Showing posts with label N41. Show all posts
Showing posts with label N41. Show all posts

Tuesday, July 14, 2009

Menang Tipis 65 undi, Tapi Tetap Jadi Pemenang

0 comments

KUALA KRAI: Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan memperoleh majoriti 65 undi.
Mohd Fauzi memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz mendapat 5,283 undi. Pengumuman mengenai keputusan pilihan raya kecil itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin jam 8.56 malam tadi di pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, di sini.manek013

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kelantan menyaksikan persaingan satu penjuru antara Tuan Aziz, bekas Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menentang Mohd Fauzi, seorang pemborong ikan. Kerusi DUN Manek Urai kosong selepas penyandangnya, Ismail Yaakob, 60, dari Pas meninggal dunia pada 22 Mei lalu.

ps: UMNO perlu  mengakui bahawa walaupun PAS memang tipis 65 undi, tetapi ia juga tetap kalah pada 65 orang.

Read full story

KEPUTUSAN RASMI N41 MANEK URAI

0 comments

 

Image Hosted by ImageShack.us

KEPUTUSAN RASMI PILIHAN RAYA KECIL N41 MANEK URAI

UNDI PAS

5348

UNDI UMNO

5283

 

MAJORITI

65

JUMLAH UNDI ROSAK

92

JUMLAH KELUAR MENGUNDI

10 722 (87.22%)

JUMLAH SALURAN MENANG

14 DARIPADA 27

JUMLAH UPU MENANG

4 DARIPADA 9

8.30 PM (RASMI)                        

Adalah dengan ini, Parti Pas yang diwakili sr Mohd Fauzi Abdullah, 50 menang dengan majoriti 64 undi daripada 5347 undi.

TOK GURU MEMIMPIN, MANEK URAI BERKAT

Tahniah dari kami bkrm.blogspot.com

Read full story

Puteri Umno cedera, lagi propaganda BN

0 comments

MANEK URAI - Dua orang anggota puteri Umno yang diberitakan cedera dalam insiden membaling batu tidaklah membimbangkan dan tidaklah seperti yang  digembar gemburkan jam 1 petang tadi oleh pihak BN. Kedua-duanya, Nurfarahana Abdol Rahman dan Wan Nor Azziela Pawan Teh, 21, dikejarkan ke Hospital dengan kenderaan awam dan diiringi polis. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata kejdian itu telah berlaku akibat dari provokasi penyokong PAS sehingga mencetuskan ketengangan.
Kejadian berlaku itu adalah disebabkan berlakunya adegan baling botol kosong oleh penyokong PAS dan baling batu serta kalu oleh penyokong BN. Farhana berkata yang dia terjatuh dalam kekalutan dan kemudian pengsan akibat pengsan  asma ketika orang ramai berlarian waktu kejadian. Hakikat sebenarnya, Menurut Puan zaharah iaitu saksi di tempat kejadian tersebut menyatakan muslimat PAS yang bertugas di ketika itu yang cedera teruk akibat terkena balingan batu oleh penyokong BN. Mereka ketika ditemui di hospital tadi bagaimanapun enggan membuat sebarang kenyataan, ketika ditanya mereka hanya menjawab TPM tidak beri mereka membuat sebarang kenyataan.

Read full story

Terkini N41 Manek Urai

0 comments

n41 

5.00 petang - Tepat jam 5 petang, semua pusat membuang undi secara rasminya ditutup. Keputusan dijangka akan diumumkan pada jam 8 malam. Proses pengiraan undi akan bermula bila-bila masa sahaja oleh pihak SPR

4.31 petang - Calon BN meninggalkan UPU Temalih bersama pengiring-pengiringnya dengan bermotorsikal

4.30 petang - YB Takiyuddin berada di Sekolah Manik Urai Baru

4.16 petang - Calon PAS, Abe Uji dalam perjalanan menuju ke Markas Induk daripada UPU Temali

4.15 petang - Peratusan yang telah keluar mengundi sebanyak 84 %

3.56 petang - Beberapa pemerhati daripada MAFREL masih kelihatan berada di peti undi memantau perjalanan pilihan raya kecil Manek Urai.

3.50 petang - Peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi sudah mencecah 83.9 peratus atau 10,312 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam sebelum pusat pembuangan undi ditutup.

