Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat hari ini menafikan dakwaan yang disebarkan melalui internet bahawa "beliau pernah menyalahguna kuasanya dan terbabit dalam rasuah".
Dakwaan itu tersebar tidak sampai 24 jam selepas beliau diumumkan semalam sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai.
Dakwaan di internet itu menyebut Tuan Aziz hidup melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB) - jawatan yang disandangnya sebleum dilantik menjadi pengurus di Kesedar.
Lamanweb itu mendakwa ekoran Tuan Aziz gagal menjelaskan mengenai gayahidup mewah itu, maka beliau diturunkan pangkat menjadi pengurusan bahagian bersama potongan gaji dan elaun.
Beliau juga didakwa melakukan lawatan yang 'meragukan' ke luar negara serta membawa bersama pegawai-pegawai yang tidak berkaitan ke negara Asean seperti Vietnam dan Thailad untuk tujuan pemasaran.
Juga terdapat dakwaan bahawa beliau menyalahguna kuasanya dalam pemberian kontrak-kontrak KPSB dan melobi untuk pembekal baja sewaktu bertanding untuk jawatan ketua Pemuda Umno Kuala Krai.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Tuan Aziz menafikan semua tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berkata ketika menjadi ketua Pemuda Umno, beliau tidak pernah terbabit dalam operasi kilang Kesedar.
Jom Sertai Komuniti FOLLOWERS Kami
Tuesday, June 30, 2009
Calon BN Pernah Terbabit Dalam Rasuah???
Sunday, June 28, 2009
Tun M Yakin Najib Tiada Telur !!!
ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak perlu melayan pelawaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lama. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata perdebatan itu hanya akan membuang masa kerana kedua-dua pihak tidak akan mencapai persefahaman disebabkan pemikiran kedua-dua parti berbeza. "Saya ingat tak ada faedah...Nanti Nik Aziz cakap Arab, Najib cakap Inggeris dua-dua tak faham.
"Debat di Malaysia tak macam di Amerika, di Indonesia pun ada debat untuk calon Presiden.
"Ia akan buang masa saja...Jadi satu hiburan. Kita bukan lantik pemimpin untuk menghibur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Mubarak Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Pemangku Pengerusi Mubarak Kedah, Datuk Abdul Rahman Ibrahim. Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang mempelawa Najib supaya berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik Pas dan Umno yang berlarutan. Menteri Besar Kelantan itu berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno itu untuk mengadakan perdebatan berkenaan sudah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.
p/s: Umno-umno apa nak jadi, Hujah TV9 itu hari pun macam-macam alasan. TGNA ceramah pon buat repot polis, kelakar lah puak-puak UMNO ni, kalu berani lawan baliklah kata-kata TGNA tu, bukan buat repot polis, macam budak-budak je perangai, nak mengadu je tau.
Pak Lah Kembali di Media
Abdullah mahu anggota, pemimpin BN pulihkan semangat
KEPALA BATAS: Bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta anggota dan pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) supaya membina semula keyakinan dan kekuatan parti itu jika tidak mahu ia hancur. Beliau berkata mereka seharusnya tidak hilang semangat dengan kehilangan banyak kerusi dan kekalahan BN di beberapa negeri pada pilihan raya umum ke12 sebaliknya bangkit semula untuk meneruskan perjuangan membina bangsa dan negara.
Katanya tidak mudah bagi BN untuk menyatukan semua kaum di bawah satu lambang dan seharusnya usaha itu tidak dibiarkan berkubur begitu sahaja. Read more..
p/s: Akhirnya paklah kembali semula setelah sekian lama menyepi, Kenapa Tun Lan menyuarakan meminta anggota BN supaya membina semula kekuatan dan keyakinan parti?? Apakah BN sudah benar-benar sudah kehilangan keyakinan dan kejantanan?? Ternyata sekali tanggapan kita hari ini dan waktu ini, BN dah betul-betul nazak. Apa tidaknya apabila TGNA mempelawa najib untuk berdebat, lantas Tun M berkata
“perdebatan itu hanya akan membuang masa kerana kedua-dua pihak tidak akan mencapai persefahaman disebabkan pemikiran kedua-dua parti berbeza.
Saya ingat tak ada faedah...Nanti Nik Aziz cakap Arab, Najib cakap Inggeris dua-dua tak faham.”
Nik Aziz Ajak Najib Berdebat, Ada berani ke Najib???
KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempelawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lamanya. Menteri Besar Kelantan itu berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat. “Jemputan itu sengaja dibuat kerana kekecohan dalam politik hari ini, terutama antara Pas dan Umno,” katanya selepas mengimamkan solat Sunat Dhuha di pekarangan Pasar Siti Khadijah, di sini, semalam. Nik Aziz berkata, hasrat untuk perdebat itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan. Katanya perkara berlaku sekarang tidak akan selesai melalui media sebagai saluran tetapi mesti dibincangkan secara bersemuka. - Bernama
Saturday, June 27, 2009
UMNO dan KOMUNIS Sama Sahaja.
MANIK URAI, 27 Jun - "Kalau tidak mahu disamakan dengan komunis, UMNO mahu disamakan dengan apa lagi?" soal Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz berhubung tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan yang membuat laporan polis terhadapnya. Pertanyaan beliau mendapat reaksi yang pelbagai dari ribuan ponyokong PAS yang hadir pada malam itu, dengan memberikan pelbagai perumpamaan dan analogi.
