KUALA TERENGGANU - Sebanyak lapan motosikal disita dan enam remaja ditahan kerana positif dadah jenis pil kuda dalam Operasi Cegah Lumba Haram dan Menangani Samseng Jalanan yang dijalankan sempena ambang kemerdekaan negara di sini semalam. Operasi yang membabitkan empat pegawai dan 34 anggota itu bermula pada pukul 11 malam hingga 4 pagi. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik daerah, Asisten Supritendan Mohd. Faudzi Muhamad berkata, sebanyak 380 motosikal diperiksa dalam operasi itu. "Sebanyak 146 saman telah dikeluarkan dengan 180 kesalahan dicatatkan termasuk tidak memiliki lesen memandu, insurans dan cukai jalan. "Polis turut menyita lapan motosikal dan menahan enam remaja kerana positif dadah," katanya.

Jom Sertai Komuniti FOLLOWERS Kami
Tuesday, September 1, 2009
Samseng jalanan di Kuala Terengganu semalam

Monday, June 15, 2009
Sah Bumbung Stadium Tertutup Pula Bocor
KUALA TERENGGANU: Bumbung Stadium Tertutup yang terletak bersebelahan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, dipercayai bocor terutama pada pemegang cermin setiap kali hujan lebat. Seorang pekerja pembersihan di Stadium Tertutup mendakwa tiga keping siling terjatuh secara tiba-tiba baru-baru ini, sedangkan ketika kejadian tiada hujan dan angin kuat.
"Apabila hujan pula, air masuk ke dalam stadium melalui cermin disebabkan menjadi pelapik cermin itu tidak dibuat dengan kemas. Malah apabila hujan lebat, kesan tanah dapat dilihat dengan jelas terutama di bahagian tangga," katanya ketika ditemui, kelmarin.

Tuesday, June 9, 2009
SPRM Siasat Jangan Tak Siasat
KUALA TERENGGANU: Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Wan Hisham Wan Salleh, sedia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) runtuh, 2 Jun lalu.
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi negeri itu bagaimanapun berkata, semua pihak tidak harus menuding jari dan menuduh wujud unsur penyelewengan hanya kerana projek itu dilaksanakan ketika pentadbiran bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh."Saya bersedia disiasat sekiranya hasil siasatan nanti menunjukkan insiden ini berlaku disebabkan penyelewengan membabitkan bekas Exco termasuk saya sendiri. Bagaimanapun, kita tunggu hasil siasatan dulu... kemudian baru buat rumusan.
Nota kaki: SPRM siasat janjan tak siasat, kerna ini projek besar , duit rakyat dan hak rakyat, tak kisahlah siapa yang salah atau apa penyebabnya, yang penting jangan ambil mudah dalam hal ini, sekian

Monday, June 8, 2009
Anda Nampak Apa Yang Saya Nampak Sekarang??
Gambar-gambar diatas adalah gambar-gambar sebelum Stadium Sultan Mizan di Gong Badak runtuh, Jika kita perhatikan betul-betul pada bahagian bumbung yang runtuh itu, terdapat ketidak samaan pada strukturnya. Stadium utama di kompleks sukan itu adalah yang pertama di Pantai Timur menggunakan rumput termoden dikenali sebagai “ow grass” selain menjadi stadium pertama di Asia menggunakan sistem bumbung tanpa kolum (tanpa sokongan tiang) di mana semua 134 meter bumbung dibina tanpa kolum. Antara syarikat Bumiputera tempatan yang terbabit dan bertanggungjawab dalam pembinaan stadium utama ialah Bina Struktur, Emarcom, Gerbang Mercu JV serta Konsortium Protech, AZM Engineers, Senibahri Arkitek dan MAA Associates.
Bina Struktur sejak ditubuhkan banyak terbabit dalam industri pembinaan meliputi kejuruteraan struktur dan sivil berpengalaman luas dan kini sedang mengendalikan 48 projek bernilai lebih RM141 juta.
Bina Struktur ketika ini menikmati kemudahan kredit berjumlah RM5.219 juta daripada CIMB Bank dan kemudahan kredit lain dalam membekalkan bahan bina dan mesin bernilai lebih RM50,000 hingga RM800,000 daripada 12 syarikat pembekal.
Syarikat itu juga berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam kelas G7; Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Kelas A; Kementerian Kewangan; Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Tenaga Nasional Bhd di bawah Kerja Sivil Kelas A.
Emarcon Sendirian Bhd (Emarcon) pula yang ditubuhkan pada November 1996 dan berdaftar di bawah PKK Kelas A dan D memiliki modal berbayar RM850,000 dengan pakar dalam pembinaan dan dan kejuruteraan sivil sejak 1988 di cawangan pertama yang dibuka di Kuala Lumpur. Marilah sama-sama Kita fikir-fikirkan.

