Kejadian perarakan kepala lembu oleh kalangan yang mendakwa penduduk syeksyen 23 Shah Alam mencetuskan kebimbangan masyarkat. Ianya jelas percubaan mencetuskan rusuhan kaum. Bagi mengambarkan kebimbangan terhadap isu tersebut, pihak menteri sendiri turun untuk mendamaikan keadaan, namun sehingga kini dalang yang telah didedahkan umum tidak diambil tindakan.
Ternyata pihak polis "bersopan santun bersangatan" ketika menangani isu tersebut. Bayangkan dengan mengheret kepala lembu, laungan penuh provokasi, polis hanya menjadi pemerhati.. mungkin kepala lembu lebih mendamaikan dari bunga ros dan lilin. perhatikan berita di bawah;
Enam belas orang ditahan, termasuk bekas tahanan ISA P Uthayakumar, sewaktu perarakan nyalaan lilin dekat Dataran Merdeka malam ini.
Ia bermula dengan perarakan oleh kira-kira 100 orang dari Masjid Jamek dekat situ.
Mereka yang menyanyi sambil membawa bunga mawar merah dan putih serta lilin, meminta rakyat Malaysia menghormati satu sama lain.
Bagaimanapun, sebelum sempat sampai ke Dataran Merdeka, mereka dihalang oleh anggota polis di simpang Jalan Parlimen dan Jalan Tunku Abdul Rahman, dan diarahkan bersurai.
Selepas kiraan 10, anggota polis mula membuat tangkapan.
Antara yang ditangkap ialah pemimpin Hindraf S Jayathas dan tunang
Uthayakumar - S Indradevi. Uthayakumar dan Indradevi ditahan ketika sedang beredar dari Dataran Merdeka.
Beberapa anggota polis menerkam ke arah Uthayakumar sehingga dia terjatuh dan kemudiannya dibawa menaiki trak polis.
Ekoran tangkapan tersebut, peserta yang lain beredar meninggalkan kawasan itu pada kira-kira jam 8 malam - hanya 15 minit selepas nyalaan lilin itu bermula.
Tetapi kira-kira 30 minit kemudian, dua orang lagi ditahan- Shanti Waytha Moorthy dan Waytha Nayagi - ketika sedang menghantar SMS mengenai kejadian itu. 
Jom Sertai Komuniti FOLLOWERS Kami
Monday, September 7, 2009
Bawa Bunga Ros Kena tangkap, Yang bawa kepala lembu relax je..
Sunday, September 6, 2009
Muka Sama, Betul lah..
Kekecohan semasa majlis dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Banquet, MBSA tengah hari semalam memaksa MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23, di sini ditangguhkan serta merta. Ia berikutan disebabkan desakan ekstrem serta perang mulut oleh segelintir hadirin yang menyertai dialog tersebut. Di percayai UMNO menjadi dalang dalam kekecohan ini. Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja UMNO Cawangan Seksyen 23 sendiri, Haji Azmir Md Zain (foto). Antara kata-kata kesat Pak Haji yang akalnya letak di kepala lutut ini ialah "Woi, kaulah pengkhianat-pengkhianat agamalah pukimak!"
Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayai dari kenalan rapat Haji Azmir. Beliau juga mengancam akan membunuh Khalid Samad jika pergi ke kawasannya, Seksyen 23. Beliau juga menghina dan mencemuh Tan Sri Khalid Ibrahim, MB yang dipilih oleh rakyat Selangor melalui pilihan raya yang sah itu. Untuk makluman anda semua, Haji Azmir jugalah yang membuat aksi ekstrem dengan mengheret dan memijak kepala lembu di depan Bangunan SUK Selangor (foto). Sebenarnya UMNO telah berak di tengah jalan tetapi tidak mangaku. Setelah berak yang di tinggalkan 26 tahun lalu hendak dibersihkan oleh Pakatan Rakyat, mereka menyalak semula. Inilah pengkhianatan sebenar UMNO kepada orang Melayu dalam isu kuil di Seksyen 19 ini.
