Showing posts with label Saman. Show all posts
Showing posts with label Saman. Show all posts

Tuesday, September 1, 2009

Hampir 200 ditahan dalam operasi ambang merdeka

0 comments

Merdekakah kita??

2674185550_fb022e3211_oKUALA LUMPUR 31 Ogos — Kira-kira 200 orang termasuk 60 remaja wanita ditahan di sekitar Lembah Klang kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral dalam “Ops Masih Ada yang Sayang” yang dijalankan sempena ambang kemerdekaan negara ke-52, awal pagi ini.

Operasi selama lima jam bermula kira-kira 1 pagi itu melibatkan beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid) Selangor dan turut disertai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan pegawai-pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang.

Pengerusi Perkid Selangor Masridzi Sat berkata kesemua mereka dalam lingkungan usia 20-an itu ditahan kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral seperti berpeleseran bersama pasangan masing-masing dan melepak di tempat awam.

“Kita amat prihatin masalah sosial di kalangan masyarakat yang semakin meningkat, sebab itu operasi ini diadakan agar mereka disedarkan ke jalan hidup berlandaskan agama Islam terutama cara menyambut sesuatu perayaan (kemerdekaan negara) bukan untuk keseronokan semata-mata dan tanpa matlamat hidup,” katanya kepada Bernama di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang untuk diberi kaunseling dan ceramah agama berkenaan pegangan agama yang betul seperti cara meraikan kemerdekaan negara mengikut acuan agama Islam.

Masridzi berkata kesemua mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila sesi kaunseling berakhir selepas solat Subuh.

Operasi yang membabitkan 90 anggota itu dijalankan di beberapa lokasi secara serentak termasuk di Bukit Langat, Taman Bukit Permai dan Taman Tasik Pandan bertujuan mencegah kegiatan maksiat dan gejala sosial.

— BERNAMA

Read full story

Wednesday, May 27, 2009

Anuar, Anifah RM100 juta

0 comments

KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfail saman terhadap Menteri Luar, Datuk Anifah Aman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta kerana didakwa memfitnahnya. Anifah didakwa memfitnahnya dalam kenyataannya di Washington pada 16 Mei lalu yang menyatakan ketua pembangkang itu telah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya sekiranya Anwar berjaya menubuhkan kerajaan selepas 16 September lepas. - Utusan

Read full story

UITM Tidak Lagi Selamat ???

0 comments

cabul Seorang pelajar wanita mengambil tindakan undang-undang terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas dakwaan cuai susulan insiden mencabul kehormatan yang dialaminya tahun lalu. Pelajar itu, 21, didakwa mengalami trauma yang serius sehingga menangguhkan pembelajaran selepas didatangi seorang lelaki di bilik mandi asrama di kampus itu menjelang subuh, 28 November lalu. Dalam percubaan rogol itu, lelaki terbabit didakwa menyentuh bahagian sulit pelajar berkenaan, yang tidak didedahkan identitinya. Pelajar kampus induk di Shah Alam itu bagaimanapun berjaya meloloskan diri dengan bergelut dan menjerit sekuat hati. Identiti suspek, yang berselur pendek dan bercoli hitam ketika kejadian kira-kira jam 5 pagi, tidak dapat dicam. Siswi itu membuat aduan polis pada hari kejadian di balai polis Seksyen 6, Shah Alam. Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam melalui Hanipa Maidin, seorang ahli jawatankuasa pusat parti itu, yang bertindak sebagai peguam pelajar berkenaan. Dalam saman itu, UiTM sebagai defendan didakwa cuai menangani masalah keselamatan di universiti itu. Hanipa berkata, jumlah ganti rugi yang dipohon tidak ditetapkan, sebaliknya pelajar itu menyerahkan kepada mahkamah bagi menentukannya. Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menerima aduan ibu siswi berkenaan hadir bersama peguam itu dalam sidang media di Shah Alam pagi ini. Siswi dan keluarganya bagaimanapun tidak hadir. Menyifatkan tindakan siswi berkenaan sebagai jalan terakhir, Hanipa tetap berharap perkara itu boleh diselesaikan secara baik. "Kita bawa ke mahkamah bukan untuk wang, tetapi kita tidak mahu perkara sebegini berlaku lagi," katanya. Katanya, pihaknya memohon penjelasan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM pada penghujung Januari lalu tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas. "Kita ingat hendak selesaikan secara baik, tetapi UiTM tidak memberikan sebarang respons," katanya. Sementara itu, Khalid pula mempersoalkan sikap universiti berkenaan kerana "bertindak seolah-olah tidak bersalah" sedangkan menjadi tanggungjawabnya menjaga keselamatan pelajar. "Bila perempuan itu menjerit pun masih tak ada orang keluar. Dan saya boleh katakan, hendak masuk (ke dalam universiti) pun mudah, hendak keluar pun mudah. "(Mangsa) terpekik, terlolong macam itu pun tak ada apa-apa. Maksudnya, apa jenis keselamatan yang disediakan oleh universiti untuk menjaga pelajar?" katanya.

