Wednesday, June 24, 2009

Kerajaan BN Perlu Tegas Dalam Pengurusan Visa


dn_19.1 Peningkatan mendadak kemasukan warga Afrika ke Malaysia semakin ketara sejak kebelakangan ini. Malah senario itu turut mengundang kebimbangan di kalangan rakyat kerana khuatir ia akan memberi kesan buruk kepada masalah sosial dan juga peningkatan kes jenayah di Malaysia. Walaupun menyedari ia juga memberi kesan positif kepada ekonomi, tetapi rata-rata penduduk tempatan mahu kerajaan mengambil langkah berhati-hati agar ia tidak mendatangkan kesulitan di kemudian hari.

Kesan daripada limpahan pendatang dari Indonesia dan Bangladesh wajar diambil iktibar serta pengajaran oleh kerajaan agar Malaysia tidak menjadi sarang jenayah warga asing. Visa Malaysia yang mudah diperoleh merupakan punca lambakan warga Afrika di negara ini termasuk yang terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah.

Perkara itu diakui sendiri oleh warga Afrika yang ditemui Utusan Malaysia bahawa mereka tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan visa untuk masuk ke negara ini. Sama ada visa untuk bekerja, belajar atau melancong mereka boleh memperolehinya tanpa sebarang masalah. Malah Malaysia menjadi destinasi pilihan kerana kepesatan pembangunannya yang menyediakan banyak peluang ekonomi dan pekerjaan termasuk kepada warga asing.

0 comments:

Post a Comment