Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Tuesday, September 1, 2009

PAS Gesa Kontrak Musa Dipertimbang

0 comments
Klik “PLAY” Untuk Mainkan Video ini.
 
Download this Media File - (Right Click)

Pas menggesa kerajaan menimbang semula kontrak untuk menyambung tugas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan berikutan kadar jenayah yang semakin meningkat dan pelbagai dakwaan penglibatan polis dengan konspirasi kongsi gelap. (TVANTARA)

Read full story

Sunday, August 30, 2009

PAS tunggu kemenangan ke-8

0 comments

SHAH ALAM – Pas akan memastikan momentum kemenangan Pakatan Rakyat (PR) akan berterusan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil di kawasan tersebut diadakan dalam masa terdekat.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, menjadi hasrat parti itu mahu melihat Barisan Nasional (BN) tumbang buat sekian kalinya setelah mengharungi lapan pilihan raya hanya sekali kemenangan.“Pas tidak meminta pilihan raya itu, kerana kesilapan yang dilakukan wakil rakyat BN, kemungkinan terjadi pilihan kecil ada.

“Pas akan memastikan kerusi ini akan bertukar milik dari BN dan akan menjadi kekalahan yang kelapan buat parti itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.Beliau berkata demikian ketika mengulas persiapan parti itu bagi menghadapi pilihan DUN Kota Siputeh jika SPR menetapkan pilihan raya kecil diadakan berikutan ketidakhadiran wakil rakyatnya dalam dua persidangan DUN Kedah.Sebelum ini, SPR memutuskan pihaknya akan mengumumkan status kerusi itu sejurus tamat pilihan raya Permatang Pasir 25 Ogos lalu.Salahuddin berkata, pihaknya kini sudah memperkemaskan jentera-jentera parti di kawasan itu dan hanya menunggu keputusan SPR.“Yang jelas ‘mood’ rakyat akan berterusan di DUN Kota Siputeh, ia jelas mesej yang disampaikan Datuk Seri Najib, termasuk gagasan 1 Malaysia tidak diterima rakyat,” katanya.Pada pilihan raya umum lalu, Datuk Abu Hasan mewakili (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon Pas, Ismail Wan Teh.

Read full story

Friday, July 3, 2009

Pemuda UMNO akui mereka Samseng atau gengster

0 comments

Pemuda Umno Bukit Katil mengaku ahlinya telah bertindak memecahkan sebuah meja dalam kekecohan dengan DAP dan PAS di pasar malam Taman Melaka Baru, malam tadi. Selain seorang wakil rakyat DAP didakwa mengalami luka-luka, seorang ahli Umno ditahan di balai polis Batu Berendam selama enam jam sejak 9 malam bagi membantu siasatan. umno youth violent attack at dap event in melaka market 030709 04Setiausahanya Safrie Abdullah berkata, kejadian tersebut berlaku selepas pertikaman lidah antara kira-kira 40 ahli dan penyokong Pemuda Umno dengan kumpulan seangkatannya dalam DAP dan PAS.


Tambahnya, insiden ketegangan ini terjadi setelah kali ketiga Pemuda DAP membuka meja pendaftaran pemilih dan juga menambahkan keahlian parti di pasar malam itu. “Dua kali sebelum ini, hanya Pemuda DAP yang datang berkempen, tetapi kali ini mereka ajak sama Pemuda PAS,” kata Safrie, yang tidak hadir di situ kerana turut bertugas di DUN Manek Urai yang menghadapi pilihanraya kecil, Isnin ini. “Mereka bukan ahli Suruhanjaya pilihanraya (SPR) untuk melancarkan kempen tersebut. Saya juga dimaklumkan mereka tidak mendapat kebenaran dari pengerusi jawatankuasa taman dan persatuan penjaja.


"(Lagipun,) Pemuda Umno memberitahu mereka, kawasan ini untuk pasar malam dan bukannya untuk melancarkan kempen menambahkan keahlian parti." Sementara Naib Ketua Pemuda Umno Bukit Katil, Jailani Khamis berkata beliau “tidak tahu” pihak mana yang memecahkan meja tersebut tetapi dimaklumkan ia memang dirosakkan. Beliau juga menafikan memaki-hamun kepada pemimpin Pemuda PAS tetapi mengakui berbuat demikian kepada pemimpin Pemuda DAP. “Saya beritahu pemimpin DAP, ini kawasan pasar malam mengapa buat ceramah politik dan berkempen menambah ahli menggunakan logo suruhanjaya pilihanraya (SPR),” kata Jailani ketika dihubungi Malaysiakini.


