Monday, August 31, 2009

Hadiah kemerdekaan: Petrol RON95 RM1.80 seliter, RON97 RM2.05 seliter esok

0 comments

KUALA LUMPUR: Mulai esok, petrol baru RON 95 yang diperkenalkan bagi menggantikan petrol RON92 akan dijual pada harga RM1.80 seliter manakala petrol RON97 pula pada RM2.05 seliter.
Perkara ini diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media sebentar tadi.

Read full story

Sunday, August 30, 2009

Kepala Lembu: Penerusan Agenda Utusan Malaysia

0 comments

Setelah sekian lama Utusan Malaysia mengasak isu perkauman, akhirnya lahirlah apa yang berlaku di Shah Alam selepas sembahyang Jumaat semalam, apabila sekumpulan umat Melayu membawa kepala lembu ke pejabat SUK Selangor.  Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad menyifatkan apa yang berlaku itu adalah penerusan dari siri-siri laporan dan tulisan dari akhbar berkenaan yang bersifat berkauman.Image

Bagi beliau, apa yang berlaku juga akibat dari pengaruh akhbar Umno itu terhadap pembaca mereka khasnya di kalangan ahli Umno yang memiliki akhbar berkenaan. Dr Dzul mengulas tindakan sekumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah keputusan kerajaan negeri memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23, kawasan kejiranan mereka.

Mereka telah membuat demostrasi dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah dan diletak di depan pintu pagar pejabat Sultan Salahudin yang menempatkan pejabat SUK dan MB Selangor. Tindakan mereka ini dikira satu penghinaan kepada orang Hindu yang menjadikan lembu sebagai tuhan mereka.

Seorang pembaca The Malaysian Insider menyifatkan langkah ini bertentangan dengan Islam kerana Islam melarang mana-mana umatnya menghina tuhan-tuhan orang lain kerana dibimbangi mereka akan membalasnya dengan menghina tuhan orang Islam iaitu Allah. Bagi Dr Dzul yang juga AJK PAS Pusat, mereka hanya menyambung apa yang telah disiar dan ditulis dalam akhbar mereka sahaja. Sejak kebelakangan ini, akhbar berkenaan banyak menyiarkan tulisan yang disifatkan sebagai bersifat perkauman dan dilihat cuba membangkitkan semangat Melayu.  Antaranya tulisan bertajuk "Sedarlahh wahai Melayu" dan sebagainya. Penulis akhbar itu membayangkan seolah-olah Melayu dalam tertekan. Padahal, bagi kebanyakan pemimpin Pakatan, bukan Melayu yang tertekan tetapi Umno.

Atas sebab itulah pelbagai usaha dibuat untuk menarik PAS bersama mereka atas kepentingan Melayu dan Islam. Namun, ianya ditolak oleh PAS. Sebahagian penyokong dan ahli PAS juga dikatakan ada yang terpengaruh dengan pendekatan perkauman dan agama sempit di Seksyen 23 Shah Alam ini. Atas dasar itulah juga dikatakan ada yang mengaku ahli PAS menyokong tindakan itu.

Sebelum ini, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memaklumkan, pihaknya akan membuat dialog dengan penduduk Seksyen 23 tentang rancangan kerajaan negeri Selangor itu. Menurutnya, apa yang berlaku adalah, Kuil Mariaman di Seksyen 19 itu dibina di atas tanah PKNS berhampiran dengan rumah penduduk di situ. Ia menyebabkan sering berlaku kesesakan di situ dan menyusahkan banyak pihak.

"Mereka telah 25 tahun membuat bantahan," kata Khalid. Atas dasar itu, kerajaan negeri dengan persetujuan JK Kuil telah bersetuju memindahkan kuil itu ke seksyen 23 untuk kegunaan penganut Hindu di situ serta Seksyen 19 dan 20. Tanah tapak industri milik PKNS di Seksyen 23 Shah Alam telah dipilih oleh kerajaan sebagai tapak baru kuil itu. Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah bersetuju mengenainya. "Selepas semua pihak setuju, barulah kita akan bincang dan terangkan kepada penduduk," kata Khalid yang juga YDP PAS Shah Alam. (TV ANTARA)

Read full story

PAS tunggu kemenangan ke-8

0 comments

SHAH ALAM – Pas akan memastikan momentum kemenangan Pakatan Rakyat (PR) akan berterusan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil di kawasan tersebut diadakan dalam masa terdekat.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, menjadi hasrat parti itu mahu melihat Barisan Nasional (BN) tumbang buat sekian kalinya setelah mengharungi lapan pilihan raya hanya sekali kemenangan.“Pas tidak meminta pilihan raya itu, kerana kesilapan yang dilakukan wakil rakyat BN, kemungkinan terjadi pilihan kecil ada.