Nik Abdul Aziz menjelaskan isu kenyataan beliau yang menyamakan UMNO dengan komunis dalam ucapannya pada satu ceramah di Kuala Krai 26 Jun, baru-baru ini sebelum mengumumkan calon PAS di padang bola Manek Urai Lama malam tadi. Ekoran itu, Pergerakan Pemuda Umno Kelantan yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung kenyataannya yang menyamakan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis di Balai Polis Kota Bharu kelmarin. "Sekiranya salah satu daripada ciri-ciri yang ada pada komunis iaitu tidak mempercayai agama sudah ada pada Umno, maka tidak salah menyamakan mereka dengan komunis," Tuan Guru Nik Abdul Aziz dipetik berkata. Ketika ditanya tindakan polis berikutan laporan tersebut, beliau berkata tidak takut kerana kenyataannya itu dibuat lebih berasaskan kepada kiasan terhadap sesuatu yang sesuai pada pandangannya.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, "walaupun UMNO secara keseluruhannya tidak menyerupai komunis, tetapi satu persamaan yakni mengetepikan hukum Allah sudah cukup untuk menyamakan meraka dengan komunis," ujar Menteri Besar Kelantan itu lagi. Laporan Pemuda Umno Kelantan terhadap Mursyidul Am PAS itu menuntut beliau dikenakan tindakan kerana dakwaannya dikatakan berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat.
Fauzi Abdullah, Calon PAS N41 Manek Urai
MANEK URAI LAMA, 27 Jun - Teka teki siapakah calon PAS di Manek Urai akhirnya terjawab sudah. Pengumuan tersebut disempurnakan Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz tepat jam 11.30 malam tadi, dekat sini. Pengumuman yang menamakan Bendahari PAS kawasan Kuala Krai, Fauzi Haji Abdullah itu disambut dengan perasaan penuh yakin oleh hadirin bahawa kemenangan akan berpihak kepada PAS pada pilihanraya 14 julai nanti.
Menurut pihak urusetia penerangan, Fauzi yang menjadi calon pilihan PAS itu merupakan calon pilihan rakyat tempatan, malah beliau dikatakan mendapat kepercayaan tinggi dari penduduk tempatan untuk menggalas jawatan yang ditinggalkan Paksu Wei itu. Malah, penduduk tempatan yang ditemui semuanya mengiakan kenyataan tersebut, "sememangnya calon kali ini calon pilihan dan tak patut kalah," ujar Ismail, 54 yang merupakan anak jati tempatan.
"Seperti yang dijangkakan, sememangnya nama Fauzi yang akan diumumkan malam ini," tambah sekumpulan pengundi muda ketika ditemui akhir majlis tersebut. Majlis pengisytiharaan di padang sekolah yang berhadapan markaz Unit Peti Undi (UPU) Manek Urai Lama itu dipenuhi kira-kira 40 ribu orang yang rata-ratanya penduduk tempatan. Majlis yang dipengerusikan Ustaz Baihaqi Atiqullah itu turut di hadiri pimpinan PAS Pusat, pimpinan PAS Kelantan, Exco-exco Kerajaan Negeri Kelantan, ahli-ahli parlimen PAS, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution.
Friday, June 26, 2009
Jangan Sanggup Gadaikan Maruah Kerana semata-mata idamkan Pembangunan
MANJOR, 26 Jun - Tidak sampai lagi seminggu penamaan calon, pelbagai lambakan pembangunan sudah dapat dilihat sepanjang kiri kanan jalan di Manek Urai. Pembangunan yang selama ini dijanjikan kerajaan BN seolah-olah hanya dilihat dapat dilihat apabila berlakunya piliharaya sahaja. "Janganlah semata-mata idamkan pembangunan yang dijanjikan BN, kita sanggup gadaikan maruah, negara dan agama hanya dengan nilai RM50," kata Nik Amar Nik Abdullah semasa dalam ucapannya di sini semalam.
Beliau menafikan bahawa PAS dengan Umno bukan bergaduh kerana batang tubuh parti, tetapi sebaliknya kerana dasar perjuangan yang berbeza. "Kita ajak sokong PAS kerana kita nak jalankan Islam, kerana setiap apa yang kita perjuangan akan dinilai oleh Allah," tambahnya pada hadirin yang rata-ratanya penduduk tempatan. Tidak menolak soal pembangunan sebagai perkara yang penting dalam memajukan sesebuah negeri, beliau menambah ianya juga bukan perkara utama yang perlu ditekankan.
"Soal pembangunan menjadi perkara yang kedua, perkara utama yang perlu ditekankan ialah soal agama," ujarnya menerangkan sambil mengingatkan janji-janji kosong pembangunan dari kerajaan BN. Nik Amar Nik dalam ucapannya menekankan persoalan kenapa perlu rakyat menyokong PAS, bukan kerana menolak atau tidak mementingkan pembangunan tetapi PAS lebih mementingkan soal agama. Turut menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya mengurus dan mentadbir negeri dengan baik, beliau menolak dakwaan BN yang sering mengatakan kononnya PAS tidak pandai mentadbir urus negeri.
"Sekitar bandar Kuala Krai tetap membangun dengan pesat, lebih-lebih lagi di pusat bandar Kota Bharu," ujarnya menyelar dakwaan beberapa pimpinan BN. Turut hadir dalam majlis tersebut Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Adun Selising, Drs Saiful Bahrin Mohamed.
PAS Isytihar Calonnya Malam Ini.
