Thursday, June 11, 2009

Golongan BN Guna Harta Negara bagai Hak Sendiri


pemuda umno bkt gantangPENDANG, 11 Jun (Hrkh) - Kecenderungan pimpinan Barisan Nasional (BN) membuat penafian terhadap skandal berkaitan pengurusan kewangan negara seolah-olah mereka menganggap harta negara ini sebagai milik peribadi, demikian tempelak Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman.

Ujar beliau, isu-isu antaranya seperti pembelian kapal selam Scopene, projek Zon Bebas Pelabuhan  Klang (PKFZ), bumbung stadium runtuh di Terengganu dan lain-lain tentunya tidak dapat lari dari amalan rasuah. "Tak payah kaji, rakyat sudah tahu kerana dengan kos RM270 juta tetapi tidak sampai dua tahun dah merudum (runtuh), takkan (pembinaan itu) ikut spesifikasi?" persoalnya yang turut menegaskan bahawa biarpun pimpinan BN cenderung menafikan, akhirnya akan terbongkar juga.

Katanya, semua wang kerajaan adalah dipungut dari hasil dan cukai rakyat serta sumber negara yang perlu diagihkan untuk kepentingan umum bukannya kepada kelompok tertentu sahaja. "Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) baru ini umum berjaya kumpul beratus bilion ringgit cukai. Itu duit rakyatlah tu," tegas Hayati.

0 comments:

Post a Comment