Showing posts with label Najib. Show all posts
Showing posts with label Najib. Show all posts

Tuesday, September 8, 2009

Rizab Emas Untuk Beli Kapal Perang

0 comments

Menurut laporan akhbar The Wall Street Journal bertarikh 9 Mei 2005, kerajaan Malaysia bercadang menggunakan rizab emas negara untuk membeli kapal perang dan peralatan tentera daripada BAE Systems PLC bernilai 1 bilion paun (guna symbol paun) atau RM6.8 bilion.
Langkah yang dianggap pelik itu melibatkan penggunaan rizab emas sebagai jaminan kepada urusniaga tersebut. Sebelum itu Bank Negara Malaysia dikritik hebat kerana pernah mengalami kerugian besar kira-kira USD4 bilion pada awal 1990an berikutan penggunaan rizab matawang dalam perdagangan matanwang antarabangsa.
Statistik BNM menunjukkan negara mempunyai rizab emas bernilai USD66 bilion atau RM250 bilion. Laporan itu juga menyatakan sekiranya perjanjian pembelian senjata itu diteruskan Malaysia akan menyandarkan hampir 2.8 peratus daripada nilai rizab emas negara.
Urusan berkaitan kontrak tersebut dikendalikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan ketika itu, Najib Razak yang kini menjadi Perdana Menteri.

(TVANTARA)

Read full story

Tuesday, September 1, 2009

Hampir 200 ditahan dalam operasi ambang merdeka

0 comments

Merdekakah kita??

2674185550_fb022e3211_oKUALA LUMPUR 31 Ogos — Kira-kira 200 orang termasuk 60 remaja wanita ditahan di sekitar Lembah Klang kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral dalam “Ops Masih Ada yang Sayang” yang dijalankan sempena ambang kemerdekaan negara ke-52, awal pagi ini.

Operasi selama lima jam bermula kira-kira 1 pagi itu melibatkan beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid) Selangor dan turut disertai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan pegawai-pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang.

Pengerusi Perkid Selangor Masridzi Sat berkata kesemua mereka dalam lingkungan usia 20-an itu ditahan kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral seperti berpeleseran bersama pasangan masing-masing dan melepak di tempat awam.

“Kita amat prihatin masalah sosial di kalangan masyarakat yang semakin meningkat, sebab itu operasi ini diadakan agar mereka disedarkan ke jalan hidup berlandaskan agama Islam terutama cara menyambut sesuatu perayaan (kemerdekaan negara) bukan untuk keseronokan semata-mata dan tanpa matlamat hidup,” katanya kepada Bernama di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang untuk diberi kaunseling dan ceramah agama berkenaan pegangan agama yang betul seperti cara meraikan kemerdekaan negara mengikut acuan agama Islam.

Masridzi berkata kesemua mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila sesi kaunseling berakhir selepas solat Subuh.

Operasi yang membabitkan 90 anggota itu dijalankan di beberapa lokasi secara serentak termasuk di Bukit Langat, Taman Bukit Permai dan Taman Tasik Pandan bertujuan mencegah kegiatan maksiat dan gejala sosial.

— BERNAMA

Read full story

Tuesday, July 21, 2009

Pemuda Pakatan Serah Memorandum Untuk Najib

0 comments

 

Pemuda parti komponen Pakatan Rakyat hari ini menyampaikan memorandum untuk Perdana Menteri Najib Razak, menggesa beliau menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock di bangunan ibu pejabat SPRM Khamis lalu.

Teoh dijumpai mati di bumbung tingkat lima bangunan setelah disoal siasat 10 jam tanpa kehadiran peguamnya di tingkat 14 ibu pejabat SPRM

Read full story

Monday, July 13, 2009

Betul ke?? PRU KE-13 dalam masa terdekat ini??

0 comments

MOHD NAIB ABDUL RAZAK KUBANG PASU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini menolak andaian sesetengah pihak yang mengatakan beliau akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 dalam masa terdekat. Katanya, beliau tidak nampak keperluan mengadakan pilihan raya umum sekarang kerana mandat kerajaan yang ada masih panjang. Najib berkata, beliau ada menerima e-mel daripada seorang pemimpin pembangkang yang meramalkan beliau akan mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh terdekat berikutan sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada Barisan Nasional (BN) ketika ini.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis bersama rakyat di sini, hari ini.

 

p/s: najib bila nak turun manek urai??

