Monday, June 1, 2009

80% Projek JKR Lewat


KUANTAN 1 Jun - Kementerian Kerja Raya mengenal pasti 80 peratus projek yang dijalankan di seluruh negara sepanjang tahun lalu mengalami kelewatan.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor menegaskan, berikutan itu,pihaknya akan memperketatkan amalan pemberian Perlanjutan Masa (EOT) supaya kadar kelewatan projek dapat dikurangkan kepada 50 peratus pada tahun ini.

Tegas beliau, amalan EOT menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung peningkatan kos dan pembaziran masa serta tenaga.

``Kadar ini adalah tinggi tetapi kelewatan projek bukan berpunca daripada JKR semata-mata sebaliknya disebabkan pelbagai faktor,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat pegawai kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini hari ini. - Utusan

0 comments:

Post a Comment