“Pas akan memastikan kerusi ini akan bertukar milik dari BN dan akan menjadi kekalahan yang kelapan buat parti itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.Beliau berkata demikian ketika mengulas persiapan parti itu bagi menghadapi pilihan DUN Kota Siputeh jika SPR menetapkan pilihan raya kecil diadakan berikutan ketidakhadiran wakil rakyatnya dalam dua persidangan DUN Kedah.Sebelum ini, SPR memutuskan pihaknya akan mengumumkan status kerusi itu sejurus tamat pilihan raya Permatang Pasir 25 Ogos lalu.Salahuddin berkata, pihaknya kini sudah memperkemaskan jentera-jentera parti di kawasan itu dan hanya menunggu keputusan SPR.“Yang jelas ‘mood’ rakyat akan berterusan di DUN Kota Siputeh, ia jelas mesej yang disampaikan Datuk Seri Najib, termasuk gagasan 1 Malaysia tidak diterima rakyat,” katanya.Pada pilihan raya umum lalu, Datuk Abu Hasan mewakili (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon Pas, Ismail Wan Teh.

Read full story

Saturday, August 29, 2009

Usung Kepala lembu..

0 comments


Ihsan daripada Malaysiakini

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai kesal dengan tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka. Atas apa jua alasan, perkara ini masih mampu untuk diselesaikan dengan cara yang lebih berhemah tanpa ada unsur-unsur penghinaan dan pembaziran.

Ihsan daripada Malaysiakini

Kami katakan ia adalah mungkin berkaitan dengan penghinaan kerana apa yang sedang dibantah adalah pembinaan kuil Hindu dan secara asasnya kita mengetahui bahawa lembu adalah binatang suci bagi kaum yang menganuti ajaran terbabit. Keduanya, pembaziran terhadap rezeki yang Allah Taala berikan (dalam bentuk daging dan kepala lembu) kepada kita, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ini amatlah tidak berpatutan. Tindakan ini hanya melambangkan kedangkalan dan kebodohan percaturan politik UMNO.

Ihsan daripada Malaysiakini

Kami juga masih ingat bagaimana insiden penggantungan kepala babi di Melaka yang turut didalangi oleh pemimpin UMNO. Politik murahan dengan mengapi-apikan isu perkauman dan keagamaan menjadi seakan-akan nyawa UMNO-Barisan Nasional untuk terus berkuasa di Malaysia ini. Apabila orang Melayu dan Cina ingin mendekati Pakatan Rakyat (dahulunya BA) maka cerita 13 Mei 1969 akan diputarkan kembali oleh mereka untuk menakut-nakutkan rakyat.


Dan, hari ini, apabila berlakunya 'plot' cerita mengenai perarakan kepala lembu ini, maka kami berpandangan ia adalah hasil kerja tangan 'budak-budak Oxford dan Cambridge'. Kata Khairy,"Orang Melayu Islam yang menganjur dan terlibat dengan demonstrasi ini sepatutnya fikir sejenak, apa perasaan mereka jika cadangan membina masjid di kawasan bukan Melayu - yang memang pun berlaku - membawa kepada golongan bukan Melayu membakar dan memijak al-Quran? ".
Dan, untuk menambah perisa lagi, Khairy menyebut, "Jika ada yang menganggap agama Islam dihina atau diperlekehkan sepertimana yang berlaku dengan isu jualan arak di negeri Selangor baru-baru ini, saya akan bangkit mempertahankan maruah agama Islam.
"Tetapi saya juga akan bersuara sekiranya agama lain dihina. Islam mengajar kita untuk mengenali dan membuat baik dengan bangsa lain, sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat, ayat 13:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal."
Dan surah Al-Kafirun, ayat 6: "Untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku". Maka budaya menerima kepelbagaian agama ini termaktub dalam kitab suci al-Quran."
Justeru, memang dalam isu ini kita dapat melihat mereka (UMNO) makan dua side sekaligus. Satunya, mereka kelihatan terus dengan tradisi 'membela' kepentingan orang Melayu dan dalam satu lagi aspek, kelihatan dan kedengarannya kata-kata Khairy yang lebih lunak mengenai isu perkauman ini.
Politik desperado UMNO ini tidak akan ke mana-mana pun. Tunggulah PRU ke 13 nanti, dan Najib harus bersedia untuk dilantik sebagai duta Malaysia ke Mongolia setelah Pak Lah dilantiknya sebagai Pengarah IKIM semalam.