Read full story

Saturday, July 11, 2009

20% Diskaun Tol, Gimik Politik Najib

0 comments

20090711193848_najib-razak1012 Perdana Menteri Najib Abdul Razak menandakan hari ke-100 pemerintahannya dengan mengumumkan 11 langkah populis dalam usaha merampas kembali sokongan rakyat dari Pakatan Rakyat. Selepas majoriti 2/3 pemerintah terkubur dalam PRU-12 lalu, Umno-BN berusaha untuk memacu momentum politik yang tersadung kekalahan dalam siri pilihanraya kecil lepas. Nekad mematikan kemaraan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai, Najib mengumumkan diskaun 20 peratus kepada pengguna kerap tol lebuhraya. Najib juga berkata ini dan 10 rancangan yang lain akan disusuli dengan lebih banyak langkah populis di masa hadapan.Najib berkata demikian kepada lebih 3,000 penyokongnya di majlis meraikan 100 hari pemerintahan beliau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. Parti Keadilan Rakyat menyifatkan langkah populis ini sebagai gimik politik. Naib Presiden Mustapha Kamil Ayub berkata Kerajaan Pusat mampu melakukan yang lebih baik, namun kepentingan politik membantutkan kekuatan itu. Selangor dibawah Pakatan Rakyat sanggup berbelanja berbilion ringgit membeli sistem pembekalan air dari pemegang konsesi air supaya rakyat tidak lagi terbeban dengan kos kehidupan Lembah Klang yang tinggi.


Mustapha juga berkata kepedulian rakyat yang jitu mendorong kerajaan Selangor untuk memperkenalkan program 20 meter padu air percuma untuk semua pengguna domestik. Sekiranya pemerintah ikhlas mahu membantu rakyat, Mustapha menyeru Najib supaya meniru jejak langkah Selangor dan memilik-negara lebuhraya dari tangan konsesi. "Dalam konteks pakatan, hal utama seperti air, jalanraya, hospital dan lain-lain, memainkan peranan yang lebih dalam persoalan untuk mengurangkan beban rakyat. Soal Kerajaan Negeri Selangor bawah pimpinan Pakatan sedia menggunakan sumber lain untuk menanggung kos pembekalan air, komitmen terhadap rakyat.  Dalam masa yang sama, dalam keadaan ekonomi agak parah, rakyat perlu dibantu dengan cara demikian.” “Diberikan satu bentuk di mana jika tidak secara langsung perlu ada kajian. Cara berkenaan (diskaun 20%) tidak melambangkan komitmen kerajaan meringankan beban rakyat. Tidak mencukupi kalau sekadar potongan 20% kepada pengguna kerap," Pendedahan dokumen konsesi lebuhraya mendedahkan kerajaan Malaysia dan pemegang konsesi telah menetapkan kenaikan harga tol secara berperingkat dalam satu perjanjian yang memakan masa antara 10 hingga 30 tahun. Umno-BN beralasan bahawa kerajaan terpaksa membayar subsidi yang mahal kepada konsesi sekiranya kerajaan menghalang kenaikan harga tol.


Siri-siri bantahan dan demonstrasi rakyat membantah kenaikan harga tol bagaimanapun dijawab dengan kekerasan pihak berkuasa. ”Sebelum itu mereka kata tidak mampu dan perjanjian tidak boleh diubah. Sebelum ini mereka kata bahawa kerajan perlu beri subsidi dan pampasan kepada syarikat  konsesi Kerana ia kewajipan secara kontrak, tiba-tiba dia boleh bagi 20%. Bagaimana 20% ini boleh dilaksanakan? Samada kerajaan perlu bayar subsidi yang lebih tinggi atau ini memang sesuatu yang didalam kuasa kerajaan. Ini tidak dijelaskan,” kata Pengarah Strategi PKR, Tian Chua. Kata Tian Chua lagi, beliau mengganggap pusingan-U ini hanya satu gimik politik yang digunakan Najib untu menawan hati rakyat. "Ia hanya gimik politik untuk menunjukan Najib prihatin terhadap kebajikan rakyat, tapi sebenarnya tidak mengubah atau menyesesaikan masalah. 20% bukan untuk semua hanya sebahagian pengguna. Saya kurang pasti cara mereka untung menghitung siapa layak atau tidak. Ia masih belum jelas," a“Yang penting kita harus mengkaji semula perjanjian konsesi supaya kerajaan boleh mengambilalih atau mengurangkan tol. Itu langkah yang lebih berkesan daripada hanya menggunakan diskaun,” katanya. (TVA)

Read full story

Sunday, June 28, 2009

Nik Aziz Ajak Najib Berdebat, Ada berani ke Najib???

