Sunday, May 31, 2009

PKR Dapat Penanti, BN Jadi Penunggu

0 comments

Kemenangan yang sudah diduga. Begitulah keputusan pilihanraya kecil DUN Penanti setelah calon dari Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Mansor Osman menang besar dengan menewaskan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris dalam pertandingan empat penjuru pilihan raya kecil yang berlangsung di Penanti hari ini.

Proses pengiraan membuktikan calon PKR Dr Mansor memperolehi 6,052 undi, manakala Aminah memproleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Dr Mansor menang dengan majoriti 5,558 undi.

Kehadiran pengundi kali ini paling sedikit mungkin kerana faktor Ketua Pemuda UMNO yang tidak membenarkan pengundi untuk keluar mengundi hari ini dan ada yang diangkut keluar dari Penanti yang ditaja khas oleh BN sempena bercuti untuk menunaikan tanggungjawab. Namun itu buka faktor yang merisaukan tapi perubahan majoriti yang mendadak kali ini sehingga mencecah angka 5000 lebih.

Statistik Laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah yang keluar mengundisebanyak 46.15 peratus iaitu kira-kira 7,100 orang berbanding 82.13 peratus dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, dan ia disifatkan terendah dalam sejarah negara.

Akhirnya rakyat telah menterjemahkan bahawa BN bukan lagi suatu kuasa besar tapi kuasa pengecut bila berdepan dengan rakyat. Jika mereka bertanding mereka akan mengalami nasib yang sama. Kali ini mereka kalah lagi walau mempertaruhkan calon bebas. Pakatan Rakyat sudah menjaringkan gol kelima menjadikan kedudukan 5-0. Perbezaan majoriti yang besar.

Sekarang Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) telah menawan Penanti manakala BN jadi Penunggu. Sekali lagi rakyat menguburkan calon bebas dan BN pun turut dikuburkan oleh mereka sendiri kerana pengecut tidak bertanding.

Plihan raya kecil ini diadakan berikutan perletakan jawatan sebagai Adun Penanti oleh penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan awal bulan lepas.

Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil ini atas alasan menjimatkan duit rakyat namun di Manek Urai mereka mrenggunakan duit siapa kalau bukan duit rakyat? Itu persoalan yang menjadi tanda tanya. Adakah duit scorpene atau komisyen kapal selam? Kita tengok BN akan menyelam dengan kapalnya di Manek Urai.

(( Artikel Sumbangan : http://kijang59.blogspot.com/)

Read full story

Undi Pos Untuk Kak Min

0 comments

 

AMINAH ABDULLAH / CALON BEBAS 

Kebanyakan undi bagi Aminah diperolehi daripada kawasan majoriti Melayu termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu. Aminah juga memenangi undi pos apabila mendapati 12 undi berbanding Mansor Othman 2, Nai Khan Ari 0 dan Kamarul Ramizu 7. (TVANTARA.COM)

Read full story

Penanti: Menang Besar

0 comments

kep

Read full story

Semua calon Bebas hilang wang pertaruhan

0 comments

BUKIT MERTAJAM 31 Mei - Kesemua calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hilang wang pertaruhan selepas tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mansor Othman. Nai Khan Ari memperoleh 494 undi diikuti oleh Aminah Abdullah (392 undi) dan Kamarul Ramizu Idris hanya mendapat 56 undi daripada 7,100 pengundi yang membuang undi hari ini. Mansor yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang menang dengan majoriti 5,558 undi selepas memperoleh 6,052 undi. Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan, Raya Roslan Yahaya pada pukul 7.10 malam di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Berapit, di sini.

Read full story

Mansor Othman menang PRK Penanti

0 comments

PULAU PINANG 31 Mei - Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dengan majoriti 5,558 undi.

Read full story

Penanti: Terburuk Peratusan Mengundi

0 comments

PILIHAN RAYA KECIL PENANTI BUTTERWORTH:(B.Harian) Peratusan keluar mengundi sebanyak 46.15 peratus pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang, hari ini adalah rekod paling buruk dalam sejarah pilihan raya negara ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Bercakap kepada Berita Harian sebentar tadi, beliau berkata rekod terendah yang dicatatkan sebelum ini adalah 52.6 peratus bagi kerusi N67 DUN Telang Usan, Sarawak, pada pilihan raya umum negeri kelapan pada 2006 lalu. "Ini rekod terburuk dalam sejarah pilihan raya negara ini dan SPR akan mengkaji punca peratusan keluar mengundi yang amat rendah walaupun kami sudah membuat pelbagai kempen bagi menggalakkan orang ramai menunaikan tanggungjawab mereka dalam memilih wakil rakyat.

Read full story

44.36% keluar mengundi jam 4 petang

0 comments

BUKIT MERTAJAM: Sehingga jam 4 petang tadi, peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti adalah 44.36 peratus iaitu mewakili 6,824 pengundi.

Read full story

Selamat Mengundi warga Penanti

0 comments

Walaupun BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil di Penanti hari ini, pemimpin UMNO perlu memberi perhatian kepada keputusan pengundian itu. Perhatikan berapa ramai orang UMNO, MCA, dan MIC di situ yang masih setia kepada BN. Kalau mereka setia sudah tentu mereka tidak akan keluar mengundi, apatah lagi untuk mengundi calon bebas yang akan merugikan masa mereka. Bagi warga Penanti diucapkan selamat mengundi. Tunaikan tanggungjawab anda seperti mana yang telah diamanahkan. Undilah dengan bijaksana.

Read full story

Saturday, May 30, 2009

PM Fobia isu Altantuya

0 comments

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin yang disoalsiasat polis selama tiga jam selama berhubung ceramah beliau di Penanti yang menyentuh mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu berkata isu tersebut mempunyai kepentingan awam dan harus diterangkan sejelas-jelasnya kepada rakyat. Ketika ditemubual oleh TV Antara beliau hairan mengapa perlu kerajaan Umno dan Barisan Nasional memandang serius perihal beliau membangkitkan isu pembunuhan kejam Altantuya semasa berkempen di pilihan raya Penanti. Semalam Chegu Bard hadir di ibupejabat polis daerah (IPD) Seberang Perai Tengah kira-kira jam 3.30 petang bagi membantu siasatan selepas polis menerima laporan dari ejen-ejen Cawangan Khas yang memantau aktiviti ceramah pemimpin Pakatan Rakyat. Beliau yang lantang menyuarakan isu-isu rakyat berkata isu Altantuya adalah isu nasional kerana ia membabitkan nama baik dan maruah Perdana Menteri Malaysia. Chegu Bard dalam ceramahnya mencabar Najib supaya menyaman akhbar dan media luar negara yang melaporkan pembabitannya dalam kes pembunuhan kejam ini dan jangan hanya berani bertindak terhadap media tempatan. Beliau didakwa melanggar undang-undang di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 500 (1)(b) Kanun Keseksaan. (TVANTARA)

Read full story

Kelantan tertinggi selesaikan kes jenayah

0 comments

buku_tok_guru GUA MUSANG (30 Mei SINARHARIAN)– Kelantan merupakan negeri yang dapat menyelesaikan kes-kes jenayah terbanyak, demikian dilaporkan semalam.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, dari segi jenayah indeks masa kini bagi seluruh Kelantan adalah 9.33 peratus. Menurutnya, ada kes-kes jenayah yang dilihat meningkat seperti kes seksual, samun, kes curi kereta dan juga pecah rumah waktu siang hari. “Keempat-empat kes ini perlu diberi perhatian, bagi membendungnya kita telah melaksanakan Ops Lejang. “Ops ini memerlukan kerjasama bersepadu daripada semua pihak kerana ia akan turut memberi kesan kepada ekonomi negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas antara Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Ahmad Termizi Abdul Haq dengan Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Aziz Hasan. Mazlan berkata, daerah Gua Musang pula mencatat penyelesaian kes jenayah yang dilaporkan pada tahap membanggakan. Menurutnya, peratusan jumlah kes jenayah yang berjaya diselesaikan di daerah Gua Musang adalah 58.57 peratus dan kes-kes lain turut berlaku di daerah ini berkaitan kes tanah dan ada di antaranya yang berjaya diselesaikan. “Ini menunjukkan komitmen yang begitu tinggi Ketua Polis Daerah dengan kerjasama semua pegawai kanan terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan.

Read full story

PAS Pahang hantar petugas ke Manek Urai

0 comments

TEMERLOH, 30 Mei (Hrkh) - PAS Pahang akan menghantar petugas ke Pilihan raya kecil Manek Urai secara berperingkat mulai 9 Jun depan.  Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim berkata, pilihan raya Manek Urai ini amat penting untuk mempertahankan penguasaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang di perintahnya, lebih-lebih lagi di Kelantan yang merupakan kubu kuat PAS. "Pilihan raya ini penting untuk Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi ia berlaku di Kelantan, kubu kuat PAS," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Negeri di pejabatnya. Beliau berkata, Umno dijangka akan bertanding melawan PAS di Manek Urai itu kerana parti itu beranggapan pilihan raya kecil Manek Urai bukan suatu pembaziran berbanding pilihan raya kecil di Penanti, Pulau Pinang. Katanya persepsi berbeza Umno itu memperjelaskan strategi memboikot pilihan raya kecil di Penanti bukanlah disebabkan isu pembaziran sebagaimana disebut-sebut Umno sebaliknya atas sebab-sebab lain.

