DUN Perak

0 comments

Muktamar PAS ke 55 hari ini sebulat suara mendesak supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan secepat mungkin bagi mengembalikan hak kebebasan rakyat untuk memilih pentadbiran negeri yang sah.  Desakan yang dikatakan sudah sampai ke kemuncak itu diperkukuhkan dengan pemakaian kain lilitan kepala berwarna hitam oleh semua pemimpin dan perwakilan dengan tulisan ‘bubarkan DUN’.

Nasharuddin Mat Isa yang mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan kali ini, mengetuai tindakan itu dengan menegaskan bahawa ia adalah protes kepada kerajaan Umno Barisan Nasional. Menurutnya, pelbagai cara sudah dilakukan oleh kerajaan pakatan rakyat untuk memulihkan keadaan, termasuk membawa kemelut politik Perak ini ke mahkamah.

Bagaimanapun, beliau berkata semua usaha itu menemui jalan buntu apabila Umno Barisan Nasional dilihat terus membelakangkan prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang. Nasharuddin mengulangi bahawa PAS akan terus memperjuangkan hak rakyat Perak yang telah dicabuli oleh kerakusan Umno Barisan Nasional.

(TVA)
Read full story

Monday, June 1, 2009

Jangan Salah Orang lain, Jika dihalau

0 comments

Dr Zambry Abd Kadir kesal kerana ada pihak yang menanam benih kebencian dan permusuhan dalam hati penduduk kampung yang menghalau beliau keluar daripada tanahnya semasa beliau dan rombongan berkunjung ke Batu 8, Lekir, Manjung untuk melihat dan menziarah mangsa angin puting beliung dua hari lalu.

Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan penduduk kampung yang menghalau beliau tetapi meletakkan kesalahan ke atas bahu pihak yang menanam perasaan benci dan permusuhan itu.
"Inilah hasilnya bila benih kebencian dan permusuhan ditanam, maka buah dipetik adalah buah kebencian dan permusuhan. Saya tidak salahkan dia, tapi saya salahkan orang yang menanam benih itu.


"Penghasut itu mungkin sudah tidak ada di kampung lagi. Dia mungkin datang sekali sekala untuk memberi "baja" ceramah kebencian," tulis beliau dalam blognya hari ini. (TVA)

Read full story

MB Mahkamah Dihalau Orang Kampung

0 comments

Salam Sejahtera...


Semalam dalam jam 2.30pth lebih kurang mungkin tercatat dalam sejarah Zambri selaku MB Mahkamah Rayuan telah dihalau oleh Tuan Tanah/Rumah di Batu 8 Lekir. Gambar sebelah kiri...Tuan tanahnya,.
Mengikut dari cerita salah sorang mengiringi DS IR Nizar kepada aku sebentar tadi, Zambri bersama Kong Chong Ha selaku AP Lumut yg juga Menteri Kerajaan Perumahan & Tempatan dan beberpa orang anggota polis yang mengiringinya ingin melawat ke sebuah rumah penduduk di situ yang rumahnya mengalami musibah akibat angin ribut malam tadi.
Disebabkan jalan untuk laluan kereta untuk ke rumah tersebut tak ada.. maka kereta Rasmi Zambri. Kong Cha dan Polis telah diletak di kawasan halaman rumah si tuan ni, tanpa minta izin kebenarannya. Apalagi tuan rumah ni terus minta keluar dari tanah kawasannya.. mereka tak indah larangannya.. malah mereka semakin gostan keretanya ke belakang, menyebab dia memekik tak faham bahasa ka sambil menepuk kereta tersebut.
Bila dah malu tak ada arah, mulalah cari pasal.. tanya kat tuan rumah ni, tanahnya tu bayar cukai ke tidak.. lagi la hangat tuan rumah, dapatlah maki percuma darinya "Pukimak hangpa", seawktu mereka nak keluar dari rumahnya ada lagi suara-suara mengatakan jangan layan orang tak betul...situan rumah balik balik sapa yang tak betul, kalau berani mari.. tak ada sapa yang beranila nak masuk.. dah bersalah.. nak tak nak mula tebal keluar balik... lawatan pun tak jadi..
Malu besarlah Zambri, kerana tak jauh dari situ kat Batu 10 Lekir adalah rumah mertuanya, tup-tup dia sendiri kena halau...
Pada sebelah petang DS IR Hj Nizar pulak pergi melawat ke situ, dah HJ Nizar pun risau juga pada mulanya.. takut kena halau.. sebab sangkaan mereka tuan tanah ni jenis orang tak betul... suspen aja mereka nak turun dari kereta,,, rupanya bila ia nampak Hj Nizar sampai berlari ia sambut Hj Nizarkat kereta, siap cium tangan lagi... berbangga dia dapat bertemu Hj Nizar dan ia menceritakan kisahnya yang berlaku pd Hj Nizar.. rakaman ceritanya bersama HJ Nizar ada di blog otai-manjung.
Tuan Tanah/Rumah ni menetap di KL.. entah habuannya nak jadi cerita balik kerumahnya dapat bertemu Zambri.. nasib Zambrilahhh... itulah MB yang bukan pilihan rakyat.. Padan muka kau Zambri... Kau dimalukan depan anggota polis.... depan Menteri Kabinet MCA...korang mereka tahu yang rakyat betul-betul tak suka...pi la ngadu kat Pak Mentua kau tu... apa dia nak kata....
-manjungmari (http://pastambun.blogspot.com)