umno youth violent attack at dap event in melaka market 030709 03Beliau juga menafikan ahli-ahli Pemuda Umno memaki-hamun polis dan kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah seperti didakwa Ketua Penerangan PAS negeri Sofi Wahab hari ini. Mengulas kecederaan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong seperti didakwa PAS Melaka, Jailani berkata, ia berlaku kerana wakil rakyat berkenaan menyorok bawah meja kerana ketakutan ketika kekecohan itu berlaku. Wakil rakyat DAP itu terluka akibat terkena batu di bawah meja itu, kata Jailani. Mencerita lebih lanjut insiden tersebut, Jailani berkata, pada mulanya Pemuda Umno telah mengarahkan Pemuda PAS dan DAP supaya tidak meneruskan kempen tersebut - yang bermula sejak petang.


Bagaimanapun, menurutnya, mereka enggan meninggalkan tempat itu dan membuat provokasi dan lantaran itu tercetuslah pertikaman lidah antara dua kumpulan tersebut. “Tetapi ahli Pemuda DAP marah kepada Pemuda Umno, lalu kita mengeluarkan kata-kata kesat menyebabkan mereka (DAP) pula marah kepada kita. Kita pun marah mereka pula,” katanya. Dihubungi dari Kelantan, Safrie berkata, beliau menerima pesanan melalui SMS daripada ahli Pemuda Umno yang berada di tempat kejadian sebelum Maghrib tentang kempen pendaftaran DAP dan PAS di situ. Beliau kemudiannya meminta ahli pergerakan itu ke tempat berkenaan untuk memantau keadaan tetapi jangan mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang.


Menurutnya lagi, pemergian ahli Pemuda Umno itu bukan untuk bergaduh tetapi mahu menunjukkan kepada pembangkang bahawa “penyokong Pemuda Umno lebih ramai daripada mereka”. "Saya beritahu kepada ahli-ahli Pemuda Umno supaya menghubungi pihak polis jika mereka memulakan kekacauan," katanya. Akibat insiden ini, pemimpin-pemimpin DAP dan PAS membuat lapan aduan polis di balai Banda Kaba terhadap Pemuda Umno.

Read full story

Sunday, June 28, 2009

Tun M Yakin Najib Tiada Telur !!!

0 comments

Mahathir_the_puppetmaster ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak perlu melayan pelawaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lama. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata perdebatan itu hanya akan membuang masa kerana kedua-dua pihak tidak akan mencapai persefahaman disebabkan pemikiran kedua-dua parti berbeza. "Saya ingat tak ada faedah...Nanti Nik Aziz cakap Arab, Najib cakap Inggeris dua-dua tak faham.

"Debat di Malaysia tak macam di Amerika, di Indonesia pun ada debat untuk calon Presiden.
"Ia akan buang masa saja...Jadi satu hiburan. Kita bukan lantik pemimpin untuk menghibur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Mubarak Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Pemangku Pengerusi Mubarak Kedah, Datuk Abdul Rahman Ibrahim. Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang mempelawa Najib supaya berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik Pas dan Umno yang berlarutan. Menteri Besar Kelantan itu berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno itu untuk mengadakan perdebatan berkenaan sudah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

p/s: Umno-umno apa nak jadi, Hujah TV9 itu hari pun macam-macam alasan. TGNA ceramah pon buat repot polis, kelakar lah puak-puak UMNO ni, kalu berani lawan baliklah kata-kata TGNA tu, bukan buat repot polis, macam budak-budak je perangai, nak mengadu je tau.

Read full story

Nik Aziz Ajak Najib Berdebat, Ada berani ke Najib???

0 comments

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempelawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lamanya. Menteri Besar Kelantan itu berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat. “Jemputan itu sengaja dibuat kerana kekecohan dalam politik hari ini, terutama antara Pas dan Umno,” katanya selepas mengimamkan solat Sunat Dhuha di pekarangan Pasar Siti Khadijah, di sini, semalam. Nik Aziz berkata, hasrat untuk perdebat itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan. Katanya perkara berlaku sekarang tidak akan selesai melalui media sebagai saluran tetapi mesti dibincangkan secara bersemuka. - Bernama

Read full story

Wednesday, June 24, 2009

Kecewa UG Ditolak- Ibrahim Ali

0 comments

KUALA LUMPUR 23 Jun – Ahli Akademik dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu kecewa dan kesal apabila kerajaan perpaduan yang dicadangkan demi perpaduan orang Melayu akhirnya terkubur begitu sahaja.