3.47 petang - Di Temali, calon PAS tiba di pusat pengundian. Beliau disambut oleh kira-kira 150 penyokong dan diiringi dengan bacaan doa

3.30 petang - Timbalan Perdana Menteri berlepas ke Kota Bharu daripada MRSM Kuala Krai dengan menaiki helikopter

3.20 petang - Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin sampai di MRSM Kuala Krai

3.09 petang - Di Sungai Peria, dua orang petugas muslimat PAS, dimasukkan ke hospital Kuala Krai akibat cedera parah akibat balingan batu dari kumpulan penyokong BN

3.00 petang - Perjalanan ke beberapa UPU masih sesak. Diantaranya Sungai Peria, Sungai Sok, Chuchoh Putri dan Laloh

2.55 petang - Calon PAS, sebentar tadi tiba di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama. Keadaan di sana tenang berikutan tiadanya petugas perayu undi dari BN.

Read full story

Gambaran Sekitar Manek Urai

0 comments

Read full story

Laporan Separuh Hari N41 Manek Urai

0 comments

MANEK KRAI, 14 Julai - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia semalam mensasarkan lebih 85% daripada 12,293 pengundi akan keluar membuang undi dalam Pilihanraya Kecil Dun Manek Urai hari ini memandangkan 90 peratus daripada pengundi adalah petani, penoreh getah dan nelayan yang tidak terikat dengan jadual bekerja. Lebih membantu apabila seluruh Kelantan diumumkan cuti umum pada hari pembuangan undi hari ini. Dengan jumlah penduduk yang kecil, SPR membayangkan keputusan pilihanraya kecil ini bakal diumumkan seawal jam 8 malam nanti.


Memetik sumber laporan Bernama, kebanyakan pengundi adalah penduduk tempatan dengan hanya 1300 sahaja pengundi luar, rata-ratanye menetap di sekitar Kelantan dan juga Pahang. Memuji suasana kempen di Manek Urai yang aman dan bebas dari kejadian provokasi, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berharap tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sehinggalah majlis pengumuman calon yang menang malam nanti.


Turut meraikan pengundi kurang upaya, SPR menyediakan 72 kerusi roda dengan agihan 8 kerusi roda untuk setiap sembilan pusat undi. Antara kemudahan lain yang disediakan termasuk 25 barung SPR yang dibuka dalam jarak 50 meter di luar pusat mengundi untuk memudahkan pengundi menyemak maklumat mereka serta Zon Umum Menurunkan Pengundi bagi kenderaan yang membawa pengundi ke tempat mengundi.


Bagaimanapun, kenderaan-kenderaan tersebut dilarang untuk melekatkan atau menggantung sebarang bendera atau lambang parti atau apa-apa simbol yang menjurus kepada bentuk kempen kecuali pelekat kenderaan khas yang telah diedarkan kepada parti bertanding. Tambah beliau, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan SPR di talian 09-7471966 atau 09-7471998 sekiranya terdapat sebarang aduan berkaitan perjalanan pilihan raya kecil tersebut dan juga yang berkaitan dengan aktiviti kempen di Manek Urai. Beliau turut meminta kerjasama semua parti politik dan calon yang bertanding supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan serta arahan polis bagi menjamin kelancaran pilihan raya kecil itu. Selain parti politik yang bertanding serta penyokong, Abdul Aziz juga menyeru pihak media mematuhi arahan larangan berkempen di hari mengundi.

Read full story

Yakin PAS Kekal Kemenangan

0 comments

Untitled-1 copy_thumb[2] MANEK URAI, 14 Julai - Naib Presiden PAS, Salahuddin yakin PAS mampu mengekalkan kerusi DUN Manek Urai ini. Beliau yang ditemui di Sekolah Kebangsaan Lata Rek sebentar tadi berkata, berikutan lawatannya ke empat-empat UPU setakat ini PAS telah mendahului 52%. Manakala seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut yakin parti itu akan mengekalkan kerusi DUN Manek Urai, tetapi dengan majoriti yang berkurangan. Mahfuz, yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau juga menjangka jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah di sekitar 84 peratus. "Saya tidak menjangka ramai akan pulang (untuk mengundi) kerana hari ini Selasa (hari bekerja di luar Kelantan). "Kerana itu kita menjangka menang tetapi jumlah majoriti kurang," katanya yang turut berada di Sekolah Kebangsaan Lata Rek sewaktu calon PAS, Abe Uji sampai untuk meninjau keadaan di sana. Namun begitu, menurut maklum balas yang baru beliau terima, pengundi luar yang telah pulang (untuk mengundi) melebihi jangkaan awal, katanya.