Read full story

Thursday, May 28, 2009

Ku Li “Bubarkan Dun Perak”

0 comments

Tokoh veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata kemelut politik Perak yang berterusan sehingga kini mencerminkankegagalan kepemimpinan politik tanahair khususnya Umno dan Barisan Nasional sehingga menyebabkan sistem pemerintahan demokrasi negara di robek sedemikian rupa.
Beliau berkata jalan penyelesaian hanya satu iaitu pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak supaya satu pilihan raya negeri yang adil dan bebas dapat diadakan. Berikut disiarkan komentar Ahli Parlimen Gua Musang itu dalam blog peribadinya, razaleigh.com:


20090528193520_ku li The Perak crisis is a tragic comedy of errors and bad political judgment that reflects a failure of political leadership. As it continues to spin out of control, it damages our democratic system of governance. To all intents and purposes, one of our most prosperous and developed states has been reduced to a failed state, with a possibly illegal state government in place. This is a condition that can propagate outwards to the rest of the country. I stated at the beginning of this crisis that by our Constitution, a change of government can only be brought about by democratic means, which is to say, through the ballot box or through a formal vote of confidence in the elected Legislative Assembly. These are the constitutionally mandated means by which the people decide on their government. Any other means of changing the government is unconstitutional and undemocratic, and subverts the basis upon which we are a civilised society. We now have reason to fear the loss of the people’s confidence in the Constitution, in democracy and in our constitutional monarchy. Responsible political leadership must support rather than destroy the confidence of the people in these practices and institutions. In particular, powers reserved for the Legislative Assembly, which represents the sovereign will of the people, cannot be taken away under any circumstances by anyone. This foundational constitutional principle has been affirmed by the Court. We are all sworn to uphold it. Those who do not understand or accept this principle have no place in government. Some issues can be solved by a court of law, but the Perak crisis is not one of them. The back and forth events of the past week demonstrate this fact abundantly. The Perak crisis cannot be solved by a decision of the Court because it is at heart a political rather than a constitutional problem. There is really no doubt about what the Constitution says. What is now unclear as a result of an ugly series of manoeuvres is whether Perak has a legitimate government, and there is only one way to resolve that issue. Perhaps our political leadership has not understood how important it is that the people’s voice must prevail, and be seen to prevail, in the choice of their government. The only solution to the Perak crisis now is for the State Legislative Assembly to be dissolved and free and fair elections held. At this stage there is no other way to restore both public confidence and constitutional legality to the Perak state government, and by extension to our entire system of government. Our survival as a democratic and constitutional monarchy depends on our acceptance of the judgment of the people as expressed in free and fair elections. Any attempt to circumvent that judgment betrays the basic principles and values upon which our nation and incidentally, UMNO itself, stand. I appeal for wisdom and a broader concern for the wellbeing of our country.

(Sumber TVantara.com)

Read full story

Kerajaan Rakyat Vs Kerajaan Mahkamah

0 comments

Pakar undang-undang, ahli akademik, ahli politik, NGO dan rakyat kesal dengan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak kerana ia bertentangan dengan kehendak 53% rakyat negeri itu yang telah memilih Nizar Jamaluddin melalui Pilihanraya. Sebuah NGO, Aliran menyifatkan keputusan itu dibuat melalui percaturan dan manupulasi; yang mana doktrin pengasingan kuasa telah dikorbankan demi permainan politik. Naib Presiden PAS Husam Musa pula mendakwa keputusan tersebut telah diatur terlebih dahulu- satu rumusan yang tidak mampu disangkal ramai. Rata-rata pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan kekecewaan terhadap keputusan hakim Mahkamah Rayuan yang menolak keputusan hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz pada 11 Mei lalu yang mengekalkan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim berkata bahawa keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak memeranjatkannya disebabkan oleh beberapa faktor. Pakatan Rakyat memang sudah menjangkakannya berdasarkan atas keputusan-keputusan kehakiman sejak beberapa tahun yang lalu. Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang menjelaskan orang ramai yang datang ke Mahkamah Rayuan untuk mendengar keputusan penghakiman dalam kes Zambry lawan Nizar tidak percaya bahawa keseluruhan sessi tersebut telah tamat hanya dalam masa 5 minit sahaja. "Kita merasa sedih dan amat memalukan kerana keputusan yang dibuat dalam 5 minit adalah sesuatu yang jarang berlaku kerana ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa," kata peguam Razlan Hadri Zulkifli. Beliau juga menegaskan bahawa hakim sepatutnya membaca penghakiman bertulis dan bukan membuat penghakiman secara lisan yang mengambil masa hanya 5 minit. Menurut Profesor Undang-undang perlembagaan Aziz Bari, pendekatan mahkamah yang mengutamakan hal-hal teknikal tidak menepati sifat perlembagaan sebagai sebuah instrumen demokrasi sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Reid sendiri.

