Tuesday, June 9, 2009

Najib, Suami Dan Pemimpin Yang Penyabar


KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan para suami agar mencontohi perilaku suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan seorang bapa, suami dan pemimpin yang penyabar. Beliau berkata Najib mempunyai personaliti yang menarik daripada segi kesabaran.
"Saya tak pernah tengok orang penyabar macam dia (Najib)," katanya dalam ucapan ringkas ketika melancarkan buku 'Najib Perdana Menteri ke-6' di Wisma Pertahanan di sini hari ini.
Rosmah turut mengingatkan para suami agar tidak memarahi isteri kerana isteri juga mempunyai tanggungjawab dan mengalami tekanan.

0 comments:

Post a Comment