Read full story

Gambaran Sekitar Manek Urai Pagi Ini

0 comments

Read full story

Sunday, July 12, 2009

Jadi Anak angkat BN: Urus baik negeri sendiri dahulu

0 comments

MANEK URAI BARU, 12 Julai - UMNO diingatkan jangan ketagih untuk mengambil Manek Urai sebagai kawasan anak angkat sebaliknya negeri di bawah pimpinan UMNO harus dijadikan anak angkat dan diurus tadbir dengan baik. Demikian peringatan penting yang disampaikan oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam ceramah mereka di Manjor malam tadi. Tuan Ibrahim menyatakan, ketika PAS mula memerintah di Kelantan pada awal 1990-an, banyak hutang yang terpaksa dilunaskan oleh PAS hasil daripada peninggalan warisan hutang UMNO yang banyak akibat daripada pemerintahan yang korupsi.


Menurutnya, hal ini juga dapat dilihat dengan jelas di mana negeri Pahang yang dipimpin UMNO sekarang telah disaman oleh syarikat pembalakan selama RM63 juta dan hutang kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM200 juta. "Dan baru-baru ini dua syarikat lagi telah menyaman sebanyak RM200 juta akibat pengagihan tanah sebanyak 10 ribu ekar kepada kroni oleh khalil Yaakob, Pengerusi UMNO Pahang," tambah beliau yang juga pesuruhjaya Pas negeri Pahang. Keadaan  ini tambahnya, jelas menunjukkan bahawa UMNO tidak perlu begitu ketagih dan berangan untuk menjadikan Manek Urai sebagai anak angkat. Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Nasaruddin Daud dalam ceramahnya di UPU Manek Urai Lama menasihatkan BN menjaga DUN yang telah dimenanginya sebelum ini sebelum menjadikan Manek Urai sebagai Anak Emas atau Anak Angkat seperti yang dicanang-canangkan dalam kempen mereka.


"Kalu nok wat Manek Urai jadi anok angkat, pahtu hok 6 DUN hok BN mene tu anok gapo? Tok payoh sibuk nak jadi ke anok angkat, anok emas, jago dulu DUN hok demo mene tu," ujar Nasaruddin yang juga Speaker DUN Kelantan sambil disambut sorakan setuju dari penyokong-penyokong di hadapan Sekolah Kebangsaan dalam Manek Urai Baru itu.

Read full story

Saturday, July 11, 2009

Peniaga ikan kutuk penghinaan ke atas Abe Uji

0 comments

KUALA KRAI, 11 Julai (Hrkh) - Kehadiran begitu ramai peniaga dan pemborong ikan di Pasar Laloh petang semalam memberi satu lonjakan baru kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.

Mohd Fauzi atau lebih dikenali sebagai Abe Uji kelihatan terharu di atas kunjungan begitu ramai rakannya.

Keadaan itu dapat dilihat apabila beliau seketika terkedu dan tidak dapat meneruskan ucapan mungkin terharu di atas sokongan padu kawan-kawan.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota Exco, Dato' Husam Musa, Presiden Persatuan Pemborong Ikan Kelantan, Ahmad Termizi Mamat.

Hampir 2,000 peniaga ikan dari seluruh Kelantan hadir pada program itu bagi memberi sokongan kepada Abe Uji selepas diperlekehkan Umno, yang disifatkan sebagai peraih ikan.Image

Terdapat sepanduk yang mengecam pemimpin Umno yang bertulis 'Jangan Hina Pekerjaan Kami' dan 'Pilih Calon Amanah Pilih Abe Uji'.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang juga seorang timbalan menteri menyifatkan Abe Uji sebagai seorang peraih ikan kerana tidak mempunyai pendidikan tingi.

Berucap pada majlis itu, Menteri Besar melahirkan rasa tidak senang terhadap pemimpin Umno kerana melempar fitnah menghina calon PAS sebagai peraih ikan.

Image"Hari ini kita berhimpun bagi melahirkan rasa kecewa di atas penghinaan seorang timbalan menteri terhadap calon kita sebagai peraih ikan. Hina nampaknya pada pandangan mereka," katanya.

Sedangkan katanya, Nabi Muhammad saw pada usia remaja baginda pernah menjadi pengembala kambing.

Menurutnya pemikiran macam itu menggambarkan cara berfikir orang Melayu dan Islam jauh berbeza.

