Showing posts with label gengster. Show all posts
Showing posts with label gengster. Show all posts

Tuesday, September 1, 2009

Hampir 200 ditahan dalam operasi ambang merdeka

0 comments

Merdekakah kita??

2674185550_fb022e3211_oKUALA LUMPUR 31 Ogos — Kira-kira 200 orang termasuk 60 remaja wanita ditahan di sekitar Lembah Klang kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral dalam “Ops Masih Ada yang Sayang” yang dijalankan sempena ambang kemerdekaan negara ke-52, awal pagi ini.

Operasi selama lima jam bermula kira-kira 1 pagi itu melibatkan beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid) Selangor dan turut disertai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan pegawai-pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang.

Pengerusi Perkid Selangor Masridzi Sat berkata kesemua mereka dalam lingkungan usia 20-an itu ditahan kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral seperti berpeleseran bersama pasangan masing-masing dan melepak di tempat awam.

“Kita amat prihatin masalah sosial di kalangan masyarakat yang semakin meningkat, sebab itu operasi ini diadakan agar mereka disedarkan ke jalan hidup berlandaskan agama Islam terutama cara menyambut sesuatu perayaan (kemerdekaan negara) bukan untuk keseronokan semata-mata dan tanpa matlamat hidup,” katanya kepada Bernama di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang untuk diberi kaunseling dan ceramah agama berkenaan pegangan agama yang betul seperti cara meraikan kemerdekaan negara mengikut acuan agama Islam.

Masridzi berkata kesemua mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila sesi kaunseling berakhir selepas solat Subuh.

Operasi yang membabitkan 90 anggota itu dijalankan di beberapa lokasi secara serentak termasuk di Bukit Langat, Taman Bukit Permai dan Taman Tasik Pandan bertujuan mencegah kegiatan maksiat dan gejala sosial.

— BERNAMA

Read full story

Friday, July 3, 2009

Pemuda UMNO akui mereka Samseng atau gengster

0 comments

Pemuda Umno Bukit Katil mengaku ahlinya telah bertindak memecahkan sebuah meja dalam kekecohan dengan DAP dan PAS di pasar malam Taman Melaka Baru, malam tadi. Selain seorang wakil rakyat DAP didakwa mengalami luka-luka, seorang ahli Umno ditahan di balai polis Batu Berendam selama enam jam sejak 9 malam bagi membantu siasatan. umno youth violent attack at dap event in melaka market 030709 04Setiausahanya Safrie Abdullah berkata, kejadian tersebut berlaku selepas pertikaman lidah antara kira-kira 40 ahli dan penyokong Pemuda Umno dengan kumpulan seangkatannya dalam DAP dan PAS.


Tambahnya, insiden ketegangan ini terjadi setelah kali ketiga Pemuda DAP membuka meja pendaftaran pemilih dan juga menambahkan keahlian parti di pasar malam itu. “Dua kali sebelum ini, hanya Pemuda DAP yang datang berkempen, tetapi kali ini mereka ajak sama Pemuda PAS,” kata Safrie, yang tidak hadir di situ kerana turut bertugas di DUN Manek Urai yang menghadapi pilihanraya kecil, Isnin ini. “Mereka bukan ahli Suruhanjaya pilihanraya (SPR) untuk melancarkan kempen tersebut. Saya juga dimaklumkan mereka tidak mendapat kebenaran dari pengerusi jawatankuasa taman dan persatuan penjaja.


"(Lagipun,) Pemuda Umno memberitahu mereka, kawasan ini untuk pasar malam dan bukannya untuk melancarkan kempen menambahkan keahlian parti." Sementara Naib Ketua Pemuda Umno Bukit Katil, Jailani Khamis berkata beliau “tidak tahu” pihak mana yang memecahkan meja tersebut tetapi dimaklumkan ia memang dirosakkan. Beliau juga menafikan memaki-hamun kepada pemimpin Pemuda PAS tetapi mengakui berbuat demikian kepada pemimpin Pemuda DAP. “Saya beritahu pemimpin DAP, ini kawasan pasar malam mengapa buat ceramah politik dan berkempen menambah ahli menggunakan logo suruhanjaya pilihanraya (SPR),” kata Jailani ketika dihubungi Malaysiakini.


umno youth violent attack at dap event in melaka market 030709 03Beliau juga menafikan ahli-ahli Pemuda Umno memaki-hamun polis dan kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah seperti didakwa Ketua Penerangan PAS negeri Sofi Wahab hari ini. Mengulas kecederaan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong seperti didakwa PAS Melaka, Jailani berkata, ia berlaku kerana wakil rakyat berkenaan menyorok bawah meja kerana ketakutan ketika kekecohan itu berlaku. Wakil rakyat DAP itu terluka akibat terkena batu di bawah meja itu, kata Jailani. Mencerita lebih lanjut insiden tersebut, Jailani berkata, pada mulanya Pemuda Umno telah mengarahkan Pemuda PAS dan DAP supaya tidak meneruskan kempen tersebut - yang bermula sejak petang.


Bagaimanapun, menurutnya, mereka enggan meninggalkan tempat itu dan membuat provokasi dan lantaran itu tercetuslah pertikaman lidah antara dua kumpulan tersebut. “Tetapi ahli Pemuda DAP marah kepada Pemuda Umno, lalu kita mengeluarkan kata-kata kesat menyebabkan mereka (DAP) pula marah kepada kita. Kita pun marah mereka pula,” katanya. Dihubungi dari Kelantan, Safrie berkata, beliau menerima pesanan melalui SMS daripada ahli Pemuda Umno yang berada di tempat kejadian sebelum Maghrib tentang kempen pendaftaran DAP dan PAS di situ. Beliau kemudiannya meminta ahli pergerakan itu ke tempat berkenaan untuk memantau keadaan tetapi jangan mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang.


Menurutnya lagi, pemergian ahli Pemuda Umno itu bukan untuk bergaduh tetapi mahu menunjukkan kepada pembangkang bahawa “penyokong Pemuda Umno lebih ramai daripada mereka”. "Saya beritahu kepada ahli-ahli Pemuda Umno supaya menghubungi pihak polis jika mereka memulakan kekacauan," katanya. Akibat insiden ini, pemimpin-pemimpin DAP dan PAS membuat lapan aduan polis di balai Banda Kaba terhadap Pemuda Umno.

Read full story