Desakan pemindahan kuil di Seksyen 19 yang sudah 26 tahun tidak diselesaikan oleh UMNO BN tetapi ingin diselesaikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim demi membuktikan kepemimpinan Pakatan rakyat mengamalkan keadilan untuk rakyat tanpa mengira status, agama dan bangsa. Dari insiden kepala lembu berdarah yang diheret oleh Pak Haji yang tak berakal ini sehinggalah perang mulut yang di cetuskan golongan yang tak waras ini merupakan suatu lagi cabaran rakyat Malaysia yang terdiri oleh pelbagai bangsa, agama dan taraf sosial selepas negara mengecapi kemerdekaan kali ke 52 tahun.
Sumber: http://addin77.blogspot.com/
Sunday, August 30, 2009
Kepala Lembu: Penerusan Agenda Utusan Malaysia
Setelah sekian lama Utusan Malaysia mengasak isu perkauman, akhirnya lahirlah apa yang berlaku di Shah Alam selepas sembahyang Jumaat semalam, apabila sekumpulan umat Melayu membawa kepala lembu ke pejabat SUK Selangor. Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad menyifatkan apa yang berlaku itu adalah penerusan dari siri-siri laporan dan tulisan dari akhbar berkenaan yang bersifat berkauman.
Bagi beliau, apa yang berlaku juga akibat dari pengaruh akhbar Umno itu terhadap pembaca mereka khasnya di kalangan ahli Umno yang memiliki akhbar berkenaan. Dr Dzul mengulas tindakan sekumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah keputusan kerajaan negeri memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23, kawasan kejiranan mereka.
Mereka telah membuat demostrasi dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah dan diletak di depan pintu pagar pejabat Sultan Salahudin yang menempatkan pejabat SUK dan MB Selangor. Tindakan mereka ini dikira satu penghinaan kepada orang Hindu yang menjadikan lembu sebagai tuhan mereka.
Seorang pembaca The Malaysian Insider menyifatkan langkah ini bertentangan dengan Islam kerana Islam melarang mana-mana umatnya menghina tuhan-tuhan orang lain kerana dibimbangi mereka akan membalasnya dengan menghina tuhan orang Islam iaitu Allah. Bagi Dr Dzul yang juga AJK PAS Pusat, mereka hanya menyambung apa yang telah disiar dan ditulis dalam akhbar mereka sahaja. Sejak kebelakangan ini, akhbar berkenaan banyak menyiarkan tulisan yang disifatkan sebagai bersifat perkauman dan dilihat cuba membangkitkan semangat Melayu. Antaranya tulisan bertajuk "Sedarlahh wahai Melayu" dan sebagainya. Penulis akhbar itu membayangkan seolah-olah Melayu dalam tertekan. Padahal, bagi kebanyakan pemimpin Pakatan, bukan Melayu yang tertekan tetapi Umno.
Atas sebab itulah pelbagai usaha dibuat untuk menarik PAS bersama mereka atas kepentingan Melayu dan Islam. Namun, ianya ditolak oleh PAS. Sebahagian penyokong dan ahli PAS juga dikatakan ada yang terpengaruh dengan pendekatan perkauman dan agama sempit di Seksyen 23 Shah Alam ini. Atas dasar itulah juga dikatakan ada yang mengaku ahli PAS menyokong tindakan itu.
Sebelum ini, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memaklumkan, pihaknya akan membuat dialog dengan penduduk Seksyen 23 tentang rancangan kerajaan negeri Selangor itu. Menurutnya, apa yang berlaku adalah, Kuil Mariaman di Seksyen 19 itu dibina di atas tanah PKNS berhampiran dengan rumah penduduk di situ. Ia menyebabkan sering berlaku kesesakan di situ dan menyusahkan banyak pihak.
"Mereka telah 25 tahun membuat bantahan," kata Khalid. Atas dasar itu, kerajaan negeri dengan persetujuan JK Kuil telah bersetuju memindahkan kuil itu ke seksyen 23 untuk kegunaan penganut Hindu di situ serta Seksyen 19 dan 20. Tanah tapak industri milik PKNS di Seksyen 23 Shah Alam telah dipilih oleh kerajaan sebagai tapak baru kuil itu. Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah bersetuju mengenainya. "Selepas semua pihak setuju, barulah kita akan bincang dan terangkan kepada penduduk," kata Khalid yang juga YDP PAS Shah Alam. (TV ANTARA)






