Read full story

Sejuta Poskad mansuhkan PPSMI (Manik Urai)

0 comments

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Kempen sejuta poskad mansuh PPSMI yang dilancarkan pada 15 Mei lalu di Pagoh, Johor iaitu kawasan parlimen Menteri Pelajaran, Tan Seri Muhyiddin Yassin akan dibawa di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai pula, kata Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI, Hasni Abas. Katanya kepada Harakahdaily semalam, kempen yang dilancarkan oleh Sasterawan Negara Dato' A Samad Said dan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dalam sebuah majlis ceramah untuk mencapai bilangan sejuta poskad itu diminta sendiri Ketua Pemuda PAS, Kuala Kerai, Kelantan. "Insya-Allah, selagi kempen tersebut tidak dibatalkan kami akan teruskan ke Manek Urai yang akan menghadapi pilihan raya kecil pada 14 Julai depan," katanya.

Read full story

Ibrahim Ali Masuk UMNO?

0 comments

Satu-satunya boneka UMNO yang bertanding atas tiket PAS dan tidak sedar diri siapa dirinya adalah katak lompat dari Pasir Mas yang juga merupakan ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.Dulu semasa keluar dari UMNO bukan main kutuk UMNO secara terang-terang tapi sekarang sudah jadi katak yang baru keluar dari tempurung dan terus melompat ke dalam lubang najis. Disangkanya lubang kejernihan namun tetap kembali ke lubang najis lamanya.Dalam kenyataan akbarnya yang dipetik daripada Berita Hairan pada muka surat 8 ruangan nasional, 28 Mei 09, boneka tersebut mengatakan BN boleh mendedahkan kelemahan PAS semenjak pemerintahan 18 tahun yang lalu adalah landasan yang terbaik bagi BN.

Nampaknya kita ada seorang lagi kaki kempen yang akan meranapkan BN dalam politik Malaysia amnya. Khasnya di Kelantan. Sebelum ini boneka Ezam Mohd Nor yang berkempen untuk BN menjadi punca segala-galanya ketewasan BN di empat pilihanraya kecil seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kali ini mungkin BN akan berkubur di Manek Urai selepas kehadiran Boneka anak jati Kelantan ini yang bersekongkol dengan BN dalam usaha menjatuhkan PAS.

Dalam kenyataan akhbar itu juga, boneka UMNO ini juga mengatakan PAS gagal membawa perubahan serta memajukan ekonomi dan sebaliknya berselindung disebalik UMNO. Tidakkah terfikir wahai boneka UMNO, perubahan yang PAS lakukan jelas membuktikan PAS dapat melaksanakan banyak projek untuk rakyat serta membangunkan manusia dengan unsur-unsur kerohanian. PAS Kelantan juga dapat mengurangkan defisit hutang kerajaan BN yang terdahulu. Adakah boneka ini tidak tahu kenyataan yang sebenar?

Kenapa mengatakan PAS berselindung disebalik BN? Sedangkan BN rakyat sudah tidak mempercayai ini kan nak berselindung disebalik BN. Contoh mudah, kalau sudah tahu penakut kenapa diajak untuk bergaduh. Nak bergaduh kena ada ramai bukannya hanya 6 orang. Siapa yang berlindung disebalik siapa? 39 ADUN PAS dan termasuk keADILan mahu lawan 6 orang BN? Sepatutnya BN yang berselindung dan kalau tidak, sudah lama BN tidak wujud di Kelantan jika PAS sapu bersih 45 DUN dalam Kelantan.

Katanya boneka itu lagi, banyak perkara yang boleh dipersoalkan sepanjang PAS menjadi kerajaan antaranya dari segi ekonomi, peluang pekerjaan dan hasil negeri diperoleh daripada kerajaan negeri dan tidak nampak perubahan. Sebenarnya boneka ini sudah buta dengan apa yang kerajaan PAS lakukan sebelum ini. Kita tanya boneka, apakah ekonomi yang dia mahukan? Kenapa kerajaan pusat tidak mahu membantu kerajaan negeri untuk memajukan Kelantan sebaliknya meanaktirikan Kelantan. Jambatan Sultan Yahya masih lagi tergantung pembinaanya. Kalau projek sahaja besar tapi tergendala ini bukanlah yang boleh dibanggakan. Samalah contoh, kalau sudah buang air besar tapi tidak basuh samalah seperti projek terbengkalai tadi. Skim Ar-Rahn merupakan sistem ekonomi Islam. Adakah boneka tersebut mahukan satu sistem kapitalis atau sekular?

Berkata lagi boneka itu, pilihanraya itu perlu bersih daripada serangan peribadi pihak lawan dan PAS perlu jawab semua isu yang dibangkitkan. Kita tanya lagi boneka UMNO itu, sebelum ini adakah PAS tidak menjawab isu UMNO? Kadang-kadang isu yang dibawa UMNO ini adalah sudah ‘expired’ dan tidak laku. Oleh itu lebih baik PAS berdiam sahaja. Kenapa berdiam? Sebab isi yang dimainkan adalah isu berulang-ulang? Kenapa berulang kerana UMNO tiada isu. Itulah jawapan yang paling tepat.

Lagi kata boneka UMNO tersebut, PAS hanya menumpang populariti Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kita tanya boneka itu lagi. Sekarang ini siapa yang mahu populariti, Ibrahim Ali atau UMNO? Nampaknya Ibrahim Ali sudah mendapat populariti kerana menjadi jaguh Kelantan dalam mencabar PAS. Kenapa Ibrahim Ali yang dikatakan mencari populariti? Sebab 6 ADUN BN yang lain tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut sebaliknya boneka itu yang berlebih-lebihan. Agaknya boneka itu mahu menjadi Perdana Menteri ketujuh kot. Mahu mencari populariti. Apakah slogannya selepas ini? 1 Kelantan? Yang itu kita tunggu bila boneka jadi PM.

( Artikel Sumbangan : http://kijang59.blogspot.com/)

Read full story

5000 ahli Mogok ESOK.

0 comments

Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman. "Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam. "Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi. Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi. BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya. BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang. (MALAYSIAKINI)

Read full story

UMNO, Parti Lemah

0 comments

Umno disaran supaya membenarkan golongan cerdik pandai dan cendiakawan memegang jawatan dalam parti itu bagi menarik lebih baik golongan muda menyertai dan mempercayai Umno. Pada masa yang, penganalisa politik dan sejarah, Datuk Dr Ramlah Adam berkata Umno juga perlu membuat kajian akademik untuk mengenal pasti kelemahan parti sehingga ramai golongan muda khususnya berpihak kepada parti pembangkang. Menurutnya, walaupun sudah berusia 63 tahun, Umno bukan parti yang lemah, tua tetapi ia dipimpin oleh pemimpin yang membawa pemikiran baru. Dr Ramlah menegaskan demikian dalam forum anjuran Ibu Pejabat Umno bertajuk "Umno Menempuh Arus" di ibunegara malam tadi. Forum tersebut dipengerusikan oleh anggota Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail, lapor Bernama.

Read full story

Microsoft sekat Messenger

0 comments

HAVANA: Cuba mengecam Microsoft semalam kerana menyekat perkhidmatan pesanan segera 'Messenger' di pulau itu dan negara lain yang berada di bawah sekatan Amerika Syarikat (AS), dengan memanggil tindakan itu sebagai satu lagi contoh layanan 'melampau' terhadap Havana. Gergasi teknologi itu baru-baru ini mengumumkan untuk mengeluarkan kesediaan program berkenaan di Cuba, Syria, Iran, Sudan dan Korea Utara, bagi mematuhi ketetapan larangan AS bagi pemindahan perisian berlesen bagi negara yang terbabit dengan sekatan itu. Langkah itu adalah langkah terbaru sekatan teknologi AS terhadap negara pulau berkenaan," kata penulis teknologi dalam artikel yang diterbitkan akhbar remaja negara, Juventud Rebelde. Beliau menyifatkan sekatan pemindahan teknologi adalah pencabulan melampau sebenar terhadap hak Cuba. Messenger sudah digunakan di pulau berkenaan lebih sedekad tanpa gangguan Microsoft. (BERITA HARIAN 30 MEI)

PS: Oleh kerana Blogger anti-kerajaan  BN tumbuh bagaikan cendawan masa ini, sedikit masa lagi boleh jadi Blogger akan disekat di Malaysia. hahaha..