Kota Bharu - PAS Kelantan akan mengisytiharkan calonnya yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kuala Krai dalam ceramah perdana yang akan diadakan di Markas PAS Peti Undi Manek Urai Lama malam ini.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat dijangka akan mengumumkan calon PAS tersebut dalam satu ceramah yang akan dihadiri oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, pemimpin DAP, YB Lim Kit Siang dan Pengarah Strategi PKR, Sdr Saifudin Nasution.
Langkah PAS mengisytiharkan calon di Peti Undi Manek Urai Lama dilihat sebagai satu strategi untuk menguatkan kedudukan PAS di peti undi tersebut dan juga peti undi Manek Urai Baru yang dimenangi dengan majoriti kecil dalam pilihan raya umum lalu.
Thursday, June 25, 2009
Jean Todt dibayar RM900,000, diberi tanah di Terengganu.
Kementerian Pelancongan hari ini enggan menjelaskan kepada Parlimen kenapa Jean Todt iaitu tunang pelakon terkenal Michelle Yeoh diberikan kontrak lumayan RM900,000. Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata alasan bahawa bayaran itu untuk khidmat Todt menarik rakyat asing menetap di sini di bawah kempen “Malaysia- rumah kedua ku” tidak masuk akal (TVANTARA)
KLIK “PLAY” untuk lihat video dari TVAntara
SPRM perhalusi siasatan kes rasuah Ali Rustam
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang memperhalusi hasil siasatan dakwaan rasuah dalam pencalonan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk jawatan Timbalan Presiden Umno pada Mac lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata SPRM melakukan dua siasatan terhadap pihak tertentu yang dikatakan terbabit memberi rasuah bagi mencalonkan Mohd Ali sebagai Timbalan Presiden Umno pada satu mesyuarat Umno bahagian November, tahun lalu. "Kedua-dua siasatan sudah selesai dan kertas siasatan dikemukakan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM untuk keputusan serta arahan lanjut," katanya.
Wednesday, June 24, 2009
Khairi Masuk Kampung
KUALA KRAI: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan mengetuai jentera Pemuda Umno bagi program Pemuda Masuk Kampung di Manik Urai selama tiga hari bermula Khamis ini. Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata program yang akan turut dihadiri semua Exco Pemuda Umno Pusat termasuk Ketua dan Naib Pemuda setiap negeri itu bertujuan mendekatkan golongan muda di Manik Urai dengan Umno.
“Pelbagai program sarat diatur terutama untuk bertemu golongan muda seperti mengadakan program anak angkat, sukan persahabatan dan bengkel membaiki motosikal,” katanya kepada Bernama selepas majlis bertemu penduduk di sini, malam tadi. Mohamad Zaidan berkata selain itu jentera Pemuda itu juga akan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah untuk bertemu penduduk bagi mendengar segala permasalahan mereka.
Penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai itu akan diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian pada 14 Julai. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas. / Bernama
Pelbagai program sarat diatur terutama untuk bertemu golongan muda seperti mengadakan program anak angkat, sukan persahabatan dan bengkel membaiki motosikal
p/s: Masuk kampung orang jangan lupa jaga sikit adat dan tatasusila, kepada tuan rumah yang menjadi ibu dan bapa angkat pada pemuda-pemuda biru ini ,kasi pekena mereka dengan budu, petai jeruk, ikan singgang.
Kecewa UG Ditolak- Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR 23 Jun – Ahli Akademik dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu kecewa dan kesal apabila kerajaan perpaduan yang dicadangkan demi perpaduan orang Melayu akhirnya terkubur begitu sahaja.
Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perasaan orang Melayu seolah-olah dipermain-mainkan apabila pakatan pembangkang menolak cadangan itu. “Kita teruja dan gembira sebelum ini kerana sudah nampak ada usaha perpaduan antara orang Melayu dan umat Islam apabila timbulnya cadangan ini terutama kerjasama antara UMNO dan Pas.
“Tetapi akhirnya ia jadi begini. Perasaan orang Melayu seolah-olah terus dipermainkan demi kepentingan politik pembangkang semata-mata,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau diminta mengulas cadangan Pas sebelum ini bagi mewujudkan kerajaan perpaduan bersama UMNO demi kesejahteraan orang Melayu dan umat Islam, tetapi ditolak pakatan pembangkang semalam.
Kerajaan BN Perlu Tegas Dalam Pengurusan Visa
Peningkatan mendadak kemasukan warga Afrika ke Malaysia semakin ketara sejak kebelakangan ini. Malah senario itu turut mengundang kebimbangan di kalangan rakyat kerana khuatir ia akan memberi kesan buruk kepada masalah sosial dan juga peningkatan kes jenayah di Malaysia. Walaupun menyedari ia juga memberi kesan positif kepada ekonomi, tetapi rata-rata penduduk tempatan mahu kerajaan mengambil langkah berhati-hati agar ia tidak mendatangkan kesulitan di kemudian hari.
Kesan daripada limpahan pendatang dari Indonesia dan Bangladesh wajar diambil iktibar serta pengajaran oleh kerajaan agar Malaysia tidak menjadi sarang jenayah warga asing. Visa Malaysia yang mudah diperoleh merupakan punca lambakan warga Afrika di negara ini termasuk yang terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah.
Perkara itu diakui sendiri oleh warga Afrika yang ditemui Utusan Malaysia bahawa mereka tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan visa untuk masuk ke negara ini. Sama ada visa untuk bekerja, belajar atau melancong mereka boleh memperolehinya tanpa sebarang masalah. Malah Malaysia menjadi destinasi pilihan kerana kepesatan pembangunannya yang menyediakan banyak peluang ekonomi dan pekerjaan termasuk kepada warga asing.