(sumber: Suara Keadilan)

Read full story

Wednesday, May 27, 2009

31 Mei Rombongan Ke Bukit Kayu Hitam

0 comments

B1C29D56-5132-4D42-A0B2-D5801E728D18 PENANTI -Umno Bahagian Permatang Pauh dipercayai mengadakan rombongan ke Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan tujuan melarikan sebahagian besar ahlinya pada 31 Mei ini.
Kegiatan tersebut dipercayai semata-mata menghalang ahlinya daripada menyertai pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti yang menyaksikan pertandingan empat penjuru tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN) iaitu tiga bebas dan seorang calon Pakatan Rakyat.
Harakahdaily dimaklumkan oleh sumber, bas disediakan di semua cawangan dan terpulang kepada ahlinya untuk turut serta atau sebaliknya. "Kepada mereka yang tidak kesempatan menyertai rombongan tersebut mereka dinasihatkan memboikot pilihan raya berkenaan bagi mengurangkan peratus jumlah keluar mengundi," kata sumber terbabit. Pada pendapat mereka, kata sumber itu jika peratus jumlah keluar mengundi turun tidak mustahil calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman kalah dan menyukarkan pentadbiran Kerajaan Negeri untuk mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 yang tinggalkan penyandangnya sebelum ini Mohamad Fairus Khairudin. Tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) itu bukan sahaja menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri bahkan boleh mencetuskan salah faham dan perpecahan sesama parti gabungan Pakatan Rakyat. Ini merupakan peluang untuk Umno dan BN membalas dendam kekalahan bertubi-tubi mereka ketika berhadapan dengan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini. Namun kata sumber itu, bagi mengatasi perkara ini daripada berlaku jentera Pakatan Rakyat harus melipat gandakan gerakan penerangan kepada rakyat betapa pentingnya pilihan raya kecil ini diadakan untuk melincinkan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng yang jelas berjaya memperkenalkan beberapa strategi pembangunan serta membantu golongan miskin tegar walaupun baru memerintah setahun berbanding Umno dan BN. - azm _

Read full story

Nizar Cabar Zambry,Bubar DUN Kalau Jantan

0 comments

20090527020450_dap_mogok9 Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin mencabar "Menteri Besar Mahkamah", Dr Zambry Abd Kadir supaya mengadap Sultan dan memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri sekiranya beliau benar-benar anak jantan dan tidak bersembunyi di belakang pasukan keselamatan.
Beliau berkata demikian pada majlis ceramah dan taklimat yang diadakan di Wisma DAP malam semalam. Nizar berkata beliau tidak menyalahkan pihak keselamatan kerana sedar mereka digunakan oleh Barisan Nasional untuk melakukan penindasan terhadap rakyat. Tambah beliau lagi setiap kali pilihan raya kecil diadakan UMNO dan BN  akan mengarahkan pihak keselamatan berkampung di kawasan tersebut sama ada di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang atau Bukit Selambau.
Tetapi peliknya apabila BN tidak bertanding di Penanti ternyata tidak ada polis di situ dan ini membuktikan pihak polis bekerja untuk UMNO dan BN. "Ini jelas menunjukkan wang rakyat dihabiskan untuk BN bukannya untuk menjaga rakyat dan ketenteraman awam." Nizar berkata. BN cukup cemburu dengan gabungan kemas dan mantap Pakatan Rakyat dan ia tidak sanggup melihat gagasan tersebut diterima oleh rakyat Perak. "Di Perak sebelum ini kita tidak pernah nikmati perpaduan dan keharmonian antara bangsa-bangsa yang ada di Perak, namun dalam masa Pakatan Rakyat memerintah kita berjaya lahirkan masyarakat Perak yang saling menghormati, bertoleransi antara satu sama lain. "Kita mahukan cucu cicit kita pada masa akan datang saling menghormati antara bangsa yang ada. Itulah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Jika ini berterusan maka tidak ada peluang lagi bagi mereka." kata Menteri Besar lagi.
Tambah Nizar mahkamah rakyat adalah ruang yang terbaik untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.
Majlis tersebut yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis, Nga Kor Ming juga turut dihadiri oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Khor Ham, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Perak. Sebelum itu polis menahan 2 orang di luar Wisma DAP kerana dipercayai ingin hadir ke majlis yang diadakan semalam. Seorang daripada yang ditahan adalah ahli majlis perbandaran Taiping, Simon Uthaya Kumar a/l Sellaiyah sementara seorang lagi dikenali sebagai Haridats. Difahamkan mereka berdua telah dibawa ke balai polis yang berdekatan untuk disoal siasat. (TVAntara.com)

Read full story