Monday, September 7, 2009

Bawa Bunga Ros Kena tangkap, Yang bawa kepala lembu relax je..



Kejadian perarakan kepala lembu oleh kalangan yang mendakwa penduduk syeksyen 23 Shah Alam mencetuskan kebimbangan masyarkat. Ianya jelas percubaan mencetuskan rusuhan kaum. Bagi mengambarkan kebimbangan terhadap isu tersebut, pihak menteri sendiri turun untuk mendamaikan keadaan, namun sehingga kini dalang yang telah didedahkan umum tidak diambil tindakan.
Ternyata pihak polis "bersopan santun bersangatan" ketika menangani isu tersebut. Bayangkan dengan mengheret kepala lembu, laungan penuh provokasi, polis hanya menjadi pemerhati.. mungkin kepala lembu lebih mendamaikan dari bunga ros dan lilin. perhatikan berita di bawah;
Enam belas orang ditahan, termasuk bekas tahanan ISA P Uthayakumar, sewaktu perarakan nyalaan lilin dekat Dataran Merdeka malam ini.
Ia bermula dengan perarakan oleh kira-kira 100 orang dari Masjid Jamek dekat situ.
Mereka yang menyanyi sambil membawa bunga mawar merah dan putih serta lilin, meminta rakyat Malaysia menghormati satu sama lain.
Bagaimanapun, sebelum sempat sampai ke Dataran Merdeka, mereka dihalang oleh anggota polis di simpang Jalan Parlimen dan Jalan Tunku Abdul Rahman, dan diarahkan bersurai.
Selepas kiraan 10, anggota polis mula membuat tangkapan.
Antara yang ditangkap ialah pemimpin Hindraf S Jayathas dan tunang
Uthayakumar - S Indradevi. Uthayakumar dan Indradevi ditahan ketika sedang beredar dari Dataran Merdeka.
Beberapa anggota polis menerkam ke arah Uthayakumar sehingga dia terjatuh dan kemudiannya dibawa menaiki trak polis.
Ekoran tangkapan tersebut, peserta yang lain beredar meninggalkan kawasan itu pada kira-kira jam 8 malam - hanya 15 minit selepas nyalaan lilin itu bermula.
Tetapi kira-kira 30 minit kemudian, dua orang lagi ditahan- Shanti Waytha Moorthy dan Waytha Nayagi - ketika sedang menghantar SMS mengenai kejadian itu.

http://www.malaysiakini.com/news/112223

0 comments:

Post a Comment