Nazman Che Iberahim
Ketua Penerangan DPPK K. Krai

Read full story

Friday, August 28, 2009

Isu Arak Model Sambilan(Khartika)

0 comments

Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan kes model sambilan, Khartika yang telah disabitkan meminum arak dikhalayak ramai dimahkamah syariah Pahang. Beliau telah memilih sebatan sebagai hukuman yang bakal dijatuhkan ke atas beliau. Namun ada pihak-pihak tertentu yang mahu Khartina membuat rayuan dan diringankan hukuman. Terus terang saya naik mual dengan orang-orang seperti ni. Mereka mempunyai pemikiran yang sempit dan sememangya tidak pernah susah. Mahu terlepas semua hukuman walaupun terang-terangan melakukan kesalahan. Hukuman akan menjadi ringan atau terlepas hanya jika seseorang itu tidak tahu dia meminum arak atau dipaksa meminum arak. Dalam kes Khartika, saya yakin beliau meminum arak dengan sengaja.

Saya tidak tahu adakah hukuman sebat yang bakal dijalankan oleh mahkamah syariah itu benar-benar mengikut hukum hudud atau tidak. Dalam qanun jinayah Syar’iyah seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra:-

 

Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. – Riwayat Muslim.

Tetapi jangan cepat melenting,Islam itu adalah sebuah agama yang lemah lembut. Bagaimana pula cara sebatan mengikut Islam sehinggakan di Malaysia yang menggelarkan dirinya sebagai negara Islam tidak mempunyai walau seorang pun tukang sebat bagi hukuman cara Islam. Amat sedih bagi sebuah negara yang telah mencapai 52 tahun kemerdekaan tetapi masih dibelenggu sistem penjajah. Berikut adalah cara sebatan Islam dan cara sebatan sekular dari penjajah. Yang mana anda pilih?

SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SEKULAR
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar

SEBAT CARA ISLAM:

KESAN SEBAT CARA SEKULAR (SIVIL):


Islam mengenakan sesuatu hukuman sebagai peringatan dan pengajaran kepada pesalah dan orang ramai. Itulah indahnya agama dari Allah.

sumber: http://doktorkomputer.wordpress.com/isu-semasa/isu-arak-model-sambilan/

Read full story

Sunday, August 23, 2009

Khairy Tepuk Air Didulang Terpercik Ke Muka Sendiri

0 comments

Image Hosted by ImageShack.usPas menyifatkan tuduhan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengenai pengundi hantu di Permatang Pasir ibarat menepuk air didulang, terpercik ke muka sendiri kerana umum tahu amalan pengundi hantu ini sudah sebati dengan UMNO Barisan Nasional.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menyifatkan fitnah isu merupakan siri cubaan terdesak Khairy dalam mengalih perhatian masyarakat bahawa kemenangan yang bakal diraih Pakatan Rakyat adalah kerana faktor pengundi hantu yang menyokong pakatan pembangkang.

Khairy sebelum ini menuduh adanya pengkhianat dalam Suruhanjaya Pilihanraya SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara JPN yang bertanggungjawab membawa masuk pengundi hantu semasa hari pembuangan undi 25 Ogos ini.