Read full story

Tok Pa Pengarah Pilihan Raya Manik Urai

0 comments

KUALA LUMPUR 29 Mei - Majlis Tertinggi (MT) UMNO melantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai penyelia pilihan raya kecil tersebut bagi pihak MT. ''Mustapa akan bertanggungjawab berkaitan dengan operasi harian dan membuat keputusan-keputusan sewajarnya sebagai pengarah pilihan raya kecil,'' katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. (UTUSAN)

 

Imbasan Ucapan Datuk Mustapa Mohamed  sidang Dun Kelantan 2008

Read full story

Friday, May 29, 2009

UMNO buat persiapan PR Manik Urai

0 comments

KUALA LUMPUR 29 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di pejabat parti di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. Najib yang juga Presiden UMNO tiba pada 3.10 petang diiringi Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Mesyuarat hari ini antara lain, dijangka membincangkan mengenai persiapan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi kawasan Manik Urai yang akan diadakan pada 14 Julai depan. (UTUSAN)

 

Imbas kembali alasan Bn bagi PR Dun Penanti

Read full story

Peluang Cerah Pertahan Manik Urai

0 comments

KUALA KRAI, 29 Mei (Hrkh) - Biarpun tarikh pilihan raya kecil Dun Manek Urai lebih sebulan lagi, namun PAS sudah memulakan gerak kerja jentera pilihan raya secara rasmi hari ini. Pelancarannya disempurnakan Pesuruhajaya PAS Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di bangunan Pasti, Kampung Baru Manek Urai petang ini. Biar pun pancaran terik matahari melimpah di atas kepala namun ia tidak menghalang orang ramai hadir. Hadir sama Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Haji Abdul Fatah Harun, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat. Tiga lembu dikorbankan bagi jamuan orang ramai. Kehadiran yang luar biasa itu menyebabkan ramai tidak sempat menjamah juadah disediakan. Manakala malam ini difahamkan Umno juga mengadakan program di kampung sama yang akan dihadiri Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed bertempat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.

Read full story

TV9 dipersalahkan ??

0 comments

insidepix1 KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Menteri Pertahanan, Dato' Ahmad Zahid Hamidi menafikan pihaknya memberikan persetujuan untuk berdebat dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pada rancangan Hujah TV9, 26 Mei lepas. "Saya tidak pernah mengesahkan kepada TV9 apatah lagi dengan Dato' Husam Musa untuk menyertai siaran langsung rancangan Hujah pada 26 Mei," katanya. Zahid yang juga Naib Presiden Umno bagaimanapun mengakui pihak TV9 ada membuat jemputan kepada beliau. "Penolakan untuk tidak menyertai program tersebut adalah disebabkan oleh komitmen saya terhadap acara-acara lain yang telah diatur pada hari dan waktu yang sama terlebih dahulu dan ini telah saya nyatakan kepada mereka (TV9)," katanya. - mr_

Read full story

PKM, UMNO tiada bezanya – Nik Aziz

0 comments

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma. Menurut beliau lagi tindakan yang dilakukan oleh BN selama ini adalah mirip kepada apa yang dilakukan oleh PKM. “Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi. Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja. “Oleh kerana itu siapa sahaja yang mengamalkan fahaman nasionalisma maka ia juga adalah serupa dengan PKM yang melakukan kezaliman,pembunuhan,kerosakan dan bermacam-macam lagi ancaman pada zaman darurat dahulu sehingga ramai yang sengsara. “Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang.Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah.Bukankah ini juga semacam dengan mereka.” Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam.

Read full story

Khir Toyo Pejuang Rakyat??

0 comments

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Kenyataan bekas Menteri Besar Selangor Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berhubung pemansuhan tol sesuatu yang 'ajaib' sama seperti Umno memboikot Pilihan raya kecil Penanti yang tidak pernah ada sejarah sebuah parti memerintah tidak turut serta bertanding. AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmaddalam satu kenyataannya memberitahu penindasan terhadap perjuangan membantah tol ketika beliau menjadi Menteri Besar tidak akan dilupakan dimana rakyat yang turut serta akan mendapat 'habuan' daripada pihak berkuasa seperti FRU antaranya terkena semburan gas pemedih mata, tangkapan dan asakan kasar. "Apabila tidak jadi kerajaan, baru insaf bahawa memang tol tindas orang. "Kami dibelasah oleh FRU, sembur gas dan minum air asid adalah harga yang kami bayar dalam perjuangan menentang dasar tol. Yang sokong tol ini ialah pemimpin Umno waktu berkuasa dan rakyat yang tidak tahu haknya sahaja," katanya yang mengulas kenyataan Khir dalam sebuah akhbar online.

Read full story

BN Wajar bertanding – Nik Aziz

0 comments

Untitled-1 copy KUALA LUMPUR : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak pernah ketandusan calon untuk diletakkan dalam mana-mana pilihan raya, lapor Mstar Online. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS mempunyai ramai calon yang berkelayakan untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai. “Calon sudah ada, ramai, tua muda semuanya ada dan layak, PAS tidak pernah ketandusan calon terbaik. "Insya-Allah, kita akan letakkan calon tempatan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di markas PAS Taman Melewar, Gombak dekat sini, hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Malek Urai, Kelantan akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi semalam. Ditanya mengenai Barisan Nasional (BN) yang akan meletakkan calon di Manek Urai, Nik Aziz menyambut baik keputusan itu kerana katanya, sebagai sebuah parti politik yang sah, BN sememangnya harus bertanding. "Bila BN tidak mahu bertanding tempoh hari (di Penanti), dia telah menjadi taraf parti Bebas. "Kalau sebagai sebuah parti politik yang sah, dia akan bertanding dengan cara mana sekali pun," katanya. Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, PAS mengamalkan sikap terbuka untuk membenarkan kaum Cina dan India memegang jawatan Menteri Besar Kelantan dengan syarat mereka harus beragama Islam, warak dan berkelayakan. "Islam tidak gunakan bangsa sebagai sesuatu yang ditonjolkan. "Walaupun Kelantan majoritinya Melayu tapi kalau Cina Muslim, India Muslim, belajar Islam di universiti dan luar negeri, saya sanggup berkempen di kalangan masyarakat Kelantan lantik dia jadi Menteri Besar. "Umno sebut ketuanan Melayu, kita sebut ketuanan Islam," katanya. Katanya, jika Umno ingin bekerjasama dengan PAS, mereka perlu menukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam. Berhubung pemilihan parti pada Muktamar PAS Ke-55 bulan depan, Nik Aziz berkata, beliau percaya perwakilan akan membuat pilihan yang tepat. Beliau melahirkan sokongan kepada calon-calon yang mahu bertanding kerana mahu membantu dan menyayangi parti, bukan yang sengaja bertanding untuk mencetuskan gangguan.

(Sumber : http://prkn041.pas.org.my)

Read full story

Thursday, May 28, 2009

Pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai

1 comments

Untitled-1 copy

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR menetapkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan pada 14 Julai depan dengan penamaan calon pada 6 Julai. Tarikh itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, pada sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini sebentar tadi. Kekosongan kerusi DUN itu berlaku berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob, 60, kerana sakit jantung Jumaat lalu. Allahyarham adalah antara wakil rakyat Pas paling lama di Kelantan apabila menjadi Adun Manek Urai selama lima penggal sejak 1985. Hanya pada Pilihan Raya Umum 2004 beliau tidak mempertahankan kerusi itu, sebaliknya diwakili Zamzuri Mat Lazim, yang tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar, dengan majoriti 53 undi. Ismail yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kuala Krai, dipilih semula bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum 2008, dan berjaya menewaskan Mohamed Zulkifli dengan majoriti 1,352 undi.

Read full story

Dari Islam Hadhari Ke 1 Malaysia

0 comments

Untitled-2 Selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu, apakah ganjaran yang dinikmati oleh rakyat? Sehingga hari ini tiada apa-apa perubahan walaupun perdana menteri sudah bertukar tangan daripada PM (Islam Hadhari) kepada PM (1 Malaysia).

Masih ingat dengan janji kerajaan untuk pengangkutan awam? Sampai ke hari ini peruntukkan berjumlah RM14 bilion untuk menaik taraf pengangkutan awam belum terlaksana dan ada di antara pengguna lebih selesa menggunakan kenderaan sendiri dari mengharap kepada pemimpin yang gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut. Pengguna sudah lali dan jijik dengan janji-janji manis pemimpin UMNO/BN hari ini.

Jika kerajaan betul-betul prihatin kepada rakyat, maka harus ada satu perubahan kepada rakyat. Rakyat bukan boneka yang boleh dipermainkan seperti dahulu malahan rakyat lebih bijak menilai pemimpin UMNO/BN yang banyak menipu rakyat. Rakyat lebih bijak daripada pemimpin tersebut.

Memandangkan situasi sekarang, ekonomi yang tidak stabil menyebabkan rakyat tidak berbelah lagi untuk menggunakan pengakutan awam jika tahap perkhidmatan itu baik. Pihak kerajaan perlulah mempunyai satu pelan jangka panjang agar mutu perkhidmatan pengangkutan awam setaraf dengan negara-negara lain.

Jika keadaan demikian berterusan, ini akan menyebabkan rakyat menanggung beban dengan masalah ekonomi yang melanda dunia hari ini. Lebih baik jika kerajaan memansuhkan tol agar rakyat tidak terbeban kerana kepentingan rakyat harus didahulukan daripada kepentingan kerajaan. Ini merupakan langkah terbaik demi memastikan rakyat hidup dalam keadaan slesa dengan situasi ekonomi sekarang.