Tuesday, June 23, 2009
Khairy Kepala Masuk Kampung
KUALA KRAI: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, akan mengetuai jentera Pemuda Umno bagi program Pemuda Masuk Kampung di Manek Urai selama tiga hari bermula Khamis ini.
Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan, Mohamad Zaidan Abdul Rahim, berkata program yang akan turut dihadiri semua Exco Pemuda Umno Pusat termasuk Ketua dan Naib Pemuda setiap negeri itu bertujuan mendekatkan golongan muda di Manek Urai dengan Umno. "Pelbagai program sarat diatur terutama untuk bertemu golongan muda seperti mengadakan program anak angkat, sukan persahabatan dan bengkel membaiki motosikal," katanya kepada Bernama selepas majlis bertemu penduduk di sini, malam tadi. Mohamad Zaidan berkata, selain itu jentera Pemuda itu juga akan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah untuk bertemu penduduk bagi mendengar segala permasalahan mereka.
Tiada Lagi Isu Kerajaan Perpaduan
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.
Monday, June 22, 2009
Kemelut Kemiskinan Di Malaysia
Masalah kemiskinan masih terus menghantui rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman, meskiupun kerajaan telah melancarkan program membasmi kemiskinan sejak 30 tahun lalu. Kemiskinan di kalangan bumiputera pula dilihat amat ketara berbanding kaum lain termasuk jurang pendapatan kaum Melayu yang amat tinggi berbanding kaum Cina di negara ini.Di Sabah dan Sarawak, isu kemiskinan sering menjadi bualan, malah laporan mengenai kedhaifan rakyat di negeri itu sering dipaparkan dalam media elektronik mutakhir ini. Tambahan pula mutakhir ini ahli Parlimen dari dua negeri itu sering membangkitkan persoalan mengenai jurang kemiskinan di negeri mereka yang amat ketara berbanding negeri di Semenanjung Malaysia.
Namun begitu, media turut memomokan isu kemiskinan tegar dengan kerajaan Kelantan sejak negeri Cik Siti Wan Kembang itu diperintah PAS pada tahun 1990, dan sejak itu media Umno/BN meyekat peruntukan pusat ke negeri tersebut. Akibatnya, kerajaan Kelantan terpaksa merangkak untuk membangunkan negeri yang telah dipunahkan kewangannya oleh pentadbiran Umno/BN sebelum ini.
Begitupun berkat kesabaran dan ketekunan pimpinan PAS Kelantan yang dikepalai Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kelantan kini membangun malah kuasa membeli rakyat Kelantan meningkat berbanding negeri lain. Sebagi contoh, bagi tahun lalu pasaraya Tecso di Kelantan mencatat kuasa beli kedua tertinggi dengan kutipan lebih RM1 juta sehari selepas Tesco di Selangor ditempat pertama.
Membicarakan isu kemiskinan di Sabah pula, lebih kurang 30 tahun (1970an) yang lalu, Sabah adalah negeri terkaya di Malaysia selepas Selangor. Tetapi selepas tahun 1990an, Sabah adalah negeri yang sangat baik untuk dijadikan contoh-contoh kawasan yang miskin yang �setanding� dengan negara yang baru selesai daripada perang saudara. Isu tekanan 'diskrimiansi' kerajaan pusat yang menyebabkan kemiskinan antara Sabah dan Kelantan turut dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat pada 17 Jun 2009 dalam perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri pindaan 2008. Rata-rata ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah pembentangan rang undang-undang LHDN ini memandangkan ia tidak membincangkan persoalan memperkasakan LHDN dan penyaluran hasil cukai kepada rakyat bagi mengatasi kemelut kemiskinan di beberapa buah negeri. (harakah)
Saturday, June 20, 2009
Jangan Jadi Gila Kuasa
Isu Kerajaan Perpaduan semakin hari semakin heboh diperkatakan. Dan kini ia menjadi lebih sensasi dengan tajaan dari media-media pro UMNO/BN. Sebelum ini aku mengambil sikap berdiam diri kerana ingin melihat samada isu ini akan reda seperti hangat-hangat tahi ayam.
Namun tekaan aku meleset sama sekali. Makin berdiam makin menjadi-jadi pula. Sebenarnya kita perlu lihat isu ini dari dua aspek. Yang pertama aspek mainan UMNO/BN untuk memecahbelahkan PAS dan Pakatan Rakyat. Kedua aspek yang kompleks iaitu penerangan ikhlas pemimpin-pemimpin PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz, seluruh dewan PAS dan ahli-ahli. Yang menjadi punca kepada masalah ini ialah sikap berdiam diri untuk bersemuka dengan Tuan Guru Nik Aziz.
Aku pernah terbaca yang isu kerajaan perpaduan ini sebenarnya bukannya kerjasama Umno dan PAS untuk membentuk kerajaan. Presiden dan kepimpinan PAS ada menyatakan komitmen untuk memperkasakan Pakatan Rakyat dan tidak akan ada kerjasama dengan Umno. Jadi jika benar teori ini maka UMNO/BN lah yang menjadikan isu ini sebagai propaganda mereka untuk melemahkan PAS. Wallahualam.
