Monday, June 1, 2009

Bekas Penguatkuasa Jabatan Perhutanan,Rasuah


KUANTAN 1 Jun — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang bekas pegawai penguatkuasa Jabatan Perhutanan yang dipercayai menerima rasuah sebanyak RM11,000 daripada seorang ahli perniagaan.

Pengarah SPRM Pahang, Sutinah Sutan berkata penahanan dibuat oleh anggota SPRM cawangan Raub di Karak pada 9.30 malam, Jumaat lepas.

“Suspek dipercayai menerima rasuah bagi urusan yang berkaitan dengan pembalakan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. - Bernama

0 comments:

Post a Comment