Showing posts with label katak. Show all posts
Showing posts with label katak. Show all posts

Thursday, September 3, 2009

600 ahli BN Perak sertai PKR Sabtu ini

0 comments

IPOH: Seramai 600 anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Perak didakwa akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong, di sini, Sabtu ini.Bekas Ahli Parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong, berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan adalah anggota MCA, Umno, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini."Kebanyakan mereka daripada MCA dari Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Gopeng, Tambun, Kampar, Taiping dan Lumut," katanya pada sidang media di pejabat PKR Perak di sini, hari ini.

Beliau mendakwa lebih ramai anggota MCA di Perak akan menyertai PKR selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu selesai yang akan diadakan tidak lama lagi."Ini adalah gelombang pertama...ramai lagi akan sertai PKR selepas EGM. Kebanyakan mereka memegang jawatan di peringkat MCA bahagian dan meminta untuk mengundi dalam EGM terlebih dahulu sebelum menyertai PKR," katanya.Ditanya sama ada tindakan menyertai PKR oleh anggota MCA berkenaan ada kaitan dengan kes pemecatan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini, Tan yang juga bekas Naib Pengerusi MCA Bahagian Ipoh Timur berkata anggota parti berkenaan menyertai PKR disebabkan tertarik dengan idea 'sistem dua parti' dan bukannya disebabkan faktor pemecatan bekas Menteri Kesihatan itu.Tan bersama bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng dan bekas Senator, David Yeoh keluar MCA dan menyertai PKR Julai lalu. - Bernama

Read full story

Wednesday, June 24, 2009

Kecewa UG Ditolak- Ibrahim Ali

0 comments

KUALA LUMPUR 23 Jun – Ahli Akademik dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu kecewa dan kesal apabila kerajaan perpaduan yang dicadangkan demi perpaduan orang Melayu akhirnya terkubur begitu sahaja.

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perasaan orang Melayu seolah-olah dipermain-mainkan apabila pakatan pembangkang menolak cadangan itu. “Kita teruja dan gembira sebelum ini kerana sudah nampak ada usaha perpaduan antara orang Melayu dan umat Islam apabila timbulnya cadangan ini terutama kerjasama antara UMNO dan Pas.

“Tetapi akhirnya ia jadi begini. Perasaan orang Melayu seolah-olah terus dipermainkan demi kepentingan politik pembangkang semata-mata,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau diminta mengulas cadangan Pas sebelum ini bagi mewujudkan kerajaan perpaduan bersama UMNO demi kesejahteraan orang Melayu dan umat Islam, tetapi ditolak pakatan pembangkang semalam.

Read full story

Wednesday, June 3, 2009

UMNO Perlis Kian Retak

0 comments

Bekas ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh mengesahkan mengadakan pertemuan dengan pemimpin kanan Angkatan Muda PKR (AMK) Perlis Isnin lalu.
Katanya, ketua AMK Perlis, Zambri Safar dan ketua penerangan AMK negeri, Asrul Nizam Abd Jalil menemui beliau bersama dua lagi pemimpin Umno tempatan di Kangar.
Dalam pertemuan tersebut, katanya, mereka membincang beberapa perkara di mana beliau telah memberi pandangannya berhubung situasi semasa politik di Perlis. Ditanya sama ada beliau dan ahli-ahli Umno yang dilaporkan akan menurut jejak langkahnya keluar parti, akan menyertai PKR,

Hashim berkata:
"Perkara tersebut bukan digerak oleh saya. Saya hanya menyatakan hasrat saya. Cuma gerakan tertentu untuk membawa masuk PKR, adalah reaksi spontan mereka. Bukan dirancang oleh saya.
"Ini jelas membuktikan apa yang saya nyatakan, dikongsi bersama dengan aktivis-aktivis Umno yang tidak berpuashati dengan parti (Umno). Mereka berkongsi sentimen dengan saya," katanya.
Hashim berkata, selain mereka bertiga, dua lagi bekas pemimpin Pemuda Umno bahagian, turut menghadiri pertemuan tersebut. - malaysiakini

Read full story

Monday, June 1, 2009

500 Ahli akan Keluar Umno Jika..

0 comments

Kira-kira 500 ahli Umno dalam bahagian Arau akan meninggalkan parti jika bekas ketua penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh berbuat demikian.
Hashim, yang kecewa dengan pucuk pimpinan Umno negeri, bagaimanapun belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut.
Bekas ketua penerangan Pemuda Umno bahagian Arau, Ismail Hashim berkata, mereka adalah ahli Pemuda dan bekas ahli pergerakan itu dalam DUN Tambun Tulang yang diwakili oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.
"Jumlah 500 itu adalah dari 15 cawangan Umno Tambun Tulang yang merupakan pengikut saya. Jika saya berhijrah, mereka akan ikut saya.
"Saya tunggu keputusan Datuk Hashim, dia lompat saya ikut dia. "Walaupun Datuk Hashim belum buat keputusan, tetapi 70 peratus sudah ke arah sebelah sana (pembangkang)," katanya kepada Malaysiakini semalam. Ismail berkata, 500 ahli Umno itu merupakan penyokong kuat Shahidan yang kecewa beliau tidak dilantik semula sebagai menteri besar dan ketua perhubungan Umno Perlis. (MALAYSIAKINI.COM)

Read full story