Aku ingatkan kepada Presiden, Timbalan Presiden dan SU PAS supaya kenali sejarah dan matlamat PAS ditubuhkan. Bagaimanakah rasanya luka yang berparut jika aku ulangkan kembali sejarah yang PAS pernah menyertai UMNO dan akhirnya ditendang keluar. PAS pernah membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) namun Semangat 46 dengan selesanya meninggalkan PAS kerana gilanya kuasa Menteri. Wahai pemimpin-pemimpin PAS, sedarlah niat kita menyertai Pakatan Rakyat adalah untuk menumbangkan kezaliman UMNO/BN di bumi Malaysia. Bukan beerti PAS menggadai prinsip agama kerana bekerjasama dengan DAP. Dalam satu blog pro UMNO lantang mengutuk Tuan Guru Nik Aziz kerana bersetuju bekerjasama dengan DAP tetapi tidak mahu bekerjasama dengan UMNO. Blogger yang menulis dalam blog itu sebenarnya buta sejarah. Aku dah sebut tadi PAS pernah bekerjasama dengan UMNO tetapi apa hasilnya yang PAS dapat? Jadi PAS lebih rela bekerjasama dengan DAP dan PKR untuk membentuk kerajaan rakyat kerana berasakan DAP dan PKR lebih realistik dan ikhlas daripada UMNO.
Sedarlah wahai pemimpin-pemimpin PAS yang dalam senyap-senyap membuat perjanjian dengan UMNO untuk membentuk kerajaan perpaduan. Pemimpin-pemimpin yang gilakan kuasa ini tidak akan diterima rakyat. Kerana tergila-gilakan TPM2, Menteri Besar dan menteri kabinet ada yang sanggup menggadai maruah diri dan parti. Sebab itu aku katakan Kerajaan Perpaduan itu mengarut.
Rupanya ada pemimpin yang tidak sehebat Mat Sabu hidup dan mati dengan PAS insyaAllah. Namun pemimpin ini tidak dilantik dalam Majlis Tertinggi. Yang dilantik ialah kroni yang sekepala ingin menubuhkan kerajaan perpaduan. Biar Perak jatuh kepada UMNO asalkan PAS merampas kerusi MB Selangor dengan menganiaya PKR. Biar TPM2 milik PAS yang hanya menjaga institusi keagamaan. Tuan Guru Hj. Hadi seronok ke portfolio tersebut?
PRU yang lepas bukanlah kemuncak kepada kemarahan rakyat kepada UMNO/BN. PRU yang lepas bukannya beerti PAS telah kuat dari segenap sudut walaupun menang di Kelantan dan Kedah dan MB Pakatan Perak orang PAS. Rupa-rupanya ada pemimpin-pemimpin PAS yang tidak percaya kepada janji DS Anwar untuk membentuk kerajaan.
DS Anwar tidak hairan jika PAS ingin keluar dari Pakatan kerana beliau tidak tergesa-gesa membentuk kerajaan. Beliau pernah menjadi TPM dahulu dan itu adalah sejarah. Namun Tuan Guru Hj. Hadi belum pernah memegang jawatan itu. Mungkin hendak rasa kerusi itu sebelum tutup mata. Sepatutnya Tuan Guru Hj. Hadi memperkukuhkan PAS dengan Pakatan Rakyat bukan hendak memecahbelahkannya.
Setelah lebih 50 tahun usia PAS dalam politik Malaysia sepatutnya pemimpin-pemimpin PAS telah matang sematang usia PAS. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis UMNO kerana UMNO kini sudah tidak diterima rakyat. Jadi UMNO ingin kukuhkan parti mereka dengan menarik seramai mungkin ahli PKR yang tidak berpuas hati masuk parti mereka. Inilah yang dikatakan bijaknya putar belit Najib Mongolia. Tidak ingatkan apa yang telah UMNO lakukan di Perak? Tidakkah pemimpin-pemimpin PAS ini sedar?
PAS pula akan gunakan alasan kes liwat DS Anwar dan DAP yang keras menentang hudud untuk menyertai UMNO. Tidak terfikirkah yang UMNO pun bergabung dengan MCA dan MIC dan segala parti di Sabah dan Sarawak yang bukan dari parti Islam. UMNO akan menggunakan perpaduan untuk mengembalikan Ketuanan Melayu walaupun MB UMNO Perak Zambry diragui kemelayuannya.
Tuan Guru Nik Aziz sahaja yang tidak sanggup melacurkan maruah demi mengejar kuasa. Bagi Tuan Guru Nik Aziz, sifat-sifat terpuji di dalam Islam itu lebih bermakna dari mengembalikan Ketuanan Melayu.
(Artikel sumbangan: http://www.anakcucunabiadam.blogspot.com/)
Mari Derma DADAH!!!
MUAR 20 Jun -Hanya kerana tersilap cetak satu huruf , kain rentang ini menjadi tanda tanya dan bahan gurauan orang ramai yang melalui bulatan Jalan Bakri, Muar, pagi ini. Niat murni kempen menderma darah yang diadakan di sebuah sekolah bertukar makna apabila perkataan 'darah' tersilap cetak menjadi 'dadah'. - Foto Shahrul M Zain
p/s: Yang pelik kain rentang ini ada kelulusan Majlis Daerah tu, Hahaha..memang lawak abis,
Demontrasi Kerajaan Perpaduan Polis Mendahului
KUALA LUMPUR 18Jun-Perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut penuh dengan anggota polis ekoran berita angin satu demonstrasi akan diadakan untuk membantah kerajaan perpaduan. Demostrasi itu dikatakan akan diadakan sebaik sahaja selesai solat Jumaat hari ini, namun sehingga kini tidak ada sebarang kelibat demonstrasi itu. Polis yang berpakaian seragam dan preman memenuhi kedai-kedai dan perkarangan kedai di depan pejabat PAS itu. Turut serta adalah beberapa wartawan dan jurugambar. (siasahdaily)
Nasharudin Betul-Betul Hilang
KUALA LUMPUR 19 Jun - Kehilangan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang menimbulkan kontroversi dalam isu kerajaan perpaduan bersama UMNO terus menjadi misteri. Anak kelahiran Negeri Sembilan berusia 47 tahun itu gagal dikesan malah rumahnya di Bukit Mahkota di sini terkunci rapat tanpa penghuni ketika dikunjungi Utusan Malaysia.
