Monday, July 13, 2009

Betul ke?? PRU KE-13 dalam masa terdekat ini??


MOHD NAIB ABDUL RAZAK KUBANG PASU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini menolak andaian sesetengah pihak yang mengatakan beliau akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 dalam masa terdekat. Katanya, beliau tidak nampak keperluan mengadakan pilihan raya umum sekarang kerana mandat kerajaan yang ada masih panjang. Najib berkata, beliau ada menerima e-mel daripada seorang pemimpin pembangkang yang meramalkan beliau akan mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh terdekat berikutan sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada Barisan Nasional (BN) ketika ini.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis bersama rakyat di sini, hari ini.

 

p/s: najib bila nak turun manek urai??

0 comments:

Post a Comment