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perasaan orang Melayu seolah-olah dipermain-mainkan apabila pakatan pembangkang menolak cadangan itu. “Kita teruja dan gembira sebelum ini kerana sudah nampak ada usaha perpaduan antara orang Melayu dan umat Islam apabila timbulnya cadangan ini terutama kerjasama antara UMNO dan Pas.

“Tetapi akhirnya ia jadi begini. Perasaan orang Melayu seolah-olah terus dipermainkan demi kepentingan politik pembangkang semata-mata,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau diminta mengulas cadangan Pas sebelum ini bagi mewujudkan kerajaan perpaduan bersama UMNO demi kesejahteraan orang Melayu dan umat Islam, tetapi ditolak pakatan pembangkang semalam.

Read full story

Tuesday, June 23, 2009

Tiada Lagi Isu Kerajaan Perpaduan

0 comments

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Read full story

Saturday, June 20, 2009

Demontrasi Kerajaan Perpaduan Polis Mendahului

0 comments
[polis_demo+3+web.bmp][polis_demo+2+web.bmp]

KUALA LUMPUR 18Jun-Perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut penuh dengan anggota polis ekoran berita angin satu demonstrasi akan diadakan untuk membantah kerajaan perpaduan. Demostrasi itu dikatakan akan diadakan sebaik sahaja selesai solat Jumaat hari ini, namun sehingga kini tidak ada sebarang kelibat demonstrasi itu. Polis yang berpakaian seragam dan preman memenuhi kedai-kedai dan perkarangan kedai di depan pejabat PAS itu. Turut serta adalah beberapa wartawan dan jurugambar. (siasahdaily)

Read full story

Nasharudin Betul-Betul Hilang

0 comments

Ust_Nasharudin.jpg image by malaysianunplug KUALA LUMPUR 19 Jun - Kehilangan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang menimbulkan kontroversi dalam isu kerajaan perpaduan bersama UMNO terus menjadi misteri. Anak kelahiran Negeri Sembilan berusia 47 tahun itu gagal dikesan malah rumahnya di Bukit Mahkota di sini terkunci rapat tanpa penghuni ketika dikunjungi Utusan Malaysia.

Keputusan Nasharudin menyokong idea Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kerajaan perpaduan mendapat tentangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan Ahli Parlimen Bachok itu sebagai 'sampah' dalam parti. Nik Abdul Aziz dilaporkan turut menyarankan agar Nasharudin keluar parti dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu didakwa lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli Pas.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam reaksinya terhadap saranan Abdul Hadi menyatakan kesediaan untuk mengadakan pertemuan dengan Pas bagi membincangkan penubuhan kerajaan perpaduan. Najib percaya sesuatu perkara yang baik seperti cadangan penubuhan kerajaan perpaduan bukan sahaja harus malah boleh disifatkan sesuatu yang wajib untuk dilakukan.

p/s: barangkali sudah dikurung oleh umno??

Read full story

Wednesday, June 17, 2009

Isu Perak Suruhanjaya Di-Raja Harus Ditubuhkan

0 comments

Suruhanjaya Siasatan Di-Raja harus ditubuhkan untuk menyiasat rampasan kuasa di perak, terutama sekali mengenalpasti dalang perbuatan itu yang mengheret perak ke krisis perlembagaan yang paling buruk dalam sejarah negeri itu. Ikuti Video temuramah wartawan daripada TVAntara

 

Klik “PLAY” untuk Lihat Video

Read full story

PAS Tiada Rundingan Dengan Umno Tanpa PKR, DAP

0 comments

PAS tidak akan menyertai sebarang rundingan mengenai kerajaan perpaduan dengan UMNO, jika Parti Keadilan Rakyat dan DAP tidak dijemput bersama, kata Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali. “Presiden UMNO Najib Razak bercakap tentang (kerajaan perpaduan), maka tidak boleh bercakap dengan PAS (sahaja), tetapi mesti bersedia untuk bercakap dengan PKR dan DAP. Jika beliau tidak bersedia, PAS pun tidak bersedia untuk berbincang dengan beliau,” kata Mustafa. Kenyataan PAS ini sekali lagi mencerminkan iltizam PAS untuk terus dengan Pakatan Rakyat, khususnya dalam berdepan dalam UMNO- Barisan Nasional dalam sebarang isu. Lebih menyakinkan kali ini ialah kenyataan itu dibuat oleh Datuk Mustafa, sekutu kuat Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang melontarkan idea bermuqabala dengan UMNO dan menimbang kemungkinan menubuhan kerajaan perpaduan.