Apakah pengkhianat yang dimaksudkan Khairy itu bermaksud khianat pada Umno tidak diketahui, namun Mahfuz berkata kehadiran pengundi hantu telah terbukti dalam setiap kali pilihanraya, bahkan Umno sendiri menafikan kewujudan pengundi hantu sebelum ini walaupun Pakatan Rakyat mengemukakan pelbagai bukti.

Sebagai contoh, Mahfuz merujuk kepada suatu insiden pada tahun 1999, apabila Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang telah membatalkan kemenangan UMNO Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Likas apabila terbukti terdapatnya pengundi palsu.

Pilihanraya Kecil N11, Permatang Pasir menyaksikan UMNO Barisan Nasional bakal melalui jalan sukar apabila DUN ini berada dibawah jajahan Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.

Calon Pakatan dari PAS, Salleh Man yang merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bakal berdepan calon UMNO Barisan Nasional, Rohaizat Othman.

Pilihanraya kecil ini diadakan apabila penyandangnya Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 31 Julai lalu.

Read full story

Sunday, August 16, 2009

Pas Tidak Akan Serang Peribadi Pemimpin

0 comments

Image Hosted by ImageShack.usKOTA BHARU, – Ketika dia diserang kiri dan kanan oleh media dan pemimpin parti lawannya, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan, PAS tidak akan menggunakan kaedah menyerang peribadi pemimpin parti lawan semasa kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Permatang Pasir, Pulau Pinang. Jaminan ini dikeluarkan beliau ketika bercakap kepada media selepas menghadiri satu majlis rasminya dekat sini. Sebaliknya kata beliau, PAS tidak akan mengetepikan kaedah kempennya iaitu akan terus menyerang dasar parti lawan. “Sampai bila pun PAS akan terus menyerang dasar parti lawan yang bertentangan dengan dasar dilaksanakan parti PAS,” jelasnya sambil menegaskan pendekatan itu bukan sahaja dibolehkan malah ia diwajibkan di dalam Islam.

PRK Dun Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos ini. Sehingga kini, tiga calon mengesahkan untuk menyertainya iaitu calon PAS, Mohd Salleh Man, calon BN, Setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman dan calon Bebas Kamarul Ramizu Idris. Pada pilihan raya umum 2008, Salleh bertanding di kerusi Dun Sungai Dua, namun tewas kepada calon BN, Datuk Jasmin Mohamed, dengan majoriti 535 undi.

Manakala Kamarul pernah bertanding dalam PRK Bukit Gantang dan Penanti dan hilang wang pertaruhan di kedua-dua pertandingan itu. Beliau nampaknya tidak pernah serik dan sekali lagi tampil membuat pengumuman akan turut bertanding pada PRK Dun Permatang Pasir. Sejak kebelakangan ini, peribadi dan pandangan Nik Aziz menjadi sasaran media dan pemimpin BN. Ada sahaja isu yang dihalakan kepada beliau. Terkini adalah sikap baik beliau terhadap DAP sehingga beliau dituduh menghalalkan kemungkaran yang dibuat oleh DAP. Ekoran itu beliau didakwa bukan menjaga kepentingan Islam tetapi kepentingan politik dan DAP. Datuk Seri Anwar juga turut menjadi sasaran media. Beliau diserang secara peribadi dan terkini adalah beliau dituduh sebagai pengkhianat bangsa.

Dalam pada itu media melaporkan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, mencadangkan supaya pilihan raya tersebut ditangguhkan berikutan penularan wabak influenza (H1N1). Bagaimanapun pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata dalam perlembagaan pilihan raya tidak boleh ditangguhkan kecuali kerajaan mengisytiharkan darurat.

Sementara itu Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, memberitahu kerajaan negeri sudah mengubah istilah ‘bulan puasa’ kepada ‘bulan Ramadan’ bagi memberi kefahaman lebih luas kepada umat Islam tentang pengajaran dan amalan yang dituntut agama sepanjang bulan mulia itu. - TMI

Read full story

Salleh Man calon PAS lawan Rohaizat

0 comments

Image Hosted by ImageShack.usPERMATANG PASIR, 15 Ogos - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang malam tadi mengumumkan Pesuruhjaya Negeri, Salleh Man sebagai calon PAS sekaligus mewakili Pakatan Rakyat untuk bersaing dengan calon BN-Umno, Rohaizat Othman bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir. Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir, dekat sini selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calonnya lima jam sebelum itu. Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Abdul Hadi di hadapan ribuan penyokong parti.