( Artikel Sumbangan : http://kijang59.blogspot.com/)

Read full story

Ketua Pemuda berniat Jahat

0 comments

Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menasihatkan para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi Ahad ini dianggap keterlaluan dan bersifat menghasut. Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata seruan Khairy itu jelas menyalahi sistem demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengundi sekaligus memilih pemimpin mereka sendiri. "Dia kata tidak mahu memperlekehkan institusi demokrasi negara ini tetapi seruannya jelas membuktikan, dia sendiri yang memperlekehkan sampai sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan itu. Katanya sifat pengecut Umno itu sudah terbawa-bawa sehingga ke tahap 'bahaya' apabila cuba menasihatkan para pengundi yang sudah matang dan bijak berfikir setelah menyertai 12 pilihan raya umum dan kecil untuk tidak keluar mengundi. "Saya minta pihak berkuasa. polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat kenyataan Khairy yang dilihat berbahaya, tidak demokratik dan tidak galakkan rakyat meneruskan amalan demokrasi yang sudah diguna pakai sejak sekian lama dan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada," katanya yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairy di sebuah akhbar hari ini yang menasihatkan pengundi tidak keluar mengundi kerana menyifatkan pilihan raya kecil yang diadakan di Penanti memperlekehkan institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Dr Hatta berkata, belum ada mana-mana pihak yang pernah memberi saranan seumpama itu sekaligus membuktikan Ketua Pemuda Umno itu sudah ketandusan idea untuk meraih sokongan sebaliknya mengunakan kaedah yang bertentangan dengan semangat demokrasi yang di dukung oleh semua rakyat dan Pakatan Rakyat. Katanya situasinya pasti berbeza jika pihak Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu dan sudah pasti pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas. "Saya bimbang jika tidak dihalang dan tidak diambil sebarang tindakan, ianya akan berlanjutan sehingga ada pihak akan membuat ancaman ugutan pula kepada para pengundi. "Kita tidak terkejut dengan tingkah laku parti yang cukup tertekan dan 'desperate' untuk melakukan apa saja untuk memastikan kekalahan Pakatan Rakyat yang kini mendapat tempat di hati seluruh rakyat di Malaysia ," katanya.

Sebelum itu, di Penanti 23 Mei lalu Dr Hatta menasihatkan sudah tiba masanya untuk rakyat dan penduduk Penanti 'bercerai susu' daripada Barisan Nasional (BN) dan tidak bergantung harap kepada parti yang sudah goyah dan tidak dapat menunaikan tanggungajawab kepada rakyat. "Rupanya, tanpa BN di Penanti, kita menjadi lebih aman dan tenang. Sudah tiba masanya bercerai susu dengan BN yang tidak memberi manfaat pada rakyat. "Kalau begitu tidak perlulah BN menyertai mana-mana pilihan raya supaya dapat mewujudkan suasana yang ada pada hari ini," katanya sambil disambut sorak sorai ribuan hadirin pada ceramah malam itu di Kubang Semang. Pilihan raya Ahad ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara tiga calon Bebas dengan seorang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR). Empat calon tersebut ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman, 59, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari, 41, dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42. DUN Penanti mempunyai 15,384 pengundi biasa dan 24 pengundi pos dengan 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus C

(Sumber: Harakahdaily)

Read full story

Umno Pondan

0 comments

pondan KOTA BHARU, 28 Mei (Hrkh) - Adakah pemimpin Umno sudah dirasuk semangat Penanti, apabila hilang 'jantan' untuk berdepan dengan pemimpin Pakatan Rakyat di pentas terbuka. Biar pun seribu alasan yang diberi, namun semangat keris bersilang pemimpin Umno hanya mampu dipersembah dalam rumah sendiri dan bukannya di medan tempur. Mungkin inilah yang berlaku ke atas Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila menarik diri di saat-saat akhir sebagai panel Hujah anjuran TV9 malam semalam. Mengikut jadual yang diuar-uarkan TV9, pemimpin Umno itu akan bertemu dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dalam rancangan tersebut yang dikendalikan Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof. Pada awal tahun ini, seorang pemimpin Umno yang kini Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Dr Puad Zakarshi juga menarik diri daripada menghadiri wacana anjuran kerajaan negeri di Balai Islam. Bekas jawatankuasa Umno Kubang Kerian yang enggan dikenali mengakui pemimpin Umno sekarang tidak lagi mempunyai semangat juang tinggi seperti pada awal zaman kemerdekaan. "Kalau dahulu pemimpin Umno pantang dicabar dan akan tampil mempertahankan perjuangan mereka. Namun sekarang hanya ada beberapa orang sahaja yang berani antaranya Khairy Jamaluddin dan Dato' Shabery Chik. "Rata-rata pemimpin yang ada hari ini hanya berani bercakap di hadapan tv dan dalam rumah tangga sendiri," katanya ketika ditemui di sini. Menurutnya pemimpin muda yang ada sekarang hanya memperjuangkan agenda peribadi. Ia dapat dilihat selepas sehari dua menyertai Umno sudah bergaya dengan segala kemewahan.Seorang penduduk dari Ketereh, Deraman Sidek, 43 berkata, ramai penonton rancangan berkenaan kecewa dengan tindakan Zahid yang enggan berdepan di platform terbuka membincangkan masalah politik wang. "Orang ramai ternanti-nanti untuk mendengar idea dua tokoh hebat berkenaan sejak beberapa hari lalu," katanya peminat tetap rancangan Hujah.Pada petang Selasa lalu Husam berkata, pengurusan TV9 telah memaklumkan kepadanya mengenai keputusan Menteri Pertahanan terbabit membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir. Beliau bagaimanapun tetap hadir ke Sri Pentas sehingga jam 9.30 malam menunggu kehadiran Zahid. Bagaimanapun bekas pengasas Gerak, Ezam Mohd Noor tiba-tiba muncul menjadi panel bidan terjun pada program tersebut. Deraman berkata, Ezam bukan tokoh yang sepatutnya muncul pada program terbabit memandangkan hujahnya tidak ke mana-mana dan hanya sekadar syok sendiri. - mj_

Read full story

Ku Li “Bubarkan Dun Perak”

0 comments

Tokoh veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata kemelut politik Perak yang berterusan sehingga kini mencerminkankegagalan kepemimpinan politik tanahair khususnya Umno dan Barisan Nasional sehingga menyebabkan sistem pemerintahan demokrasi negara di robek sedemikian rupa.
Beliau berkata jalan penyelesaian hanya satu iaitu pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak supaya satu pilihan raya negeri yang adil dan bebas dapat diadakan. Berikut disiarkan komentar Ahli Parlimen Gua Musang itu dalam blog peribadinya, razaleigh.com:


20090528193520_ku li The Perak crisis is a tragic comedy of errors and bad political judgment that reflects a failure of political leadership. As it continues to spin out of control, it damages our democratic system of governance. To all intents and purposes, one of our most prosperous and developed states has been reduced to a failed state, with a possibly illegal state government in place. This is a condition that can propagate outwards to the rest of the country. I stated at the beginning of this crisis that by our Constitution, a change of government can only be brought about by democratic means, which is to say, through the ballot box or through a formal vote of confidence in the elected Legislative Assembly. These are the constitutionally mandated means by which the people decide on their government. Any other means of changing the government is unconstitutional and undemocratic, and subverts the basis upon which we are a civilised society. We now have reason to fear the loss of the people’s confidence in the Constitution, in democracy and in our constitutional monarchy. Responsible political leadership must support rather than destroy the confidence of the people in these practices and institutions. In particular, powers reserved for the Legislative Assembly, which represents the sovereign will of the people, cannot be taken away under any circumstances by anyone. This foundational constitutional principle has been affirmed by the Court. We are all sworn to uphold it. Those who do not understand or accept this principle have no place in government. Some issues can be solved by a court of law, but the Perak crisis is not one of them. The back and forth events of the past week demonstrate this fact abundantly. The Perak crisis cannot be solved by a decision of the Court because it is at heart a political rather than a constitutional problem. There is really no doubt about what the Constitution says. What is now unclear as a result of an ugly series of manoeuvres is whether Perak has a legitimate government, and there is only one way to resolve that issue. Perhaps our political leadership has not understood how important it is that the people’s voice must prevail, and be seen to prevail, in the choice of their government. The only solution to the Perak crisis now is for the State Legislative Assembly to be dissolved and free and fair elections held. At this stage there is no other way to restore both public confidence and constitutional legality to the Perak state government, and by extension to our entire system of government. Our survival as a democratic and constitutional monarchy depends on our acceptance of the judgment of the people as expressed in free and fair elections. Any attempt to circumvent that judgment betrays the basic principles and values upon which our nation and incidentally, UMNO itself, stand. I appeal for wisdom and a broader concern for the wellbeing of our country.