Keputusan Nasharudin menyokong idea Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kerajaan perpaduan mendapat tentangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan Ahli Parlimen Bachok itu sebagai 'sampah' dalam parti. Nik Abdul Aziz dilaporkan turut menyarankan agar Nasharudin keluar parti dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu didakwa lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli Pas.
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam reaksinya terhadap saranan Abdul Hadi menyatakan kesediaan untuk mengadakan pertemuan dengan Pas bagi membincangkan penubuhan kerajaan perpaduan. Najib percaya sesuatu perkara yang baik seperti cadangan penubuhan kerajaan perpaduan bukan sahaja harus malah boleh disifatkan sesuatu yang wajib untuk dilakukan.
p/s: barangkali sudah dikurung oleh umno??
Friday, June 19, 2009
SPRM tahan bekas YDP majlis daerah di Melaka
KUALA LUMPUR: Seorang bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah di Melaka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka pada Rabu lalu atas dakwaan menerima rasuah berjumlah RM10,000 pada November 2003. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya berkata wang tersebut adalah bagi menghapuskan denda lewat menyiapkan projek membina medan selera di Merlimau, Melaka. Bagaimanapun lelaki itu dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Sementara itu, seorang peniaga ditahan kelmarin atas dakwaan menerima wang suapan berjumlah RM25,000 pada Mac 2003 dan sebanyak RM10,000 lagi pada Oktober 2003 sebagai upah menolong mendapatkan tender membina medan selera di Merlimau daripada Majlis Daerah Jasin. Peniaga berusia 51 tahun itu dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. - Bernama
Undi BN boleh masuk syurga
KUALA KRAI 19 Jun — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.
Timbalan Presiden UMNO berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.
“Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (Pas) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat),” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini hari ini. - Bernama
“Idris Cap Ayam” Pembawa Masalah Kepada Rakyat
KUALA TERENGGANU, 18 Jun:Malang datang bertimpa-timpa kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. Yang terbaru, beliau disifatkan "Idris cap ayam" selepas beberapa projeknya terus-terusan memberikan masalah kepada Umno Terengganu sendiri. Ia bermula dengan robohnya bumbung Sekolah Menengah Wakaf Tapai April 2008 lalu dan kemudiannya bumbung Stadium Sultan Mizan baru-baru ini.
Kolam renang yang menjadi pusat sukan akuatik di Batu Burok juga didakwa bocor oleh peniaga sekelilingnya apabila air tidak berhenti-henti membasahi kawasan perniagaan mereka yang terletak dikawasan kolam renang itu.
Ketiga-tiga projek ini dikaitkan dengan projek Wang Ehsan yang diuruskan kerajaan negeri dibawah Idris sebelum ini. Kini Idris berdepan dengan tuduhan bahawa beliaulah sebenarnya di belakang bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Ramzi Ahmad Zuber yang kini sedang menghadapi tuduhan kes jenayah di mahkamah ekoran SMS ugutan kepada tiga Adun Umno. Ramzi dituduh membuat ugutan bunuh kepada ketiga-tiga mereka di samping membuat fitnah kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu sekarang, Datuk Ahmad Said.
Dakwaan ini dikemukakan kepada Ramzi ekoran tiga Adun BN termasuk Datuk Rosol Wahid, menerima satu SMS ugutan terhadap nyawa mereka dari telefon bimbit yang nombornya dimiliki oleh Ketua Setiausaha Sulit MB Terengganu.
Selepas menerima SMS itu, Ramzi telah menemani mereka membuat laporan polis. Ekoran SMS ini juga, ketiga-tiganya membuat sidang akhbar dan mengajak Adun BN Terengganu memboikot sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang sepatutnya berjalan hari itu.
Ekoran itu, 14 Adun BN memboikot sidang Dun Terengganu yang gambarnya telah disiarkan di muka depan hampir semua akhbar. Ia telah memalukan kerajaan negeri Terengganu pimpinan Ahmad Said dan beliau telah dipanggil menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin di Kuala Lumpur.
Namun, selepas disiasat polis, didapati Ramzi didakwa orang yang sebenarnya menghantar SMS tersebut menggunakan komputer dan meletakkan Ketua Setiausaha Sulit MB sebagai sender (penghantar). Ekoran itu, terbukti bukan pegawai Ahmad Said yang menghantar mesej ugutan tetapi dari kem Idris Jusoh sendiri apabila tertangkapnya Ramzi.
Tindakan Ramzi ini disifatkan sebagai usaha kem Idris untuk memalukan Ahmad Said dan seterusnya memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai MB Terengganu. Kini, bukan Ahmad Said yang malu tetapi Idris sudah digelar 'cap ayam' kerana ungkapan itulah yang selalu digunakan Idris semasa menjadi Menteri Besar dahulu terhadap apa-apa sahaja yang berkualiti rendah. (siasahdaily)
Janji Pembangunan Tapi Rumah YB yang membangun
KOTA BHARU, 18 Jun: Umno kini kontang isu hendak diketengahkan di Dun Manek Urai memandangkan penduduk tempatan di situ mulai muak dengan agenda pembangunan yang sering diulang tayang. Rakyat di Dun terbabit tahu sepanjang empat tahun diterajui BN pada penggal lalu pembangunan yang dicanang tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya baru penggal menang, bekas Adun Manek Urai, Zulkifli Omar sudah mampu membina banglow besar yang lengkap dengan dewan dan pejabat di tapak seluas kira-kira dua ekar di cabang tiga Sungai Sok (gambar).