"Mana lebih baik menjual ikan dengan parti rasuah. Parti dia sah parti rasuah. Mana lebih baik terima rasuah berbanding dengan menjual ikan.

"Menjual ikan tentu sah dan halal, manakala rasuah Islam pun kutuk, demokrasi pun kutuk. Tidak kata apa dia, dia berasa bangga boleh rasuah. Kita jual ikan, dia hina," katanya.

Read full story

Kempen masuk fasa kritikal

0 comments

KUALA KRAI: Selepas enam hari berkempen, belum ada pihak berani meramalkan kedudukan dan sentimen sebenar 12,293 pengundi di Manek Urai. Dalam fasa kritikal kempen pilihan raya kecil ini, kedua-dua pihak, Barisan Nasional (BN) dan Pas melipat gandakan usaha untuk memenangi hati pengundi, terutamanya mereka yang berada di atas pagar. "Pengundi atas pagar ni pertempuran kita sebenar. Siapa boleh tawan mereka dia mungkin menang," kata Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fattah Harun ketika dihubungi di sini.

Read full story

Tuesday, June 30, 2009

Calon BN Pernah Terbabit Dalam Rasuah???

0 comments

Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat hari ini menafikan dakwaan yang disebarkan melalui internet bahawa "beliau pernah menyalahguna kuasanya dan terbabit dalam rasuah".
Dakwaan itu tersebar tidak sampai 24 jam selepas beliau diumumkan semalam sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai.
manek urai by election umno bn candidate tuan aziz tuan mat 290609Dakwaan di internet itu menyebut Tuan Aziz hidup melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB) - jawatan yang disandangnya sebleum dilantik menjadi pengurus di Kesedar.
Lamanweb itu mendakwa ekoran Tuan Aziz gagal menjelaskan mengenai gayahidup mewah itu, maka beliau diturunkan pangkat menjadi pengurusan bahagian bersama potongan gaji dan elaun.
Beliau juga didakwa melakukan lawatan yang 'meragukan' ke luar negara serta membawa bersama pegawai-pegawai yang tidak berkaitan ke negara Asean seperti Vietnam dan Thailad untuk tujuan pemasaran.
Juga terdapat dakwaan bahawa beliau menyalahguna kuasanya dalam pemberian kontrak-kontrak KPSB dan melobi untuk pembekal baja sewaktu bertanding untuk jawatan ketua Pemuda Umno Kuala Krai.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Tuan Aziz menafikan semua tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berkata ketika menjadi ketua Pemuda Umno, beliau tidak pernah terbabit dalam operasi kilang Kesedar.

Read full story

Saturday, June 27, 2009

Fauzi Abdullah, Calon PAS N41 Manek Urai

0 comments

MANEK URAI LAMA, 27 Jun - Teka teki siapakah calon PAS di Manek Urai akhirnya terjawab sudah. Pengumuan tersebut disempurnakan Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz tepat jam 11.30 malam tadi, dekat sini. Pengumuman yang menamakan Bendahari PAS kawasan Kuala Krai, Fauzi Haji Abdullah itu disambut dengan perasaan penuh yakin oleh hadirin bahawa kemenangan akan berpihak kepada PAS pada pilihanraya 14 julai nanti.

Menurut pihak urusetia penerangan, Fauzi yang menjadi calon pilihan PAS itu merupakan calon pilihan rakyat tempatan, malah beliau dikatakan mendapat kepercayaan tinggi dari penduduk tempatan untuk menggalas jawatan yang ditinggalkan Paksu Wei itu. Malah, penduduk tempatan yang ditemui semuanya mengiakan kenyataan tersebut, "sememangnya calon kali ini calon pilihan dan tak patut kalah," ujar Ismail, 54 yang merupakan anak jati tempatan.

"Seperti yang dijangkakan, sememangnya nama Fauzi yang akan diumumkan malam ini," tambah sekumpulan pengundi muda ketika ditemui akhir majlis tersebut. Majlis pengisytiharaan di padang sekolah yang berhadapan markaz Unit Peti Undi (UPU) Manek Urai Lama itu dipenuhi kira-kira 40 ribu orang yang rata-ratanya penduduk tempatan. Majlis yang dipengerusikan Ustaz Baihaqi Atiqullah itu turut di hadiri pimpinan PAS Pusat, pimpinan PAS Kelantan, Exco-exco Kerajaan Negeri Kelantan, ahli-ahli parlimen PAS, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution.