(Sumber TVantara.com)

Read full story

Benar itu salah di Negara 1 Malaysia

0 comments

Untitled-2

UMNO hari ini tidak dapat membezakan yang mana haram atau halal. Jika sesuatu itu haram maka ia menghalalkannya dan sebaliknya. Patutlah dalam UMNO itu orang-orangnya rosak seperti kebanyakkan pemimpinnya. Diajak berhujah, tidak mahu berhujah. Alasan diberikan adalah uzur. Uzur teluragaknya. Kenapa pengecut bila diajak berhujah mengenaipolitik wang? Memang sahlah wujud unsur-unsur rasuah, politik wang dan makan suap dalam UMNO. Seperti yang kita dengar dan lihat isu di Perak. Keadilan telah menentukan MB rakyat adalah Dato Seri Ir Nizar yang sebenarnya namun UMNO tidak merestuinya kerana mahu gila kuasa seperti yang berlaku kepada MB Mahkamah. MB Mahkamah menafikan hak MB Rakyat kerana khuatir akan kalah teruk jika diadakan pilihanraya kecil di Perak. Berkemungkinan UMNO/BN akan memperolehi 9 DUN daripada 59 DUN. Itulah yang menjadi ketakutan kepada Najib Altantuya. Polis sudah menjadi kuda tunggang mereka meskipun banyak lagi kerja-kerja polis yang terpaksa dilakukan. Tangkap orang sana-sini seperti menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran. Bagaimana polis menyelesaikan kes? Kes-kes jenayah masih banyak yang belum diselesaikan. Itulah punca berlaku kes-kes jenayah dalam negara keran polis tidak menangkap penjenayah sebaliknya menangkap orang-orang yang tidak bersalah. Kredibiliti beberapa suruhanjaya sudah diekploitasi oleh UMNO/BN. Mahkamah, polis, SPRM, SPR dan sebagainya sudah menjadi milik mereka. Kenapa ia berlaku dan menjadi milik mereka? Ini kerana konsep ‘1 Malaysia’. Rakyat sudah mengenali topeng-topeng durjana yang bersifat pembohongan yang dimainkan oleh UMNO ini. Kita tengok pilihanraya kecil Manek Urai. Siapa yang bawa balik manek dan siapa akan terurai?

( Artikel Sumbangan : http://kijang59.blogspot.com/)

Read full story

Kerajaan Rakyat Vs Kerajaan Mahkamah

0 comments

Pakar undang-undang, ahli akademik, ahli politik, NGO dan rakyat kesal dengan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak kerana ia bertentangan dengan kehendak 53% rakyat negeri itu yang telah memilih Nizar Jamaluddin melalui Pilihanraya. Sebuah NGO, Aliran menyifatkan keputusan itu dibuat melalui percaturan dan manupulasi; yang mana doktrin pengasingan kuasa telah dikorbankan demi permainan politik. Naib Presiden PAS Husam Musa pula mendakwa keputusan tersebut telah diatur terlebih dahulu- satu rumusan yang tidak mampu disangkal ramai. Rata-rata pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan kekecewaan terhadap keputusan hakim Mahkamah Rayuan yang menolak keputusan hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz pada 11 Mei lalu yang mengekalkan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim berkata bahawa keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak memeranjatkannya disebabkan oleh beberapa faktor. Pakatan Rakyat memang sudah menjangkakannya berdasarkan atas keputusan-keputusan kehakiman sejak beberapa tahun yang lalu. Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang menjelaskan orang ramai yang datang ke Mahkamah Rayuan untuk mendengar keputusan penghakiman dalam kes Zambry lawan Nizar tidak percaya bahawa keseluruhan sessi tersebut telah tamat hanya dalam masa 5 minit sahaja. "Kita merasa sedih dan amat memalukan kerana keputusan yang dibuat dalam 5 minit adalah sesuatu yang jarang berlaku kerana ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa," kata peguam Razlan Hadri Zulkifli. Beliau juga menegaskan bahawa hakim sepatutnya membaca penghakiman bertulis dan bukan membuat penghakiman secara lisan yang mengambil masa hanya 5 minit. Menurut Profesor Undang-undang perlembagaan Aziz Bari, pendekatan mahkamah yang mengutamakan hal-hal teknikal tidak menepati sifat perlembagaan sebagai sebuah instrumen demokrasi sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Reid sendiri.

(sumber: Suara Keadilan)

Read full story

Wednesday, May 27, 2009

Kak Min tak takut la..!!

0 comments

BUKIT MERTAJAM 27 Mei — Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, beliau tidak gentar dengan ancaman disaman mahupun ugutan dan maki hamun yang diterima ekoran pendedahannya mengenai tawaran berbentuk sogokan kepada beliau oleh dua anggota parti itu. Sebaliknya, kata Aminah, beliau sedia untuk membuat satu lagi pendedahan yang berkaitan secara langsung dengan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim dalam masa terdekat. “Saya nak ingatkan Zahrain supaya jangan mencabar saya. Saya nak tanya sama ada dia masih ingatkah lagi dengan peristiwa di sebuah hotel di Jawi pada 2007? “Kak Min minta dia jawab dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, Kak Min akan dedahkan kepada umum. Maruah dibayar dengan maruah,” katanya kepada pemberita di sini selepas berkempen mengedar poster beliau selaku calon Bebas bagi pilihan raya kecil Penanti yang akan berlangsung Ahad ini.  (utusan)

Read full story

Anuar, Anifah RM100 juta

0 comments

KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfail saman terhadap Menteri Luar, Datuk Anifah Aman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta kerana didakwa memfitnahnya. Anifah didakwa memfitnahnya dalam kenyataannya di Washington pada 16 Mei lalu yang menyatakan ketua pembangkang itu telah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya sekiranya Anwar berjaya menubuhkan kerajaan selepas 16 September lepas. - Utusan

Read full story

31 Mei Rombongan Ke Bukit Kayu Hitam

0 comments

B1C29D56-5132-4D42-A0B2-D5801E728D18 PENANTI -Umno Bahagian Permatang Pauh dipercayai mengadakan rombongan ke Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan tujuan melarikan sebahagian besar ahlinya pada 31 Mei ini.
Kegiatan tersebut dipercayai semata-mata menghalang ahlinya daripada menyertai pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti yang menyaksikan pertandingan empat penjuru tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN) iaitu tiga bebas dan seorang calon Pakatan Rakyat.
Harakahdaily dimaklumkan oleh sumber, bas disediakan di semua cawangan dan terpulang kepada ahlinya untuk turut serta atau sebaliknya. "Kepada mereka yang tidak kesempatan menyertai rombongan tersebut mereka dinasihatkan memboikot pilihan raya berkenaan bagi mengurangkan peratus jumlah keluar mengundi," kata sumber terbabit. Pada pendapat mereka, kata sumber itu jika peratus jumlah keluar mengundi turun tidak mustahil calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman kalah dan menyukarkan pentadbiran Kerajaan Negeri untuk mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 yang tinggalkan penyandangnya sebelum ini Mohamad Fairus Khairudin. Tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) itu bukan sahaja menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri bahkan boleh mencetuskan salah faham dan perpecahan sesama parti gabungan Pakatan Rakyat. Ini merupakan peluang untuk Umno dan BN membalas dendam kekalahan bertubi-tubi mereka ketika berhadapan dengan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini. Namun kata sumber itu, bagi mengatasi perkara ini daripada berlaku jentera Pakatan Rakyat harus melipat gandakan gerakan penerangan kepada rakyat betapa pentingnya pilihan raya kecil ini diadakan untuk melincinkan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng yang jelas berjaya memperkenalkan beberapa strategi pembangunan serta membantu golongan miskin tegar walaupun baru memerintah setahun berbanding Umno dan BN. - azm _

Read full story

UMNO “Teliur " ceramah

0 comments

Umno dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya begitu 'teliur' (teringin) menyertai pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti tetapi apa boleh buat ia tidak mendapat perkenan Presidenya, Dato' Seri Najib Tun Razak yang kononnya tidak mahu terjerat dengan mainan politik pembangkang dan mahu menumpukan hasrat menjana ekonomi. Di Penanti, walaupun ia tidak mendapat restu penyertaan calon Umno dan BN namun mulai dua malam berturut-turut parti yang hampir tengelam itu mula mengerakkan jentera penerangan ke beberapa buah kampung hatta di luar Penanti dengan harapan rakyat tahu kenapa BN bertindak begitu. Semalam dikhabarkan Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, Dato' Musa Sheikh Fazir mengadakan pidatonya di hadapan 50 orang di Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh. Malam ini Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Lokman Nor Adam dijangka mengadakan peneranganya di Dun Penanti. Sehari sebelum ini beliau sempat bertemu pemuda di Bahagian Tasek Gelugor di Kampung Lubuk Meriam dengan kehadiran 70 orang tempatan. Semalam Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti KeADILan, Badrul Hisyam Sharin ketika berucap di Bilik Gerakan Utama PAS N12 berkata, Umno sekarang macam gila talak berkokok di luar gelanggang. Pakatan Rakyat katanya, tidak takut menyertai pilihan raya untuk mengembalikan hak rakyat yang telah mengangkat Adunnya sebelum ini. Berlainan dengan Umno dan BN mereka bimbang kalah kerana bagi mereka kekalahan merupakan azab yang paling pedih. "Umno bukan senang melihat kita dok hentam mereka saban malam bagi menerangkan penyelewengan yang telah dilakukan. Mereka geram tak tentu fasal sehinggakah Timbalan Presiden Umno, Muhyidin Yassin tiba-tiba mengeluarkan kenyataan Umno tetap dibelasah oleh pembangkang walaupun tidak bertanding di Penanti," tegasnya. Satu lagi kebimbangan Umno dan BN di seluruh negeri ialah golongan 'celik komputer' yang mana rata-rata golongan berkenaan tidak menyokong BN. Sementara itu Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam ceramahnya pula menegaskan, Umno hampir dengan 'sakratul maut' maka mereka akan lakukan apa sahaja untuk menarik perhatian masyarakat termasuk menangkap sesiapa sahaja yang dikhuatiri boleh menjejaskan pengaruh Umno dan BN. "Sekarang ini ahli dan penyokong Umno tinggal golongan yang gigit mee tak putus sahaja yang ada gigi lazimnya keluar atau tidak memberi sokongan padu pada BN. Golongan veteran lebih senang dengan keadaan lama," jelasnya.