Lagi Projek Barisan Nasional
KUALA TERENGGANU: Bumbung Stadium Tertutup yang terletak bersebelahan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, dipercayai bocor terutama pada pemegang cermin setiap kali hujan lebat.
Seorang pekerja pembersihan di Stadium Tertutup mendakwa tiga keping siling terjatuh secara tiba-tiba baru-baru ini, sedangkan ketika kejadian tiada hujan dan angin kuat.
"Apabila hujan pula, air masuk ke dalam stadium melalui cermin disebabkan menjadi pelapik cermin itu tidak dibuat dengan kemas. Malah apabila hujan lebat, kesan tanah dapat dilihat dengan jelas terutama di bahagian tangga," katanya ketika ditemui, kelmarin. (BH)

Saturday, June 6, 2009
Tuanku Dukacita Dengan Projek Barisan Nasional
KUALA TERENGGANU 6 Jun — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sedih dan dukacita dengan insiden runtuhan sebahagian bumbung stadium yang dinamakan sempena nama Baginda di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak dekat sini, Selasa lepas.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata Tuanku Mizan melahirkan perasaan itu ketika beliau menyampaikan sembah maklum berhubung tragedi tersebut kepada Baginda pada hari kejadian.
“Pada hari ini (semalam), saya sekali lagi menghadap Seri Paduka Baginda untuk mempersembahkan maklumat serta gambar-gambar runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. “Sudah tentu Baginda sedih dan dukacita terhadap apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai polis Terengganu dalam operasi bersepadu cegah jenayah dan samseng jalanan di sini, tengah malam tadi. - Bernama

Friday, June 5, 2009
Pusat Akuatik (MBKT) Bermasalah
Kebimbangan kerajaan negeri terhadap tahap keselamatan projek mega yang baru siap di negeri ini berasas apabila Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terenggannu (MBKT) di Batu Burok di sini telah menunjukkan tanda-tanda bermasalah.Air dari kolam renang di pusat itu dikesan meresap masuk ke lorong yang memisahkan kolam renang dengan 13 buah kedai di sisi pusat itu menyebabkan air bertakung lalu memasuki premis perniagaan itu.
Masalah itu didedahkan oleh para peniaga kedai berkenaan yang melahirkan kebimbangan keadaan akan bertambah buruk jika ia tidak ditangani dengan segera. Seorang peniaga, Siti Hajar Nadia Abdullah, 23, berkata, air mula meresap masuk ke dalam kedainya sejak sebulan lalu.
''Masalah ini tidak berlaku bila saya mula berniaga di kedai ini pada April lalu. ''Bagaimanapun, sejak bulan lalu, saya dapat lihat air dari kolam renang meresap masuk ke kedai menyebabkan air bertakung di lantai," katanya.

Wednesday, June 3, 2009
Gambar Terkini Kejadian Bumbung Runtuh

Mercu Tanda Terengganu Menyembah Bumi
Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini. Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini.
Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus. Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium yang berusia kira-kira setahun ini berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.
Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.
Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri.
Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.
Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing.
"Walaupun sudah tahun memintanya dari kontraktor asng tersebut, difahamkan mereka masih belulm menerimanya," katanya.,
Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya.

Monday, June 1, 2009
Undi Tidak Percaya Kepada Ahmad Ogos ini
Politik Terengganu bakal bergolak lagi setelah bertiup khabar angin bahawa kumpulan 18 ADUN BN Terengganu akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dalam sidang DUN Ogos ini jika kemelut politik di negeri masih gagal diselesaikan.
Bagaimanapun, menurut sumber yang rapat dengan mereka, undi tidak percaya itu merupakan jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri itu sejak lebih setahun lalu.
"Mungkin satu usul tidak percaya terhadap Datuk Ahmad akan dibuat dalam sidang dewan yang dijadualkan Ogos ini.
"Kumpulan 18 ADUN masih percaya krisis politik Terengganu akan selesai jika Ahmad meletakkan jawatan sebagai menteri besar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Namun, sumber itu berkata, ADUN BN berkenaan berharap pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein boleh menyelesaikan kemelut tersebut sebelum sidang DUN bermula.
Katanya, kemelut tersebut dianggap selesai oleh pihaknya jika menteri besar diganti. (MALAYSIAKINI.COM)