Turut hadir malam tadi ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Dato' Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Dato' Mahfuz Omar.

Sehingga kini, dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PAS, BN dan seorang lagi calon bebas, Kamarul Ramizu yang juga bekas calon bebas Penanti dan Bukit Gantang akan turut serta dalam pilihan raya kecil ini.
Penamaan calon pilihan raya ini akan diadakan pada 17 Ogos ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 24 Ogos.

Read full story

Friday, August 14, 2009

UMNO mahu berdemotrasi di Batu Pahat.

0 comments

untitled[4][1] JOHOR BAHRU 12 Ogos - Lebih 10,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan raksasa bagi melaungkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa di Padang Merdeka Batu Pahat, dekat sini Jumaat ini.

Perhimpunan anjuran bahagian-bahagian UMNO Johor itu juga bertujuan menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa.

Ketua UMNO Bahagian Kulai, Datuk Adam Hamid berkata, UMNO Bahagian Batu Pahat dan UMNO Bahagian Sri Gading bersetuju menjadi tuan rumah perhimpunan yang bermula pukul 5 petang itu.

"Batu Pahat dipilih kerana di situlah pejuang kemerdekaan, Datuk Onn Jaafar pertama kali mengumpulkan orang Melayu untuk keluar beramai-ramai membawa sepanduk untuk menentang Malayan Union," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Adam berkata, beberapa pemimpin masyarakat termasuk Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Puad Zarkashi dan Ketua UMNO Bahagian Seri Gading, Datuk Mohamed Aziz akan menyampaikan ucapan.

"Kita menjemput semua pihak untuk menyertai perhimpunan itu untuk sama-sama melaungkan Anwar pengkhianat bangsa dan kita lihat berapa ramai pula yang Anwar hendak saman," katanya.

Adam menambah, perhimpunan itu juga bertujuan memberi isyarat bahawa UMNO sangat mementingkan kestabilan politik dan keselamatan negara berbanding kepentingan politik individu tertentu.

"Apabila Anwar berada dalam penjara, suasana lebih aman tetapi sejak kebelakangan ini, wujud demonstrasi jalanan dan orang menunjuk kuasa di jalan, keadaan ini mesti kita bendung,'' katanya.

Read full story

Saturday, August 1, 2009

Terkini : Mansuh ISA

0 comments
Sasaran 100,000 berjaya, kata Anuar

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Perhimpunan Mansuhkan ISA dianggap berjaya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila lebih 100 ribu berhimpun di ibu negara hari ini walaupun mereka tidak berjaya berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum akibat sekatan tegar polis.

Dalam sidang media bersama pemimpin Pakatan Rakyat dan GMI di pejabat agung PAS, Anwar berkata, tindakan tegar polis menghalang perarakan ke Istana Negara menyebabkan peserta perhimpunan berselerakan di seluruh ibu negara.

Turut serta berada di ibu negara adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Sebahagian besar peserta perhimpunan pula berhimpun di tiga tempat iaitu Sogo, Masjid Jamek dan Pasar Seni. Namun mereka tidak berjaya berkumpul sekali untuk berarak ke istana kerana sekatan tegar polis.

Mereka hanya berjaya berkumpul sekejap di depan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut untuk mendengar sedikit ucapan pimpinan Pakatan sebelum disembur air dan gas oleh polis.

Anwar kemudiannya mengadakan sidang media dalam bangunan pejabat PAS itu bersama pimpinan Pakatan dan GMI.

Anwar berkata, memorandum 10 tuntutan akan dihantar ke istana Negara apabila suasana mengizinkan.

Lebih 200 peserta pula ditahan polis termasuk para peniaga yang disyaki menjual barangan berkaitan Pakatan Rakyat dan ISA.

Antara tokoh yang ditangkap adalah Mujahid Yusof, Sivarasa Rasiah, Norlela Othman, Aiman Athirah Al Jundi dan beberapa nama besar lagi. (petikan siasah)

Read full story