Read full story

UITM Tidak Lagi Selamat ???

0 comments

cabul Seorang pelajar wanita mengambil tindakan undang-undang terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas dakwaan cuai susulan insiden mencabul kehormatan yang dialaminya tahun lalu. Pelajar itu, 21, didakwa mengalami trauma yang serius sehingga menangguhkan pembelajaran selepas didatangi seorang lelaki di bilik mandi asrama di kampus itu menjelang subuh, 28 November lalu. Dalam percubaan rogol itu, lelaki terbabit didakwa menyentuh bahagian sulit pelajar berkenaan, yang tidak didedahkan identitinya. Pelajar kampus induk di Shah Alam itu bagaimanapun berjaya meloloskan diri dengan bergelut dan menjerit sekuat hati. Identiti suspek, yang berselur pendek dan bercoli hitam ketika kejadian kira-kira jam 5 pagi, tidak dapat dicam. Siswi itu membuat aduan polis pada hari kejadian di balai polis Seksyen 6, Shah Alam. Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam melalui Hanipa Maidin, seorang ahli jawatankuasa pusat parti itu, yang bertindak sebagai peguam pelajar berkenaan. Dalam saman itu, UiTM sebagai defendan didakwa cuai menangani masalah keselamatan di universiti itu. Hanipa berkata, jumlah ganti rugi yang dipohon tidak ditetapkan, sebaliknya pelajar itu menyerahkan kepada mahkamah bagi menentukannya. Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menerima aduan ibu siswi berkenaan hadir bersama peguam itu dalam sidang media di Shah Alam pagi ini. Siswi dan keluarganya bagaimanapun tidak hadir. Menyifatkan tindakan siswi berkenaan sebagai jalan terakhir, Hanipa tetap berharap perkara itu boleh diselesaikan secara baik. "Kita bawa ke mahkamah bukan untuk wang, tetapi kita tidak mahu perkara sebegini berlaku lagi," katanya. Katanya, pihaknya memohon penjelasan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM pada penghujung Januari lalu tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas. "Kita ingat hendak selesaikan secara baik, tetapi UiTM tidak memberikan sebarang respons," katanya. Sementara itu, Khalid pula mempersoalkan sikap universiti berkenaan kerana "bertindak seolah-olah tidak bersalah" sedangkan menjadi tanggungjawabnya menjaga keselamatan pelajar. "Bila perempuan itu menjerit pun masih tak ada orang keluar. Dan saya boleh katakan, hendak masuk (ke dalam universiti) pun mudah, hendak keluar pun mudah. "(Mangsa) terpekik, terlolong macam itu pun tak ada apa-apa. Maksudnya, apa jenis keselamatan yang disediakan oleh universiti untuk menjaga pelajar?" katanya.

(sumber-http://kijang59.blogspot.com/2009/05/uitm-tidak-selamat.html)

Read full story

Kebodohan Ezam bila berhujah

0 comments

ezamhard21 Kebodohan Ezam bila berhujah dalam TV 9 seperti banyak yang kelentong daripada fakta. Lain yang ditanya lain yang dijawab. Malam tadi Ezam terpaku dengan beberapa soalan yang diajukan oleh Profesor Agus Yusof berkaitan dengan rasuah. Dulu Ezam memang hebat tetapi sekarang sudah jadi kuda tunggangan UMNO. Menuduh Pakatan Rakyat terlibat dengan rasuah sana sini. Bila ditanya pasal rasuah, diungkit perkara-perkara lama berkaiatan dngan rasuah. Contohnya pada zaman pemerintahan BN di Kelantan. Mengaitkan isu lojing. Ezam sememangnya bodoh selepas masuk UMNO. Takkan dia tidak tahu bahawa lojing itu dibotakkan oleh UMNO. Balak-balak kecil ditebang sebelum matang. Pada pemerintahan zaman PAS, balak-balak tersebut sudah tiada kerana UMNO dengan rakus menebang balak tersebut. Kata pepatah ‘meludah kat langit tapi akhirnya jatuh kat muka sendiri’. Tapi UMNO ni lain sikit, meludah ke langit jatuh ke muka terus dijilat ludahan tersebut. Inilah UMNO yang kaki putar belit. Di Perak pula, dia meniduh Menteri Pakatan, Dato Seri Ir Nizar rasuah balak. Sehingga hari ini menuduh rasuah balak sana-sini namun tiada bukti yang dapat diterjemahkan oleh UMNO. UMNO seperti sudah kehilangan idea atau  isu untuk memporak-perandakan parti-parti lawan. Parti UMNO itu baik tetapi orang-orang di dalamnya seperti hantu yang tidak takut pada hukum Tuhan.

Di Selangor, Ezam menuduh Menteri Besar, Khalid Ibrahim terlibat dengan rasuah. Namun isu tersebut berkubur begitu sahaja kerana tiada buktiyang dapat dikemukakan. Dikatanya MB Selangor itu terlibat rasuah lembu. Sebenarnya orang-orang yang berkata demikian lebih baik daripada lembu. Lembu mempunyai harga diri RM2000-4000 seekor namun manusia hanya sogok RM10 sudah bangga. Murahnya manusia punyai maruah berbanding lembu. Itulah yang boleh digambarkan manusia dengan lembu. Ke mana sahaja Ezam berkempen untuk UMNO, pastinya UMNO atau BN akan balik dengan berputih mata. Ezam bolehlah dikatakan membawa sial kepada UMNO/BN dalam kempennya. Kempennya hanyalah bawa isu rasuah namun dia sendiri tidak sedar akan rasuah dalam partinya. Lebih baik Ezam tidak berkempen kerana umumnya telah mengetahui Ezam adalah talam dua muka yang sukar untuk dipercayai. Kenapa Ezam tidak masuk bertanding pilihanraya?

–(sumber http://kijang59.blogspot.com)

Read full story

Nizar Cabar Zambry,Bubar DUN Kalau Jantan

0 comments

20090527020450_dap_mogok9 Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin mencabar "Menteri Besar Mahkamah", Dr Zambry Abd Kadir supaya mengadap Sultan dan memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri sekiranya beliau benar-benar anak jantan dan tidak bersembunyi di belakang pasukan keselamatan.
Beliau berkata demikian pada majlis ceramah dan taklimat yang diadakan di Wisma DAP malam semalam. Nizar berkata beliau tidak menyalahkan pihak keselamatan kerana sedar mereka digunakan oleh Barisan Nasional untuk melakukan penindasan terhadap rakyat. Tambah beliau lagi setiap kali pilihan raya kecil diadakan UMNO dan BN  akan mengarahkan pihak keselamatan berkampung di kawasan tersebut sama ada di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang atau Bukit Selambau.
Tetapi peliknya apabila BN tidak bertanding di Penanti ternyata tidak ada polis di situ dan ini membuktikan pihak polis bekerja untuk UMNO dan BN. "Ini jelas menunjukkan wang rakyat dihabiskan untuk BN bukannya untuk menjaga rakyat dan ketenteraman awam." Nizar berkata. BN cukup cemburu dengan gabungan kemas dan mantap Pakatan Rakyat dan ia tidak sanggup melihat gagasan tersebut diterima oleh rakyat Perak. "Di Perak sebelum ini kita tidak pernah nikmati perpaduan dan keharmonian antara bangsa-bangsa yang ada di Perak, namun dalam masa Pakatan Rakyat memerintah kita berjaya lahirkan masyarakat Perak yang saling menghormati, bertoleransi antara satu sama lain. "Kita mahukan cucu cicit kita pada masa akan datang saling menghormati antara bangsa yang ada. Itulah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Jika ini berterusan maka tidak ada peluang lagi bagi mereka." kata Menteri Besar lagi.
Tambah Nizar mahkamah rakyat adalah ruang yang terbaik untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.
Majlis tersebut yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis, Nga Kor Ming juga turut dihadiri oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Khor Ham, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Perak. Sebelum itu polis menahan 2 orang di luar Wisma DAP kerana dipercayai ingin hadir ke majlis yang diadakan semalam. Seorang daripada yang ditahan adalah ahli majlis perbandaran Taiping, Simon Uthaya Kumar a/l Sellaiyah sementara seorang lagi dikenali sebagai Haridats. Difahamkan mereka berdua telah dibawa ke balai polis yang berdekatan untuk disoal siasat. (TVAntara.com)

Read full story

Lanjut 6 bulan PPSMI, ahli akademik marah!