Begitu juga bekas Adun Dabong, Datuk Ramzi Abdul Rahman membina mahligai di pucak bukit di Jelawang, biar pun sepenggal menjadi wakil rakyat. Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, itu belum lagi diambil kira dengan banyak projek terbengkalai yang telah dirasmikan menteri sebelum ini. “Pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua sehingga kini mungkin hanya berjalan 10 peratus, sedangkan bekas Perdana Menteri telah melakukan upacara pecah tanah lebih dua tahun lalu.
“Begitu juga dengan projek jalan raya Kuala Krai – Kota Bharu yang diuar-uarkan menjelang pilihan raya umum lalu gagal menjadi kenyataan sehingga kini,” katanya di sini. Beliau berkata, sekarang pemimpin Umno datang untuk berbudi pula dengan penduduk di Manek Urai dengan menabur lagi janji-janji pembangunan. Kata beliau sekiranya Umno bersungguh-sungguh mahu melaksanakan projek pembangunan di Manek Urai, agenda itu sudah lama dilakukan memandangkan kedudukan Dun tersebut di bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar). Namun katanya, apa yang dilakukan Kesedar sekadar melepas batuk di tangga.
Oleh itu beliau yang juga anggota parlimen Rantau Panjang menasihatkan penduduk Manek Urai menganggap segala janji pemimpin Umno sebagai ‘gula gula politik’ menjelang pilihan raya. “Pengundi di Manek Urai tentunya tidak lupa pesanan Tok Guru iaitu ‘beri gula kacau, beri kain pakai, bila mengundi pangkah bulan,” ujarnya. Beliau turut mengingatkan pengundi supaya berhati-hati dengan taktik kotor Umno yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai kemenangan. (siasahdaily)
Thursday, June 18, 2009
Hishamuddin “bohong besar”
Tindakan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein membela tindakan polis menceroboh Dewan Undangan Negeri Perak dan mengkasari speaker serta Adun Pakatan Rakyat 7 Mei lalu adalah “pembohongan besar”, kata Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat itu berkata hakikat ialah polis bertindak zalim terhadap Speaker V.Sivakumar dan adun-adun Pakatan atas arahan Barisan Nasional. ‘Pencerobohan polis ke dalam DUN Perak secara sesuka hati dan membawa senjata api yang dilarang ke dalam dewan bagi menarik keluar speaker secara paksa adalah tindakan provokasi yang mencetuskan lebih banyak kekecohan’, kata beliau kepada TVAntara.
Menurut Nizar, Hishammudin dilihat cuba memutar-belitkan hal sebenar. Rakaman video, menurut Nizar membuktikan kejadian sebenar berlaku. Sehubungan itu beliau turut menempelak Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hasan kerana enggan bertangunggjawab di atas perlakuan liar anggota polis pada siding DUN itu. ‘ Ketua Polis Negara perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan ini dan perlu meletakkan jawatan kerana anggota di bawah bidang kuasa beliau melanggar undang-undang dengan mengasari mereka yang tidak bersalah’. Nizar percaya tindakan polis adalah dirancang dengan teliti kerana beratus-ratus orang anggota polis telah ditugaskan berkawal diluar dewan ketika sesi DUN berlangsung.
Pendapat beliau turut disokong Pengerusi DAP Perak,Datuk Ngeh Koo Ham yang berkata begitu ramai anggota polis merempuh masuk ke dewan walaupun tiada sebarang percakaran fizikal antara ahli dewan negeri ketika itu. ‘Sebelum mereka masuk hanya berlaku bantahan oral dari ADUN Pakatan Rakyat tetapi polis telah bertindak atas arahan speaker Barisan Nasional yang tidak sah untuk enggunakan kekerasan ke atas Sivakumar’. Ngeh kecewa dengan Hishamudin kerana “individu yang sepatutunya mendukung prinsip-prinsip keadilan sebagai Menteri Dalam Negeri meilih untuk melakukan pembohongan di Parlimen.” (TVA)
Jangan Letak Calon Jika Mahu Kerajaan Perpaduan
KOTA BHARU 17 Jun - Pas Kelantan meminta UMNO tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai 14 Julai ini sekiranya benar-benar serius dengan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan. Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dalam nada sinis berkata, UMNO tidak akan 'bergaduh' dengan Pas dalam pilihan raya kecil itu sekiranya mereka benar-benar mendokong cadangan tersebut.
"Saya yakin UMNO tidak akan letak calon sebab mereka sekarang beria-ia untuk wujudkan kerajaan perpaduan, tidak mungkin kita bercakap tentang kerajaan perpaduan, selepas itu kita bergaduh dan bertumbuk pula," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Wednesday, June 17, 2009
Syarat Hashim Suboh Sertai Pembangkang
Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau akan hanya menyertai pembangkang jika optimis mereka dapat membentuk kerajaan baru di negeri itu. Katanya, beliau tidak mahu menyertai pembangkang sekadar mahu menjadi pengkritik kerajaan sedia ada sekarang. “Ketika ini saya masih melihat gelombang tidak puas hati terhadap Umno negeri yang berlaku di peringkat akar umbi. “Saya hendak tengok gelombang ini berterusan, tetapi saya cukup yakin sokongan kepada saya cukup kuat.