Mustafa mengumumkan pendirian PAS itu pada sidang media khas bagi menjawab kenyataan Najib kononnya beliau percaya parti Islam itu ikhlas untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan. Menurut Mustafa, sepanjang rekod PAS dalam politik, ia sentiasa menghormati perjanjian kerana ia merupakan salah satu dasar perjuangan parti tersebut. “PAS bersama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. (Jadi) PAS tidak akan mengkhianati kawan-kawan. PAS tak akan tinggal Pakatan Rakyat, tidak akan khianati rakan-rakan kita,” tegas Mustafa. Bagaimanapun, kata Mustafa, perbincangan berhubung isu-isu tertentu yang melibatkan kepentingan negara, diteruskan walaupun tidak disertai oleh PKR dan DAP.

Katanya, ini kerana setiap parti mempunyai pendirian masing-masing berhubung sesuatu isu yang timbul. Beliau memberi contoh berhubung cadangan membawa pulang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dan isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) “PKR dan DAP bersetuju (bawa Chin Peng pulang) tetapi PAS tak setuju. Isu Sekolah Agama Rakyat, takkan nak bincang dengan DAP dan PKR, maka bincanglah dengan PAS,” kata Mustafa. Beliau juga menjelaskan penglibatan PAS dalam perbincangan kerajaan dalam Majlis Pembangunan Ekonomi Negera pada tahun 1989-1990. “Ketika itu, pada zaman (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Saya mewakili PAS bersama beberapa orang lagi. Kita berbincang, tidak bererti kita bersama dengan Umno,” katanya. (suara Keadilan)

Read full story

Kelantan Tuntut Royalti Minyak RM1 Bilion

0 comments

Kerajaan negeri Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini bersetuju supaya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu. Katanya, menurut laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion, lapor Bernama. Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco hari ini, Husam berkata, Kelantan mula menjadi negeri pengeluar minyak sejak 2004 dan sepatutnya mendapat royalti sepertimana negeri pengeluar minyak yang lain iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Telaga minyak dan gas Kelantan (Blok A18, Blok B17 & C19, PM3, Sub-Blok Ular
PM301 & PM302, PM303, PM311 & 312)


Menurutnya, adalah satu perkara yang sangat memalukan jika kerajaan pusat tidak dapat membayar wang royalti itu lebih-lebih lagi kerajaan pusat kini memperkenalkan konsep 1Malaysia, yang mengutamakan rakyat. Sementara itu, di Kuala Lumpur, ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata pakatan pembangkang akan memainkan isu royalti minyak itu dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai. "Sekiranya negeri-negeri yang lain ini mendapat royalti petroleum, mengapa tidak Kelantan...sekiranya Najib benar-benar ikhlas, saya cadangkan beliau membayar kembali royalti petroleum hak Kelantan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Read full story

Nasharuddin Digesa Keluar PAS

0 comments

nik aziz angry 170609 Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.
"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat. "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. nasharuddin mat isa 170609 02 "Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini. Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan  tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

enyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."
Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata: "Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. "(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.  "Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno." Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008. Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka."Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya. Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri."Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya. (malaysiakini)

Read full story

Saya Rela Diusir Kerana Pertahan Perlembagaan - Nizar

0 comments

MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN / PARLIMEN “Ia berlaku secara spontan”, kata Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin ketika disoal mengapa beliau melaungkan “Hidup Rakyat” dan “Bubar Dun” di dalam Dewan Rakyat sehingga menyebabkan beliau diusir keluar dari dewan legislatif itu. Menurut Nizar, saat mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang adalah saat yang memilukan kerana dalam masa beliau mengucapkan sumpah setia mempertahan Perlembagaan Negara, ketika itu juga BN bermaharajalela di Perak. “Kita sebagai seorang insan, mesti ada perasaan. Apabila kita megangkat sumpah mempertahan Perlembagaan, hati kita tidak boleh berasa lain – tidak boleh begitu. Apa yang berlaku hari itu adalah spontan, bukan sesuatu yang dirancang,” kata Nizar. “Saya percaya apa yang saya lakukan hari itu adalah apa yang sepatutnya saya lakukan. Saudara tahu kenapa saya berbuat begitu. Ketika saya mengangkat sumpah setia mendaulatkan Perlembagaan dan undang-undang, Perlembagaan yang sama ini diliwat Umno-Barisan Nasional,” tegas beliau.