0 comments

bahasainggeris KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Tindakan kerajaan melanjutkan tempoh sehingga enam bulan sama ada akan meneruskan atau memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menimbulkan kemarahan Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia China, Universiti Pengajian Asing Beijing, Prof. Dr Awang Sariyan. Beliau yang dihubungi Harakahdaily mempersoalkan sehingga bila kerajaan akan yakin hasil pemikiran dan kajian ahli ilmu sehingga memerlukan tempoh yang begitu lama untuk membuat keputusan mengenai dasar tersebut. "Sebenarnya saya sudah jemu untuk memberi komen mengenai isu ini. Kami di kalangan pejuang bahasa sudah kering tekak dan sudah memberi semua hujah. Sudah bertimbun kertas kerja, memorandum dan buku yang kita kemukakan. Adakah itu tidak cukup untuk kerajaan membuat keputusan? "Apa yang meragukan ialah kajian Kementerian Pelajaran Malaysia yang memilih-milih responden untuk menguatkan hujah mereka utk meneruskan PPSMI. Nasib dasar di negara kita samalah dengan kisah Yunani purba iaitu kisah seorang putera raja yg dihukum menolak batu ke puncak bukit. Setiap kali batu sampai di puncak, dewa menekan dari atas dan batu pun melorot balik. Ditolak lagi, begitu juga jadinya hingga akhirnya tak pernah lepas batu itu ke sebelah lereng. Kerana apa? Kerana ada kuasa yang menekan usaha melepaskan batu ke lereng satu lagi,"tegasnya. Jelas Awang, kisah tersebut samalah dengan nasib dasar-dasar di negara ini seperti dasar ekonomi, dasar kebudayaan, dasar pendidikan dan dasar bahasa. Beliau berpandangan dasar tersebut ibarat batu yang ditolak ke puncak bukit iaitu yang hampir berjaya atau separuh berjaya ditolak ke puncak, ditekan ke bawah semua dan berulang kali. "Itulah tragedi dalam negara atau masyarakat yang tidak melandaskan sesuatu keputusan pada ilmu dan pemikiran yang jelas. Di satu sisi kita bercakap tentang dasar pembinaan jati diri bangsa dan negara termasuk melalui dasar bahasa, dasar pendidikan serta dasar kebudayaan.Tetapi di sisi lain keputusan tidak selaras dengan dasar, lebih condong kepada asas pragmatisme melulu,"katanya. Sementara itu Ahli Jawatan Kuasa Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Suhaizan Kaiat berpandangan jika diimbas kembali janji Menteri Pelajaran sebelum ini, Dato' Seri Hishamudin Hussin, kajian mengenai dasar tersebut telah selesai. Namun katanya, apabila menteri bagi kementerian tersebut bertukar kajian bagi dasar tersebut masih dilanjutkan sedangkan pelbagai kajian telah dilaksanakan termasuk enam rundingan meja bulat. Sehubungan itu katanya, sekiranya pada Disember nanti baru keputusan bagi dasar tersebut akan diputuskan, ia akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk penyediaan buku-buku teks dan rujukan. - mks. _

Read full story

RM210,012 Rasuah Ketua UMNO bahagian

0 comments

ne_03.1 KUALA LUMPUR 27 Mei- Ketua UMNO Bahagian Pandan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 10 tuduhan menerima rasuah berbentuk wang sebanyak RM210,012 dan kontrak selaku Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tiga tahun lalu. Abd. Ghani Ismail, 43, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dalam dua kes berasingan dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Ariffin. Mengikut pertuduhan, Ghani selaku ahli majlis merangkap Ahli Jawatan Kuasa Tender MPAJ didakwa menerima rasuah untuk dirinya berupa cek RHB bank bernilai RM210,012 daripada Abdul Rahman Yaacob. Rasuah itu sebagai balasan kerana menolong Abdul Rahman mendapatkan tender bagi kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Rimbun dan Taman Kencana di sini selain tender

Pembersihan Kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara 4 Ogos 2006 dan 31 Mac 2007 di Restoran Islah Tomyam Jalan 5/76B dan di hadapan Blok E15 Jalan 4/76B, Desa Pandan di sini. Ghani turut menghadapi tuduhan rasuah berasingan selaku ahli majlis MPAJ dengan menerima kontrak pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai subkontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn. Bhd. yang mana tertuduh berkepentingan dalam syarikat Lembah Rimbun -(kosmo)

Read full story

Surcaj tempat tidur naik bulan depan

0 comments

barangnaik KUALA LUMPUR 26 Mei - Surcaj bagi perkhidmatan tempat tidur perkhidmatan tren ekspres antara bandar Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) ke semua destinasi naik antara RM2 dan RM3 mulai pertengahan bulan depan. Pengarah Urusan KTMB, Datuk Abd Radzak Abd Malek, berkata kenaikan surcaj yang sudah diluluskan kerajaan itu membabitkan RM3 bagi tempat tidur bawah manakala RM2 untuk tempat tidur atas. Beliau berkata, kenaikan itu tidak dapat dielak memandangkan kos operasi yang semakin meningkat dan surcaj itu tidak pernah disemak semula sejak tahun 1980-an. "Kenaikan itu sikit saja dan tidak mendatangkan banyak keuntungan kepada KTM, kami mengenakan surcaj tambahan itu kerana kos operasi syarikat semakin meningkat," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Anugerah Operator Rel Terbaik Kepada KTMB, di sini, hari ini. - Bernama

Read full story

Debat politik wang di TV9, Zahid Hamidi tarik diri

0 comments

images KOTA BHARU, 26 Mei (Hrkh) - Mengejutkan. Beberapa jam lagi menjelang perdebatan di antara dua tokoh Umno dan PAS, tiba-tiba Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik diri. Sepatutnya jam 9.30 malam ini berlangsung perdebatan tokoh berkenaan dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pada program Hujah yang dikendalikan Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof di TV9. Mereka bakal memperkatakan isu politik wang. Namun petang ini pihak TV9 memaklumkan Zahid menarik diri daripada menyertai program tersebut. Sedangkan jutaan rakyat sudah beberapa hari menunggu bagi mengikut program suka ramai itu. Husam berkata, pengurusan TV9 telah memaklumkan mengenai keputusan Menteri Pertahanan terbabit membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu. "Saya merasakan tajuk yang akan dibincangkan mengenai politik wang amat mustahak dan relevan dalam situasi sekarang.

"Dan rakyat keseluruhannya amat ternanti-nanti untuk mendengar buah fikiran Dato' Seri dan juga dari saya selaku wakil dari PAS untuk menangani permasalahan politik wang," katanya dalam surat yang dihantar kepada Zahid di Kementerian Pertahanan, hari ini. Menurutnya beliau memandang berat keputusan dibuat Zahid membatalkan kehadiran dalam rancangan Hujah malam ini. "Saya memohon agar Dato' Seri dapat mempertimbangkan keputusan tersebut supaya saya dan Dato' Seri dapat sama-sama mengupas dan berbincang mengenai politik wang," ujarnya. Oleh itu beliau memberi tempoh sehingga jam 7.30 malam ini untuk mengesahkan kehadiran dan ikut serta dalam rancangan tersebut. Salinan surat tersebut juga dihantar kepada Penerbit Eksekutif Rancangan Hujah TV9, Noraini Tahir.