“Ketika ini saya menunggu dahulu, sampai masa saya akan pergi juga,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan politik Umno Perlis sekarang. Hashim mendakwa, di bahagian Kangar, Menteri Besar, Md Isa Sabu yang juga ketua bahagian berkenaan, hanya mempunyai kira-kira 55 peratus sokongan ahli Umno bahagian tersebut. “Manakala 45 peratus lagi menyokong saya. Jika saya ada kuasa, saya mampu memberi sumbangan yang lebih besar daripada orang yang sedang berkuasa atau orang yang pernah memegang kuasa,” tanya.
Menurutnya lagi, setakat ini tidak ada pihak di kalangan ahli Umno yang mencerca hasratnya untuk menyertai pembangkang. Hashim berkata, beliau sudah hilang keyakinan kepada sistem dalam Umno terutama di Perlis. Di samping itu, katanya, beliau juga sedang menekuni reaksi ahli-ahli Umno di peringkat bawahan. (suarakeadilan)
Isu Perak Suruhanjaya Di-Raja Harus Ditubuhkan
Suruhanjaya Siasatan Di-Raja harus ditubuhkan untuk menyiasat rampasan kuasa di perak, terutama sekali mengenalpasti dalang perbuatan itu yang mengheret perak ke krisis perlembagaan yang paling buruk dalam sejarah negeri itu. Ikuti Video temuramah wartawan daripada TVAntara
Klik “PLAY” untuk Lihat Video
PAS Tiada Rundingan Dengan Umno Tanpa PKR, DAP
PAS tidak akan menyertai sebarang rundingan mengenai kerajaan perpaduan dengan UMNO, jika Parti Keadilan Rakyat dan DAP tidak dijemput bersama, kata Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali. “Presiden UMNO Najib Razak bercakap tentang (kerajaan perpaduan), maka tidak boleh bercakap dengan PAS (sahaja), tetapi mesti bersedia untuk bercakap dengan PKR dan DAP. Jika beliau tidak bersedia, PAS pun tidak bersedia untuk berbincang dengan beliau,” kata Mustafa. Kenyataan PAS ini sekali lagi mencerminkan iltizam PAS untuk terus dengan Pakatan Rakyat, khususnya dalam berdepan dalam UMNO- Barisan Nasional dalam sebarang isu. Lebih menyakinkan kali ini ialah kenyataan itu dibuat oleh Datuk Mustafa, sekutu kuat Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang melontarkan idea bermuqabala dengan UMNO dan menimbang kemungkinan menubuhan kerajaan perpaduan.
Mustafa mengumumkan pendirian PAS itu pada sidang media khas bagi menjawab kenyataan Najib kononnya beliau percaya parti Islam itu ikhlas untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan. Menurut Mustafa, sepanjang rekod PAS dalam politik, ia sentiasa menghormati perjanjian kerana ia merupakan salah satu dasar perjuangan parti tersebut. “PAS bersama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. (Jadi) PAS tidak akan mengkhianati kawan-kawan. PAS tak akan tinggal Pakatan Rakyat, tidak akan khianati rakan-rakan kita,” tegas Mustafa. Bagaimanapun, kata Mustafa, perbincangan berhubung isu-isu tertentu yang melibatkan kepentingan negara, diteruskan walaupun tidak disertai oleh PKR dan DAP.
Katanya, ini kerana setiap parti mempunyai pendirian masing-masing berhubung sesuatu isu yang timbul. Beliau memberi contoh berhubung cadangan membawa pulang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dan isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) “PKR dan DAP bersetuju (bawa Chin Peng pulang) tetapi PAS tak setuju. Isu Sekolah Agama Rakyat, takkan nak bincang dengan DAP dan PKR, maka bincanglah dengan PAS,” kata Mustafa. Beliau juga menjelaskan penglibatan PAS dalam perbincangan kerajaan dalam Majlis Pembangunan Ekonomi Negera pada tahun 1989-1990. “Ketika itu, pada zaman (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Saya mewakili PAS bersama beberapa orang lagi. Kita berbincang, tidak bererti kita bersama dengan Umno,” katanya. (suara Keadilan)
Kelantan Tuntut Royalti Minyak RM1 Bilion
Kerajaan negeri Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini bersetuju supaya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu. Katanya, menurut laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion, lapor Bernama. Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco hari ini, Husam berkata, Kelantan mula menjadi negeri pengeluar minyak sejak 2004 dan sepatutnya mendapat royalti sepertimana negeri pengeluar minyak yang lain iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu.
Telaga minyak dan gas Kelantan (Blok A18, Blok B17 & C19, PM3, Sub-Blok Ular
PM301 & PM302, PM303, PM311 & 312)
Menurutnya, adalah satu perkara yang sangat memalukan jika kerajaan pusat tidak dapat membayar wang royalti itu lebih-lebih lagi kerajaan pusat kini memperkenalkan konsep 1Malaysia, yang mengutamakan rakyat. Sementara itu, di Kuala Lumpur, ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata pakatan pembangkang akan memainkan isu royalti minyak itu dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai. "Sekiranya negeri-negeri yang lain ini mendapat royalti petroleum, mengapa tidak Kelantan...sekiranya Najib benar-benar ikhlas, saya cadangkan beliau membayar kembali royalti petroleum hak Kelantan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Nasharuddin Digesa Keluar PAS
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.
"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat. "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. "Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini. Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.
enyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."
Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata: "Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. "(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas. "Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno." Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008. Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka."Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya. Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri."Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya. (malaysiakini)