Read full story

Friday, June 26, 2009

Jangan Sanggup Gadaikan Maruah Kerana semata-mata idamkan Pembangunan

0 comments

MANJOR, 26 Jun - Tidak sampai lagi seminggu penamaan calon, pelbagai lambakan pembangunan sudah dapat dilihat sepanjang kiri kanan jalan di Manek Urai. Pembangunan yang selama ini dijanjikan kerajaan BN seolah-olah hanya dilihat dapat dilihat apabila berlakunya piliharaya sahaja. "Janganlah semata-mata idamkan pembangunan yang dijanjikan BN, kita sanggup gadaikan maruah, negara dan agama hanya dengan nilai RM50," kata Nik Amar Nik Abdullah semasa dalam ucapannya di sini semalam.


Beliau menafikan bahawa PAS dengan Umno bukan bergaduh kerana batang tubuh parti, tetapi sebaliknya kerana dasar perjuangan yang berbeza. "Kita ajak sokong PAS kerana kita nak jalankan Islam, kerana setiap apa yang kita perjuangan akan dinilai oleh Allah," tambahnya pada hadirin yang rata-ratanya penduduk tempatan. Tidak menolak soal pembangunan sebagai perkara yang penting dalam memajukan sesebuah negeri, beliau menambah ianya juga bukan perkara utama yang perlu ditekankan.
"Soal pembangunan menjadi perkara yang kedua, perkara utama yang perlu ditekankan ialah soal agama," ujarnya menerangkan sambil mengingatkan janji-janji kosong pembangunan dari kerajaan BN. Nik Amar Nik dalam ucapannya menekankan persoalan kenapa perlu rakyat menyokong PAS, bukan kerana menolak atau tidak mementingkan pembangunan tetapi PAS lebih mementingkan soal agama. Turut menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya mengurus dan mentadbir negeri dengan baik, beliau menolak dakwaan BN yang sering mengatakan kononnya PAS tidak pandai mentadbir urus negeri.


"Sekitar bandar Kuala Krai tetap membangun dengan pesat, lebih-lebih lagi di pusat bandar Kota Bharu," ujarnya menyelar dakwaan beberapa pimpinan BN. Turut hadir dalam majlis tersebut Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Adun Selising, Drs Saiful Bahrin Mohamed.

Read full story

PAS Isytihar Calonnya Malam Ini.

0 comments

Kota Bharu - PAS Kelantan akan mengisytiharkan calonnya yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kuala Krai dalam ceramah perdana yang akan diadakan di Markas PAS Peti Undi Manek Urai Lama malam ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat dijangka akan mengumumkan calon PAS tersebut dalam satu ceramah yang akan dihadiri oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, pemimpin DAP, YB Lim Kit Siang dan Pengarah Strategi PKR, Sdr Saifudin Nasution.

Langkah PAS mengisytiharkan calon di Peti Undi Manek Urai Lama dilihat sebagai satu strategi untuk menguatkan kedudukan PAS di peti undi tersebut dan juga peti undi Manek Urai Baru yang dimenangi dengan majoriti kecil dalam pilihan raya umum lalu.

Read full story

Wednesday, June 24, 2009

Khairi Masuk Kampung

0 comments

KUALA KRAI: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan mengetuai jentera Pemuda Umno bagi program Pemuda Masuk Kampung di Manik Urai selama tiga hari bermula Khamis ini. Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata program yang akan turut dihadiri semua Exco Pemuda Umno Pusat termasuk Ketua dan Naib Pemuda setiap negeri itu bertujuan mendekatkan golongan muda di Manik Urai dengan Umno.

“Pelbagai program sarat diatur terutama untuk bertemu golongan muda seperti mengadakan program anak angkat, sukan persahabatan dan bengkel membaiki motosikal,” katanya kepada Bernama selepas majlis bertemu penduduk di sini, malam tadi. Mohamad Zaidan berkata selain itu jentera Pemuda itu juga akan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah untuk bertemu penduduk bagi mendengar segala permasalahan mereka.

Penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai itu akan diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian pada 14 Julai. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas. / Bernama


Pelbagai program sarat diatur terutama untuk bertemu golongan muda seperti mengadakan program anak angkat, sukan persahabatan dan bengkel membaiki motosikal

p/s: Masuk kampung orang jangan lupa jaga sikit adat dan tatasusila, kepada tuan rumah yang menjadi ibu dan bapa angkat pada pemuda-pemuda biru ini ,kasi pekena mereka dengan budu, petai jeruk, ikan singgang.

