Wednesday, June 10, 2009

Para Suami Contohilah Najib


 KUALA LUMPUR 9 Jun - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan golongan suami supaya mencontohi kesabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak demi kebahagiaan rumah tangga.

Beliau berkata, sebagai seorang isteri, wanita dan ibu, beliau kagum dengan kesabaran yang dimiliki Perdana Menteri."Saya tidak pernah tengok orang sabar macam dia. Jadi saya harap semua suami akan ikut perangai Najib."Insya-Allah rumah tangga akan bahagia," katanya selepas melancarkan buku Najib Perdana Menteri Keenam di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Dalam ucapan ringkas yang diselang-seli dengan nada berseloroh, Rosmah memberitahu bahawa beliau adakalanya merungut dan meluahkan isi hati apabila suaminya itu berjalan laju atau ketika terlalu sibuk dengan urusan kerja.Namun katanya, Perdana Menteri tetap tenang dan tidak hilang sabar.Kata beliau, Najib sentiasa mendengar keluhan dan pandangannya tanpa sedikitpun menunjukkan sebarang emosi.

Tambah Rosmah, suami adalah tempat isteri mengadu dan meluahkan keluhan maka berilah ruang secukupnya kepada isteri.Katanya, itulah nasihat beliau kepada para suami supaya tetap memberi layanan yang baik kepada isteri mereka biarpun berdepan dengan kesibukan dan tekanan kerja.

Nota kaki: Ingat Suami-suami kena contohi sikap najib, tengok Datin seri semua dia boleh buat, najib tak halang sikit pon. Untuk Sama-sama kita renungkan

Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

0 comments:

Post a Comment