Read full story

Ekonomi merosot bawah -1%

0 comments

ekonomi003 Ekonomi negara dijangka menguncup bawah -1.0 peratus pada tahun ini di tengah-tengah iklim ekonomi semasa, kata menteri kewangan kedua. "Saya tidak dapat memberitahu anda (angka itu) tetapi ia tentunya di bawah -1.0 peratus," kata Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah. Beliau diminta mengulas unjuran oleh pakar ekonomi bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan menguncup antara -4.5 peratus dan -5.0 peratus pada 2009. Unjuran KDNK Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tahun ini antara -1.0 peratus dan 1.0 peratus. Menurut Bernama, BNM akan membuat pengumuman mengenai KDNK suku tahun pertama esok. "Tunggu pengumuman BNM esok," katanya selepas merasmikan pelancaran Program Penambahbaikan dan Pembangunan Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti di Kuala Lumpur hari ini. "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membuat satu lagi pengumuman keesokannya (lusa) mengenai unjuran baharu KDNK 2009 dan kita kemudiannya akan mengetahui kedudukan ekonomi negara." Tambah Husni, ekonomi bagaimanapun dijangka pulih dalam suku tahun ketiga kerana kesan pakej rangsangan ekonomi RM67 bilion baru-baru ini mulai dirasai. Bagi 2010, katanya, kerajaan percaya KDNK akan dicatatkan positif. Institut Penyelidkan Ekonomi Malaysia (MIER) bulan lepas berkata ekonomi menguncup 2.2 peratus tahun akibat kesan kelembapan ekonomi dunia. Institut bebas itu juga menjangkakan Malaysia akan mengalami "kemelesetan teknikal" - atau pertumbuhan negatif dalam tempoh dua suku tahunan berturut-turut - separuh pertama tahun ini.
Ketika ditanya sama ada lebih banyak langkah liberalisasi akan diumumkan pada masa depan, Husni berkata kerajaan kini sedang mengusahakan mengenai pembangunan model ekonomi baharu negara ini. "Model ekonomi itu kini berada pada peringkat perancangan," katanya, sambil menyatakan bahawa kerajaan akan mengkaji bidang yang boleh diliberalisasikan lagi. Katanya, teras utama model baharu itu ialah kualiti pelaburan dan rakyat. "Akhirnya, kita akan menjadi ekonomi terbuka kerana kita merupakan
sebahagian daripada sistem global tetapi proses liberalisasi memakan masa," katanya.

(Sumber Malaysiakini)

Read full story

Warga Emas Dan Insan Istimewa

0 comments

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan 100,000 warga emas terpinggir, 95,000 darinya hidup bersendirian dan tidak dipedulikan yang mana 69 peratus darinya berada di luar bandar – kampung.

Ambo hairan kenapa malang menimpa kepada warga emas, kehairanan ini bertambah pelik kerana mereka yang malang itu dinamakan sebagai warga emas. Apabila namanya emas, apabila labelnya 0041emas, tidak ada orang yang tidak suka. Emas pula disimpan elok dan rapi serta tempat yang sesuai.

Namun, laporan akhbar itu, betapa menunjukkan ketidaksesuaian antara nama dengan nasib yang menimpa keatas warga emas.

Siapa yang memberi nama itu tidak diketahui. Yang pasti mereka itu terdiri dari kumpulan yang berkuasa melalui slogan dan nama.  Dari satu slogan atau satu nama kepada satu nama lain dibuat, tetapi tang tu jugak bahkan lebih buruk selepas dislogan dan namakan.

Misalnya hal pendatang haram. Sudah berapa nama diubah, dari pendatang asing, pendatang haram, pendatang tanpa izin dan sebagainya, tetapi tidak ada apa-apa tindakan yang sistematik, akhirnya mereka yang tidak tentu status inilah sekarang ini kebanyakkanya berbuat jenayah. Hal lain, misalnya babi sudah berapa kali dibincang samada nak dinamakan babi atau khinzir.

Berbalik kepada warga emas, perkara yang sama juga menimpa kepada insan istimewa. Insan Istimewa di Malaysia ialah bukannya Syed Muzafar yang naik ke bulan atau anak Maidin kawan Naina Merican yang seberang selat inggeris. Tetapi insan istimewa di Malaysia orang cacat.

Nasib insan istimewa serupa dengan nasib warga emas. Mereka hanya betul-betul ‘menjadi’ warga emas dan insan istimewa ialah apabila mereka berada dalam majlis yang ada artis atau orang politik UMNO. Contohnya dalam majlis berbuka puasa artis bersama warga emas atau majlis penyerahan kerusi roda kepada insan istimewa oleh Presiden UMNO.

Selesai majlis, warga emas akan kembali menjadi warga orang tua terbiar dan insan istimewa yang susah serba serbinya.

Di atas itu ialah contok klasik yang tipikal berlaku ke atas manusia yang digelarkan sebagai warga emas dan insan istemewa.

Ambo lagi hairan, kerana boleh dikatakan sebahagian besar orang-orang bangsawan yang berpengaruh yang kini menjadi Menteri atau anak-anak menteri di Malaysia hari ini menghabiskan masa muda di Negara-negara maju.

Najib yang kini Perdana Menteri Malaysia separuh masa mudanya di England. Khairy Jamaluddin yang dikatakan sangat berpengaruh semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri Malaysia, juga menghabiskan masa mudanya di England. Tetapi seolah-olah mereka tidak dapat lihat bagaimana orang-orang tua atau orang-orang cacat di England hidup dan dilayan.

Kalau orang Negara maju naik ke stesen angkasa lepas kita nampak dan patut ditiru semata-mata atas slogan Malaysia boleh. Kenapa layanan semua pihak ke atas warga tua dan orang-orang cacat di Negara maju tidak juga ditiru?.

Berkaitan dengan ini, antara ciri-ciri Negara Maju/ Negeri Maju ialah mereka mempunyai sistem yang kemas serta bertanggungjawab menjaga warga tua dan orang-orang cacat. Sebaliknya bukan memberi nama atau panggilan yang sedap-sedap.

Tetapi apa-apa kemudahan yang dibuat, mesti mengambil kira kemudahan asas kepada orang-orang cacat atau warga tua. Jika tidak dimasukkan elemen itu, kemudahan yang dibuat tidak diiktiraf sebagai kemudahan dan tidak mendapat kelulusan. Kerana sistem itu sendiri mengambil kira hal keperluan warga tua atau orang yang cacat.ayu_family

Bahkan, European Organization for Nuclear Research (CERN) yang mempunyai projek sains tercanggih yang berbelanja berbillion Euros itupun mempunyai semua kemudahan untuk warga tua dan orang-orang cacat. Kalau kita fikir, bila masa mereka ke CERN. Tetapi oleh kerana sistem yang mengambil kira faktor tersebut, maka ia tetap dilakukan.

Bilamana sistem yang dibuat mengambil kira warga tua dan orang-orang cacat, barulah mereka benar-benar menjadi warga emas dan insan istimewa. Misalnya petak letak kereta dibina berhampiran dengan pintu-pintu masuk bangunan, kenderaan dibina sesuai dengan mereka, misalnya bas yang boleh naik-turun memberi kemudahan kerana warga emas dan insan istimewa dengan kerusi roda mereka.

Mungkin contoh ini terlalu maju, berbanding dengan kita di Malaysia. Tetapi langkah ke arah itu mesti sesuai yang perlu dilakukan di Malaysia. Bukanya asyik memberi gelaran warga emas atau insan istimewa saja, padahal mereka tidak pernah merasa sebagai emas atau istimewa.

Yang berlaku cuma mereka menjadi bahan ‘makanan’ pihak yang ingin menonjolkan diri yang kononnya melakukan kebaikan samada bertujuan mempopularkan diri di arena artisan atau politik. 

Apa yang perlu adalah sistem yang betul dan mampu bertahan supaya warga tua dapat merasai mereka benar-benar warga emas dan orang-orang cacat pula merasai mereka insan istimewa.

Inilah mungkin antara tips untuk Najib fikir dan lakukan kalau dia tidak mahu dikenali sebagai anak bangsawan yang tidak kenal masalah orang-orang dalam kepayahan.

muramatsu

United Kingdom

(sumber Tranungkite.net)

Read full story

Tuesday, May 26, 2009

Zambry Marah Digelar Menteri Besar Mahkamah

0 comments

20090525191756_zambry2

Dr Zambry Abd Kadir marah apabila Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat memberi gelaran "Menteri Besar Mahkamah" kepada beliau.
Sebaliknya beliau mahu gelaran tersebut diberikan kepada Nizar Jamaluddin yang menurutnya orang yang memulakan proses  mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.
"Jadi proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Nik Aziz) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum.
"Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu," kata Zambry yang dipetik Bernama.
Sabtu lepas Nik Aziz berkata Dr Zambry adalah Menteri Besar Mahkamah kerana tidak mewakili seluruh rakyat Perak.
Beliau menduduki kerusi Mneteri Besar selepas Mahkamah Rayuan pada 22 Mei lalu mengisytiharkannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah dalam satu keputusan sebulat suara selepas mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah.
Dr Zambry juga menolak kemungkinan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pimpinannya akan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri itu.
"Sekarang ini kita berpandukan kepada apa yang telahpun diputuskan oleh mahkamah.Meskipun kita mempunyai peruntukan-peruntukan yang diberikan tetapi proses yang berlaku sekarang ini ialah proses perundangan.
"Jadi biarlah proses perundangan itu mengambil tempatnya dan kita mengharapkan semuanya akan berjalan seperti biasa," katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa langkah itu merupakan pilihan terbuka kepada BN tetapi tidak semestinya ia satusatunya jalan menentukan kerajaan mana ada suara majoriti.
Gelaran yang diberikan kepada beliau mungkin bersesuaian melihat kepada ketidaksanggupan beliau mengadakan undi tidak percaya terhadap Ni zar dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan enggan membubarkan DUN bagi membuka laluan kepada pilihan raya baru negeri.

Sikap Dr Zambry yang mahu terus memegang jawatan tersebut hasil pekutusan mahkamah menyakinkan lagi rakyat bahawa gelaran yang diberikan oleh Nik Aziz kepada beliau tepat dan benar.

Read full story