Read full story

Tuesday, June 23, 2009

Khairy Kepala Masuk Kampung

0 comments

KUALA KRAI: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, akan mengetuai jentera Pemuda Umno bagi program Pemuda Masuk Kampung di Manek Urai selama tiga hari bermula Khamis ini.
Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan, Mohamad Zaidan Abdul Rahim, berkata program yang akan turut dihadiri semua Exco Pemuda Umno Pusat termasuk Ketua dan Naib Pemuda setiap negeri itu bertujuan mendekatkan golongan muda di Manek Urai dengan Umno. "Pelbagai program sarat diatur terutama untuk bertemu golongan muda seperti mengadakan program anak angkat, sukan persahabatan dan bengkel membaiki motosikal," katanya kepada Bernama selepas majlis bertemu penduduk di sini, malam tadi. Mohamad Zaidan berkata, selain itu jentera Pemuda itu juga akan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah untuk bertemu penduduk bagi mendengar segala permasalahan mereka.

Read full story

Friday, June 19, 2009

Undi BN boleh masuk syurga

0 comments

KUALA KRAI 19 Jun — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.

Timbalan Presiden UMNO berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.

“Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (Pas) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat),” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini hari ini. - Bernama

Read full story

Janji Pembangunan Tapi Rumah YB yang membangun

0 comments

KOTA BHARU, 18 Jun: Umno kini kontang isu hendak diketengahkan di Dun Manek Urai memandangkan penduduk tempatan di situ mulai muak dengan agenda pembangunan yang sering diulang tayang. Rakyat di Dun terbabit tahu sepanjang empat tahun diterajui BN pada penggal lalu pembangunan yang dicanang tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya baru penggal menang, bekas Adun Manek Urai, Zulkifli Omar sudah mampu membina banglow besar yang lengkap dengan dewan dan pejabat di tapak seluas kira-kira dua ekar di cabang tiga Sungai Sok (gambar).

Begitu juga bekas Adun Dabong, Datuk Ramzi Abdul Rahman membina mahligai di pucak bukit di Jelawang, biar pun sepenggal menjadi wakil rakyat. Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, itu belum lagi diambil kira dengan banyak projek terbengkalai yang telah dirasmikan menteri sebelum ini. “Pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua sehingga kini mungkin hanya berjalan 10 peratus, sedangkan bekas Perdana Menteri telah melakukan upacara pecah tanah lebih dua tahun lalu.

[Siti_Zailah+web.JPG]“Begitu juga dengan projek jalan raya Kuala Krai – Kota Bharu yang diuar-uarkan menjelang pilihan raya umum lalu gagal menjadi kenyataan sehingga kini,” katanya di sini. Beliau berkata, sekarang pemimpin Umno datang untuk berbudi pula dengan penduduk di Manek Urai dengan menabur lagi janji-janji pembangunan. Kata beliau sekiranya Umno bersungguh-sungguh mahu melaksanakan projek pembangunan di Manek Urai, agenda itu sudah lama dilakukan memandangkan kedudukan Dun tersebut di bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar). Namun katanya, apa yang dilakukan Kesedar sekadar melepas batuk di tangga.

Oleh itu beliau yang juga anggota parlimen Rantau Panjang menasihatkan penduduk Manek Urai menganggap segala janji pemimpin Umno sebagai ‘gula gula politik’ menjelang pilihan raya. “Pengundi di Manek Urai tentunya tidak lupa pesanan Tok Guru iaitu ‘beri gula kacau, beri kain pakai, bila mengundi pangkah bulan,” ujarnya. Beliau turut mengingatkan pengundi supaya berhati-hati dengan taktik kotor Umno yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai kemenangan. (siasahdaily)

Read full story

Thursday, June 18, 2009

Jangan Letak Calon Jika Mahu Kerajaan Perpaduan

0 comments

KOTA BHARU 17 Jun - Pas Kelantan meminta UMNO tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai 14 Julai ini sekiranya benar-benar serius dengan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan. Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dalam nada sinis berkata, UMNO tidak akan 'bergaduh' dengan Pas dalam pilihan raya kecil itu sekiranya mereka benar-benar mendokong cadangan tersebut.

"Saya yakin UMNO tidak akan letak calon sebab mereka sekarang beria-ia untuk wujudkan kerajaan perpaduan, tidak mungkin kita bercakap tentang kerajaan perpaduan, selepas itu kita bergaduh dan bertumbuk pula," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Read full story