Cara pembinaan jambatan gantung menyeberang Sungai Kampar di Kuala Dipang dekat Kampar yang runtuh menyebabkan seorang murid lemas dan dua lagi hilang semalam hangat dipersoalkan oleh pelbagai pihak yang berada di tempat kejadian.
Kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan terhadap kejadian itu namun kalangan ibu bapa dan orang ramai yang berada di tempat kejadian, membuat andaian terhadap aspek pembinaan jambatan berkenaan sebagai punca utama kejadian.
"Saya seperti tidak percaya apabila melihat saiz konkrit pelapik tiang jambatan... ia terlalu kecil dan tiada cerucuk," kata seorang penduduk yang enggan dikenali.

Beliau yang mendakwa berpengalaman dalam sektor pembinaan berkata saiz konkrit berkenaan yang kecil tidak sepadan dengan tiang besi jambatan yang turut menampung kabel besi jambatan.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam tadi, 19 murid lain sempat diselamatkan oleh guru dan pengawal SK Kuala Dipang apabila mereka terhumban ke dalam sungai yang mengalir deras apabila sepasang tiang berkenaan runtuh semasa mereka sedang menyeberang Sungai Kampar untuk jamuan.
Murid berkenaan sebahagian daripada 298 murid dari 64 buah sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai aktiviti kokurikulum perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.
Seorang bapa murid, S Thiagaran, 42, berkata beliau hairan apabila melihat konkrit bagi tiang jambatan itu tidak dipasang besi cerucuk.

"Dari pemerhatian saya, simen pada kaki jambatan ini juga masih belum kering dan ia menunjukkan keadaan yang tidak selamat," katanya.
Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dua minggu lepas dan menurut seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kuala Dipang, ia dibina bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang telah runtuh sebelum ini.
Seorang lagi bapa murid Jaafar Arif, 65, berkata tindakan tegas perlu diambil hasil daripada siasatan yang dijalankan pihak berkuasa kerana kejadian itu telah menyebabkan kehilangan nyawa.
Seorang penjawat awam yang berpengalaman dalam kegiatan lasak pula berpendapat bahawa jambatan gantung biasanya dihadkan bilangan pengguna kerana ia berbuai-buai atau bergoyang dan boleh menyebabkan pengguna terjatuh jika tidak berhati-hati.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat tempat kejadian(foto, bertopi)mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa siasatan yang diketuai Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai para pegawai daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan wakil kerajaan negeri Perak.
Jawatankuasa itu akan membuat siasatan terperinci bagi menentukan fakta sebenar yang membawa kepada insiden berkenaan dan membentangkan laporan itu kepada beliau, katanya.
"Kita akan bagi mereka tempoh masa yang sesuai supaya hal ini dapat dilaporkan dengan lengkap dan terperinci," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian pada Selasa.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selepas melawat tempat kejadian malam tadi turut mengarahkan siasatan terhadap aspek pembinaan jambatan berkenaan sama ada mengikut spesifikasi. BERNAMA

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang memperhalusi hasil siasatan dakwaan rasuah dalam pencalonan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk jawatan Timbalan Presiden Umno pada Mac lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata SPRM melakukan dua siasatan terhadap pihak tertentu yang dikatakan terbabit memberi rasuah bagi mencalonkan Mohd Ali sebagai Timbalan Presiden Umno pada satu mesyuarat Umno bahagian November, tahun lalu. "Kedua-dua siasatan sudah selesai dan kertas siasatan dikemukakan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM untuk keputusan serta arahan lanjut," katanya.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Muhammad Hassan memberi sogokan RM20,000 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Negeri Sembilan untuk membiayai aktiviti kelab sukan badan itu, seorang pemimpin kanan PKR mendedahkan hari ini. Kesanggupan Pengarah SPRM Negeri Rozaini Idris memohon dan menerima wang itu daripada pejabat Menteri Besar menjejaskan lagi kredibiliti SPRM sebagai badan bebas dan berkecuali, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin.
TEMERLOH 9 Jun — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 19 Ogos ini bagi sebutan semula kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman.
KUALA TERENGGANU: Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Wan Hisham Wan Salleh, sedia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) runtuh, 2 Jun lalu.
Transparency International atau (TI), sebuah badan bukan kerajaan antarabangsa, mendapati 67 peratus daripada responden di Malaysia berpendirian segala langkah BN itu tidak berkesan untuk mengurangkan rasuah. Menurut presiden (TI), cawangan Malaysia, Datuk Paul Low, 42 peratus daripada responden juga menganggap parti politik sebagai organisasi yang paling korup di negara ini, dikuti oleh sektor perkhidmatan awam.
Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium yang berusia kira-kira setahun ini berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.





