Nizar dan enam Ahli Parlimen lain digantung Speaker Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan mereka menyatakan protes terbuka di dalam Dewan Rakyat terhadap kudeta haram Barisan Nasional di Perak.
Mereka memakai lilitan “Bubar Dun” di kepala dan tangan masing-masing yang menjadi sebahagian daripada kempen Pakatan Rakyat memulihkan demokrasi di Perak Darul Ridzuan. Namun sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, Nizar menganjak protes hari itu dengan melaungkan “Hidup Rakyat” dan “Bubar Dun” di hadapan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional.


Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang dituduh sebagai dalang kudeta haram itu, kelihatan terkebil-kebil melihat Dewan Rakyat bergema dengan protes Pakatan Rakyat. Perak diheret dalam kemelut politik berpanjangan setelah BN dituduh mendalangi rampasan kuasa dengan “membeli” tiga ADUN Pakatan Rakyat termasuk dua yang menghadapi tuduhan rasuah. Polis pelbagai unit dari serata negara dikerah ke ibu negeri Ipoh dan menyaksikan ratusan orang awam yang turun membantah rampasan kuasa itu ditahan termasuk wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat. Tidak cukup dengan itu, Barisan Nasional melantik Setiausaha MIC Perak, R. Ganesan, sebagai Speaker Dun walaupun Ganesan bukan seorang wakil rakyat.


BN kemudiannya mengarahkan pihak polis mengheret Speaker yang sah, V Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri Perak lalu mengurungnya di dalam sebuah bilik, sementara wakil-wakil rakyat Pakatan yang lain dikasari dan dicederakan. Nizar menjelaskan hari pertama persidangan Dewan Rakyat berlangsung adalah masa terbaik untuk menyatakan protes terbuka kerana semua wakil rakyat dan khususnya Perdana Menteri Najib Abdul Razak turut hadir hari itu.“Hari itu adalah masa terbaik untuk menunjukkan bantahan rakyat. Dimana lagi kita boleh berhadapan dengan wakil-wakil rakyat BN? Bahkan dalang rampasan kuasa, Perdana Menteri Najib Abdul Razak, tidak hadir hari ini. Jadi beritahu pada saya bila masa yang terbaik melainkan hari itu?” kata Nizar. (TVA)

Read full story

Monday, June 15, 2009

Hidup, Hidup, Hidup Rakyat…

1 comments

Bagi Blogger Keamanan Rakyat, kami berbangga dengan tindakan Nizar dan rakan-rakan ,keberanian untuk memperjuangkan hak Rakyat Perak amat dihargai. “Hidup..hidup..hidup rakyat, bubar, bubar,bubar dun Perak” Tahniah Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin!!

Read full story

Dedah Laporan PLKN Secara Telus

0 comments

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) menyarankan agar laporan tahunan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) didedahkan kepada umum dengan penuh ketelusan dan integriti. Dalam perbahasan Rang Undang-undang PLKN (Pindaan) di Dewan Rakyat hari ini, beliau juga berharap pihak kerajaan dan badan-badan yang berkaitan merombak besar-besaran serta menangguhkan program tersebut

Beliau turut melahirkan kekesalan kerana modul baru yang diperkenalkan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mengenai kesedaran terhadap HIV dan anti dadah tidak memberikan kesan kepada pelatih PLKN. Jelasnya, sungguhpun pemahaman terhadap perkara ini perlu tetapi ia bukan dijadikan modul dalam latihan ini kerana berjuta-juta duit kerajaan dihabiskan untuk menjayakan modul tersebut tetapi kadar penagih tegar masih lagi belum dapat dikurangkan.

Read full story

10 minit Angkat Sumpah, Terus Diperintah Keluar

0 comments

KUALA LUMPUR 15 Jun – Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin diperintah keluar Dewan hanya selepas 10 minit mengangkat sumpah di Dewan Rakyat hari ini. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat arahan demikian kerana tidak berpuas hati terhadap bekas Menteri Besar Perak itu kerana dikatakan menjadi punca beberapa ahli Parlimen pembangkang memakai lilit kepala dengan perkataan 'Bubar DUN.' Turut diarah keluar ialah empat wakil rakyat pembangkang lain yang memakai lilit kepala itu.