0 comments

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempelawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lamanya. Menteri Besar Kelantan itu berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat. “Jemputan itu sengaja dibuat kerana kekecohan dalam politik hari ini, terutama antara Pas dan Umno,” katanya selepas mengimamkan solat Sunat Dhuha di pekarangan Pasar Siti Khadijah, di sini, semalam. Nik Aziz berkata, hasrat untuk perdebat itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan. Katanya perkara berlaku sekarang tidak akan selesai melalui media sebagai saluran tetapi mesti dibincangkan secara bersemuka. - Bernama

Read full story

Tuesday, June 16, 2009

3 Bulan Jadi PM, Masih Tiada Sambutan

0 comments

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - "Kita telah masuk ke bulan ketiga sejak pelantikan Perdana Menteri yang baru. Kalau itulah ukuran sambutan orang terhadap Perdana Menteri yang baru maka sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena." Demikian pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu wawancara bersama Harakah baru-baru ini.

Menurutnya, ukuran Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri baru boleh dilihat berdasarkan sambutan masyarakat terhadapnya termasuk dunia luar. "Dalam ukuran kepada populariti Perdana Menteri yang baru, kalau kita ambil daripada kaca mata "ucap tahniah" yang diterima oleh Malaysia, setakat ini yang saya diberi faham hanya Singapura, Brunei, dan baru-baru ini Amerika yang ucapkan tahniah. Hanya tiga pemimpin negara dari seluruh dunia yang menyampaikan ucapan tersebut.

"Kita telah masuk ke bulan ketiga sejak pelantikan Perdana Menteri yang baru. Kalau itulah ukuran sambutan orang terhadap perdana menteri yang baru maka sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena,"jelasnya. Tambah Nik Aziz, jika diselidik,sudah pasti pergolakan bukan sahaja dalam komponen Barisan Nasional (BN) malah isu dalaman Umno sendiri boleh dianggap sebagai punca pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri tidak diterima dengan baik. Baca lagi

Read full story

Saturday, June 13, 2009

Anwar: Sedia bincang dengan Najib

0 comments

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun Pakatan Rakyat sedia berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi tidak timbul langsung isu kerajaan perpaduan dengan Umno. "Tidak timbul isu kerajaan perpaduan. Isu kerajaan perpaduan tidak berbangkit sama sekali," tegas beliau dalam ucapannya di Kongres Nasional Khas PKR di Nilai hari ini. "PAS telah menjelaskan pandangan dengan sebaiknya. Kita sedia berbincang dengan syarat hentikan kezaliman, bebaskan badan kehakiman dan pastikan pilihanraya yang bebas dan adil. "Kalau ini semangat yang ada, tidak ada masalah untuk kita berbincang. Tidak timbul isu yang diwarkan-warkan, (iaitu) kerajaan perpaduan," tegas Anwar. Beliau mengulas isu kerajaan perpaduan yang diutarakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mencetuskan andaiaan bahawa parti Islam itu berniat bergabung dengan Umno. "Selepas Muktamar PAS, saya hubungi Ustaz Abdul Hadi dan berbincang panjang. Kita akan jelaskan melalui kenyataan media yang bakal keluarkan," tambahnya.

Read full story

Wednesday, June 10, 2009

Mesti Tonton Rahsia Terbongkar (Rasmah Mansor)

0 comments

Berasal dari Negeri Sembilan. Orangnya kecil molek, berkulit cerah dan mempunyai tahi lalat besar di pipi. Tahi lalat saiz duit siling lima puluh sen. Mengikut cerita orang-orang tua itu adalah tahi lalat bertuah. Kerana tuah tahi lalat itulah agaknya beliau dapat berkahwin dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tetapi, sekarang khabarnya tahi lalat bertuah itu sudah dibuang. Khabarnya beliau pergi buat “plastic surgery” di Jepun. Banyak ribu juga habis. Tidak apalah kerana semua Najib yang tanggung. Duit rasuah yang Najib dari Vincent Tan pun tidak habis. Duit balak tidak usah kira, tidak luak. Rosmah seorang wanita berpelajaran tinggi. Dapat ijazah dalam dan luar negeri. Bijak orangnya dan petah bercakap. Gaya dia bercakap memang boleh pikat hati orang, terutama kaum lelaki. Sayang kelulusannya disalahgunakan. Kelulusan tinggi digunakan untuk memancing orang-orang lelaki yang sudah beristeri dan berpangkat serta kaya-raya.