(sumber-http://kijang59.blogspot.com/2009/05/uitm-tidak-selamat.html)

Read full story

Tuesday, May 26, 2009

Ketua Kampung Saman "Menteri Besar”

0 comments

20090526193753_ketuakg

Ketua-ketua kampung lantikan Pakatan Rakyat yang telah dipecat oleh kerajaan negeri "Menteri Besar Mahkamah" Dr Zambry Abdul Kadir telah memfailkan saman terhadap beliau di Mahkamah Tinggi Ipoh pagi tadi.
Turut serta mengiringi ketua-ketua kampung tersebut ke mahkamah termasuk Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dan pemimpin Pakatan Rakyat negeri.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Ketua-Ketua Kampung Negeri Perak, Mohd Ridzuan Afit saman yang dikemukakan mengandungi tujuh tuntutan terhadap Dr Zambry.
Antara lain mereka menuntut supaya mahkamah melarang kerajaan negeri membuat sebarang pelantikan ketua kampung sebelum 31 Julai 2010 iaitu tarikh tamat tempoh perkhidmatan mereka seperti watikah pelantikan daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Mereka juga memohon untuk membatalkan keputusan dan tindakan kerajaan negeri "Menteri Besar Mahkamah" yang memecat mereka berkuat kuasa 16 April lalu.
Disamping itu saman itu turut memohon perintah mahkamah melarang kerajaan negeri menggunakan dewan orang ramai di seluruh negeri oleh Barisan Nasional sehingga kes itu selesai. 
Mohd Ridzuan yang mewakili 817 ketua kampung yang dipecat dalam tindakan "Menteri Besar Mahkamah" itu yang dianggap tidak sah dan melanggar undang-undang berkata pihak mahkamah belum lagi menetapkan tarikh untuk mendengar saman mereka tetapi kes tersebut akan didengar dalam tempoh dua bulan dari tarikh difailkan.
Ketika dihubungi Tv Antara beliau berkata pemecatan yang dilakukan secara mengejut pada 16 April lalu dan sebelum tamat tempoh kontrak perlantikan pada 31 Julai 2010 adalah sesuatu yang kejam dan zalim yang dilakukan oleh Barisan Nasional.
"Saya menerima surat pemecatan saya daripada pejabat daerah dan di dalam surat itu tidak disebut apakah kesalahan saya yang menyebabkan saya dipecat. Watikah pelantikan yang kami terima daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat adalah bagi tempoh dua tahun dan dengan tiba-tiba apabila bertukar kerajaan negeri kami dipecat secara mendadak.
"Ini adalah satu tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan. Ketua kampung bukannya satu jawatan politik dan kami berkhidmat kepada semua orang tidak kira fahaman politik sama ada dia PKR, Umno atau mana-mana parti politik," kata Mohd Ridzuan.
Menurut beliau lagi jawatan ketua-ketua kampung yang dipecat telah diambil alih serta merta oleh Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan yang dilantik oleh BN seiring dengan perlantikan ketua-ketua kampung tersebut tahun lalu.
Selain menfail saman badan bertindak tersebut juga telah melancarkan kempen mengumpul tandatangan rakyat Perak sebagai tanda sokongan kepada ketua-ketua kampung yang dipecat.
Setakat seminggu lalu badan bertindak itu telah mengumpulkan lebih 250,000 tandatangan rakyat dari seluruh negeri Perak dan yakin dapat mencapai sejuta tandatangan dalam masa satu atau dua minggu lagi.
"Kempen tandatangan yang sudah kami lancarkan sejak seminggu lalu mendapat respons yang amat baik dan menggalakkan daripada rakyat seluruh negeri Perak. Ini menunjukkan mereka menyokong pakatan Rakyat dan menolak "Menteri Besar Mahkamah" yang berkuasa ke atas rakyat Perak melalui perintash mahkamah.
"Rakyat Perak rata-rata mahukan Pakatan Rakyat kembali dan usaha mengumpul tanda tangan ini adalah sebahagian daripada langkah untuk mendesak supaya DUN Perak dibubarkan," tambah beliau.
Walaupun kerajaan kudeta "Menteri Besar Mahkamah" melakukan pelbagai untuk menghalang hasrat rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri rakyat tetap akan menolak BN kata Mohd Ridzuan.

(Sumber TVantara)

Read full story