Read full story

Saturday, June 13, 2009

Anwar: Sedia bincang dengan Najib

0 comments

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun Pakatan Rakyat sedia berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi tidak timbul langsung isu kerajaan perpaduan dengan Umno. "Tidak timbul isu kerajaan perpaduan. Isu kerajaan perpaduan tidak berbangkit sama sekali," tegas beliau dalam ucapannya di Kongres Nasional Khas PKR di Nilai hari ini. "PAS telah menjelaskan pandangan dengan sebaiknya. Kita sedia berbincang dengan syarat hentikan kezaliman, bebaskan badan kehakiman dan pastikan pilihanraya yang bebas dan adil. "Kalau ini semangat yang ada, tidak ada masalah untuk kita berbincang. Tidak timbul isu yang diwarkan-warkan, (iaitu) kerajaan perpaduan," tegas Anwar. Beliau mengulas isu kerajaan perpaduan yang diutarakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mencetuskan andaiaan bahawa parti Islam itu berniat bergabung dengan Umno. "Selepas Muktamar PAS, saya hubungi Ustaz Abdul Hadi dan berbincang panjang. Kita akan jelaskan melalui kenyataan media yang bakal keluarkan," tambahnya.

Read full story

Friday, June 12, 2009

Hadi: Tiada Muqabalah

0 comments

haji-hadi6 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan PAS tidak akan mengadakan sebarang muqabalah, atau dialog, dengan Umno sehingga parti tonggak Barisan Nasional itu patuh kepada Perlembagaan, membebaskan media dari kongkongan dan memulihkan kewibawaan institusi mahkamah. Selagi Umno terus mencabul prinsip pemisahan kuasa dan undang-undang, sebarang perbincangan adalah sia-sia, kata Hadi . Beliau menegaskan idea kemungkinan PAS-UMNO mengadakan muqabala hanya dilontarkan sebagai perbincangan dan tidak ada sebarang ketetapan yang diambil oleh parti itu. “Ia hanya satu perbincangan ilmiah. Sehingga hari ini kita tidak membuat sebarang keputusan,” kata beliau. Beliau berkata sebarang rundingan dengan UMNO akan bergantung kepada kesediaan parti itu untuk “memulihkan demokrasi negara kita,” di samping memulihkan kewibawaan Suruhanjaya Pilihanraya. “Pemisahan kuasa juga harus jelas dan media harus dibebaskan. Ini merupakan pendahuluan yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan” Barisan Nasional, kata Hadi.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur hari ini, selepas mempengerusikan mesyuarat 6 jam bersama saf pimpinan Diapit Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Penerangan baru, Idris Ahmad, Abdul Hadi bertegas Umno harus akur pada tuntutan Pakatan Rakyat untuk  melaksanakan reformasi keatas sistem negara, sekiranya parti itu ikhlas mahu memupuk perpaduan.

Klik “PLAY”  Untuk lihat Video dari TVAntara


“Saya mahu melihat kerajaan membuat perubahan terlebih dahulu. kita bincang pasal pemulihan demokrasi, itu agenda yang pertama.” tambah beliau Menyentuh permintaan pemimpin-pemimpin Pakatan supaya beliau memperjelaskan isu kerajaan perpaduan, Abdul Hadi berkata beliau akan berbuat demikian dalam perbincangan dari hati ke hati dan bebas daripada cubaan media arus tempatan untuk memutar belitkan kenyataan-kenyataannya. Tambah Hadi, isu kerajaan perpaduan BN-Pakatan ini tidak perlu diperbesarkan kerana ia tidak dibahaskan secara menyeluruh oleh PAS, mahupun pada peringkat  mesyuarat dasar Pakatan Rakyat. Hadi berkata kepimpinan PAS yang memperolehi mandat perwakilan pada muktamar minggu lalu akan memberi tumpuan penuh memperkukuhkan saf parti disamping memperkasakan pakatan rakyat.

Read full story

Thursday, June 11, 2009

Siapa Boneka UMNO?

0 comments

KOTA BAHARU 11 Jun — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai “boneka Umno”. Katanya beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, supaya semua pemimpin Pas dan pakatan pembangkang tidak lagi membuat kenyataan terbuka berhubung isu kerajaan campuran itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan ahli parti.

“Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas. “Suara sumbang dari Pas untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno,” katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini. Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, ia sebenarnya adalah ilham Umno. - Bernama

Read full story