Menurut cerita mereka yang pernah tidur dengan Rosmah, sebagai teman permainan dan teman tidur beliau tidak menjemukan. Dia pandai bergaya dan “fashionable”. Senyuman dan jelingan boleh membuat lelaki hidung belang dan buaya seperti Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik dan Najib Tun Razak melutut kepadanya.

Bekas pelajar Sekolah Menengh Tunku Kursiah, Seremban. Mengikut kawan-kawan yang sama bersekolah dengannya, beliau terkenal sebagai pelajar yang ego dan suka menunjuk-nunjuk. Tidak punya ramai kawan rapat di kalangan pelajar-pelajar perempuan. Tetapi punya ramai teman lelaki. Pantang nampak lelaki kacak dan berada. Sejak di sekolah menengah lagi sudah selalu bertukar-tukar pasangan.

Sebagai gadis lincah, kalau boleh dianggap masih gadis semasa menuntut di Universiti Malaya, beliau sangat popular dan terkenal di kalangan penuntut lelaki. Beliau menjadi Ahli Persatuan Kesuma dan aktif dalam pertunjukkan-pertunjukkan kebudayaan yang dianjorkan oleh pihak universiti. Secara peribadi dikatakan beliau ini sangat periang dan peramah. Di antara Rosmah dengan Rahim Thamby Chik mereka sudah berkenalan sejak di kampus lagi tetapi, hanya sebagai kawan kenalan biasa sahaja. Rahim Thamby Chik juga terkenal buaya di kampus. Ada juga orang kata Rosmah ada taruh hati pada Rahim. Tapi perangkapnya tidak mengena. Rahim terlepas.

Sesudah bertunang dengan Aziz bekas suaminya beliau masih lagi berpoya-poya dengan lelaki lain. Beliau sungguh hebat dan “hot”. Pantang disapa oleh lelaki terutama yang kacak-kacak. Dikatakan juga Rosmah suka main “jim ramy” dengan anak-anak lelaki Raja Nong Chik. Semasa itu beliau berminat kepada salah seorang anak Raja Nong Chik bernama Salleh. Ini setelah jadi isteri Aziz. Betul ke? Ramai orang tidak sangka macam mana Aziz boleh tersangkut hati dengannya . Semasa di kampus lagi beliau sudah di cap sebagai jamban. Aziz budak baik dan lemah lembut orangnya. Dikatakan dia berkahwin dengan Aziz atas dasar suka sama suka.

Semasa berkerja dengan Island & Peninsular Bhd,. sebagai PRO, Rosmah berkesempatan bergaul dan berkenalan dengan ramai VIP, termasuk menteri-menteri dan timbalan menteri, perangai lamanya balik semula. Beliau ambil kesempatan dari tugasnya yang membolehkan dia selalu pergi “out-station” buat pertemuan-pertemuan sulit dengan lelaki terutama VIP yang diminatinya. Rosmah dilantik jadi pengurus kerana dapat banyak projek bagi pihak syarikatnya. Senang dapat projek kerana sanggup gunakan dirinya sebagai umpan. Bossnya Azwa sayang padanya dan naikkan dia pangkat. Mengikut kata kawan-kawannya Rosmah pernah berkata walaupun satu hari dia mesti kahwin dengan orang besar. Dia gila kedudukan dan gila pangkat. Cita-citanya berjaya dapat kahwin Najib

Seorang kawan memberitahu, pernah seorang datin, isteri bekas seorang menteri yang sekarang dikatakan menjadi salah seorang Naib Presiden UMNO Baru memberitahunya, semasa Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri mengadakan sidang mesyuarat di Sarawak, dalam masa rehat beberapa orang Timbalan Menteri dan Menteri telah bercakap tentang Rosmah. Mereka buat perbandingan sesama mereka tentang pengalaman masing-masing dengan Rosmah.

Kesimpulan dari cerita itu membuktikan seolah-olah kebanyakkan dari mereka telah meniduri Rosmah. Rosmah yang sekarang ini menjadi isteri Najib. Apakah ini sudah kerana jodoh? Kasihan Najib. Kalau cerita ini benar, Rosmah bolehlah juga dianggap sebagai janda tidak rasmi kepada ramai lelaki atau “spare tyre” mereka. Isteri yang lebih cantik, lebih setia ditinggalkan dan ambil bekas sisa-sisa orang. Macam tidak ada perempuan lain.

Dari cerita orang yang rapat dengan Rahim Thamby Chik, sebelum Rosmah diperkenalkan kepada Najib beliau adalah kendak Rahim. Rosmah berharap dapat kahwin dengan Rahim. Rahim ini hebat orangnya dan bukan calang-calang lelaki. Rosmah tidak dapat tundukkan Rahim. Rahim lagi bijak darinya. Rahim tahu Najib suka perempuan-perempuan seperti Rosmah. Mereka satu kem. Kem buaya darat. Mengikut cerita kononnya dalam dia sudah jadi isteri Najib dia masih berjumpa Rahim. Betul ke? Kalau betul, jahat sungguh awak ni…

Untuk lepaskan dirinya dari Rosmah dia cepat-cepat paskan Rosmah kepada Najib. Dia beri pengakuan kepada Rosmah, kalau dia baik dengan Najib dia boleh dapat kawasan balak. Negeri Pahang banyak balak, Melaka tidak ada balak. Rahim bukan mudah dikenakan orang. Di Negeri Melaka ketika dia menjadi Ketua Menteri, dialah raja. Mengikut cerita orang-orang Melaka kononnya beliau pernah menghalau Pegawai-pegawai Majlis Ugama Melaka dan Polis dari bilik hotelnya di Hotel Ramada. Mereka datang menyerbu ke bilik hotel itu apabila terima laporan ada orang berkhalwat. Apabila sampai ke bilik itu yang di dapati berkhalwat ialah Ketua Menteri Melaka sendiri Rahim Thamby Chik dengan seorang gadis jurujual.

Najib walaupun buaya besar seperti Rahim Thamby Chik, kena dengan Rosmah dia kalah dan terduduk. Lupa diri, lupa anak bini. Balak Pahang pun dia berikan kepada Rosmah. Hotel Hyatt Kuantan menjadi tempat mereka berkendak tidak kira siang atau malam setiap kali Rosmah datang ke Kuantan. Apabila Najib ke Kuala Lumpur mereka berkendak di Hotel Shangri-la kerana Najib tinggal di situ dan pejabat Rosmah di Bangunan SPK berhampiran dengan hotel itu.Sejak dia mengadakan perhubungan sulit secara haram dengan Najib dia lupa terus kepada suami dan anak-anaknya.

(sumber:http://pemudabesut.blogspot.com/2008/10/siapa-rosmah-mansur-malaysiakini.html)

Read full story

Para Suami Contohilah Najib

0 comments

 KUALA LUMPUR 9 Jun - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan golongan suami supaya mencontohi kesabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak demi kebahagiaan rumah tangga.

Beliau berkata, sebagai seorang isteri, wanita dan ibu, beliau kagum dengan kesabaran yang dimiliki Perdana Menteri."Saya tidak pernah tengok orang sabar macam dia. Jadi saya harap semua suami akan ikut perangai Najib."Insya-Allah rumah tangga akan bahagia," katanya selepas melancarkan buku Najib Perdana Menteri Keenam di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Dalam ucapan ringkas yang diselang-seli dengan nada berseloroh, Rosmah memberitahu bahawa beliau adakalanya merungut dan meluahkan isi hati apabila suaminya itu berjalan laju atau ketika terlalu sibuk dengan urusan kerja.Namun katanya, Perdana Menteri tetap tenang dan tidak hilang sabar.Kata beliau, Najib sentiasa mendengar keluhan dan pandangannya tanpa sedikitpun menunjukkan sebarang emosi.

Tambah Rosmah, suami adalah tempat isteri mengadu dan meluahkan keluhan maka berilah ruang secukupnya kepada isteri.Katanya, itulah nasihat beliau kepada para suami supaya tetap memberi layanan yang baik kepada isteri mereka biarpun berdepan dengan kesibukan dan tekanan kerja.

Nota kaki: Ingat Suami-suami kena contohi sikap najib, tengok Datin seri semua dia boleh buat, najib tak halang sikit pon. Untuk Sama-sama kita renungkan

Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

Read full story

Sifat-sifat Terpuji Najib

0 comments

KUALA LUMPUR 9 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai seorang yang begitu penyabar, pendengar yang baik dan pembuat keputusan yang tepat.Demikian penilaian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terhadap Perdana Menteri sejak beliau berkhidmat dengannya pada tahun 1987. "Beliau sekalipun tidak pernah meninggikan suara atau mengerut muka apabila marah namun kita akan tahu apabila beliau marah kerana muka beliau akan merah dari pipi ke dahi.

"Najib juga sentiasa mendengar luahan, maklumat, masalah atau komen orang tanpa memberikan reaksi yang keterlaluan. Beliau juga tidak membuat keputusan ketika marah atau sedih," katanya.Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku berjudul Najib Perdana Menteri Keenam oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Auditorium, Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Jelasnya, apabila melihat Najib begitu sedih meninggalkan Kementerian Pertahanan, beliau menyedari bahawa kementerian tersebut adalah darah daging Perdana Menteri."Secara peribadi, saya menghargai segala kepercayaan yang diberikan Najib kepada saya. "Saya dikutip oleh Najib dari lembah politik untuk menjadi Setiausaha Politik ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pertahanan. Kini, beliau lantik saya menjadi Menteri Pertahanan," katanya.

Read full story

Tuesday, June 9, 2009

Najib, Suami Dan Pemimpin Yang Penyabar

0 comments

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan para suami agar mencontohi perilaku suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan seorang bapa, suami dan pemimpin yang penyabar. Beliau berkata Najib mempunyai personaliti yang menarik daripada segi kesabaran.
"Saya tak pernah tengok orang penyabar macam dia (Najib)," katanya dalam ucapan ringkas ketika melancarkan buku 'Najib Perdana Menteri ke-6' di Wisma Pertahanan di sini hari ini.
Rosmah turut mengingatkan para suami agar tidak memarahi isteri kerana isteri juga mempunyai tanggungjawab dan mengalami tekanan.

Read full story

Kalau Pemimpin Tak tau Beza Hak Rakyat Susah.

0 comments

IPOH: Cadangan Pas untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja Peralihan Kuasa di Perak hanya untuk kepentingan parti itu, bukannya menjaga kebajikan rakyat. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kepemimpinan Pas sudah mengetahui rentetan perkembangan politik di negeri ini bermula awal Februari lalu hingga sekarang dan tiada aspek memerlukan siasatan. Katanya, usul itu diluluskan oleh Muktamar Pas, kelmarin adalah untuk meraih keuntungan bagi parti itu saja.

Nota kaki: MB mahkamah hari ini bersuara dengan berkata “Suruhanjaya Diraja Peralihan Kuasa di Perak hanya untuk kepentingan parti itu, bukannya menjaga kebajikan rakyat”. Hahahaha.. dia bersuara begitu kerana tak paham kehendak rakyat, rakyat kata bubar dun dia buat pekat badak je, bukan salah dia jugak tapi ketua-ketua dia tu yang lebih pekak dari badak. Malas nak ulas panjang-panjang isu mamat ni, letih dah. salam

Read full story

Saturday, June 6, 2009

Lulus Usul Lantik Badan Penyiasatan Bebas

0 comments

20090606184752_DSC00483 Muktamar PAS ke-55 hari ini meluluskan usul mendesak Perdana Menteri, Najib Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansur membersihkan nama mereka dengan mengambil tindakan saman malu terhadap mereka yang mengaitkan mereka dengan kes pembunuhan model Mongolia , Altantuya Saribbu. Usul yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS itu juga memohon kepada Yang Dipertuan Agong supaya memperkenankan perlantikan badan penyiasatan bebas terhadap kes pembunuhan model berkenaan.

Read full story

Friday, June 5, 2009

Bersihkan Nama Najib, Rosmah

0 comments

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Sebanyak empat usul diterima untuk dibahas oleh para perwakilan dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-50 yang akan dibahaskan pada malam ini.  Antara usul yang akan dibahas ialah membersih nama baik Perdana Menteri Malaysia yang dibawa Pemuda PAS Pusat.

Usul tersebut yang mendapat sokongan daripada Pemuda PAS Johor menyebut mereka menyedari Dato' Seri Naji Tun Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansur dikaitkan dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Sharribuu. "Negara sedang terancam dengan imej buruk yang digambarkan media-media luar negara terhadap perdana menteri," jelas usul tersebut yang diedarkan kepada media sebentar tadi.

Katanya, Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyedari negara-negara luar memberi respons yang baik terhadap pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Bagaimanapun katanya, negara ini perlu ditadbir pemimpin yang bersih. Sehubungan itu mereka akan mengambil ketetapan untuk mendesak Najib dan Rosmah membersihkan nama mereka dengan menyaman mereka yang terbabit. "Kami juga memohon Yang di-Pertuan Agong melantik badan penyiasat bebas terhadap kes pembunuhan Altantuya itu," sebut usul tersebut.

Read full story