Showing posts with label nizar. Show all posts
Showing posts with label nizar. Show all posts

Thursday, June 18, 2009

Hishamuddin “bohong besar”

0 comments

Tindakan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein membela tindakan polis menceroboh Dewan Undangan Negeri Perak dan mengkasari speaker serta Adun Pakatan Rakyat 7 Mei lalu adalah  “pembohongan besar”,  kata Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat  itu berkata hakikat ialah  polis bertindak zalim terhadap Speaker V.Sivakumar dan adun-adun Pakatan atas arahan Barisan Nasional. ‘Pencerobohan polis ke dalam DUN Perak secara sesuka hati dan membawa senjata api yang dilarang ke dalam dewan bagi menarik keluar speaker secara paksa adalah tindakan provokasi yang mencetuskan lebih banyak kekecohan’, kata beliau kepada TVAntara.

Menurut Nizar,  Hishammudin dilihat cuba memutar-belitkan hal sebenar.  Rakaman video, menurut Nizar membuktikan kejadian sebenar berlaku. Sehubungan itu beliau turut menempelak Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hasan kerana enggan bertangunggjawab di atas perlakuan liar anggota polis pada siding DUN itu. ‘ Ketua Polis Negara perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan ini dan perlu meletakkan jawatan kerana anggota di bawah bidang kuasa beliau  melanggar undang-undang dengan mengasari mereka yang tidak bersalah’. Nizar percaya tindakan polis adalah dirancang dengan teliti kerana beratus-ratus orang anggota polis  telah ditugaskan berkawal diluar dewan ketika sesi DUN berlangsung.

Pendapat beliau turut disokong Pengerusi DAP Perak,Datuk Ngeh Koo Ham yang berkata begitu ramai   anggota polis merempuh masuk ke dewan walaupun tiada sebarang percakaran  fizikal antara ahli dewan negeri ketika itu. ‘Sebelum  mereka masuk hanya berlaku bantahan oral dari ADUN Pakatan Rakyat tetapi polis telah bertindak atas arahan speaker Barisan Nasional yang tidak sah untuk  enggunakan kekerasan ke atas  Sivakumar’. Ngeh kecewa dengan Hishamudin kerana “individu yang sepatutunya mendukung prinsip-prinsip keadilan sebagai Menteri Dalam Negeri meilih untuk melakukan pembohongan di Parlimen.” (TVA)

Read full story

Wednesday, June 17, 2009

Isu Perak Suruhanjaya Di-Raja Harus Ditubuhkan

0 comments

Suruhanjaya Siasatan Di-Raja harus ditubuhkan untuk menyiasat rampasan kuasa di perak, terutama sekali mengenalpasti dalang perbuatan itu yang mengheret perak ke krisis perlembagaan yang paling buruk dalam sejarah negeri itu. Ikuti Video temuramah wartawan daripada TVAntara

 

Klik “PLAY” untuk Lihat Video

Read full story

Saya Rela Diusir Kerana Pertahan Perlembagaan - Nizar

0 comments

MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN / PARLIMEN “Ia berlaku secara spontan”, kata Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin ketika disoal mengapa beliau melaungkan “Hidup Rakyat” dan “Bubar Dun” di dalam Dewan Rakyat sehingga menyebabkan beliau diusir keluar dari dewan legislatif itu. Menurut Nizar, saat mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang adalah saat yang memilukan kerana dalam masa beliau mengucapkan sumpah setia mempertahan Perlembagaan Negara, ketika itu juga BN bermaharajalela di Perak. “Kita sebagai seorang insan, mesti ada perasaan. Apabila kita megangkat sumpah mempertahan Perlembagaan, hati kita tidak boleh berasa lain – tidak boleh begitu. Apa yang berlaku hari itu adalah spontan, bukan sesuatu yang dirancang,” kata Nizar. “Saya percaya apa yang saya lakukan hari itu adalah apa yang sepatutnya saya lakukan. Saudara tahu kenapa saya berbuat begitu. Ketika saya mengangkat sumpah setia mendaulatkan Perlembagaan dan undang-undang, Perlembagaan yang sama ini diliwat Umno-Barisan Nasional,” tegas beliau.


Nizar dan enam Ahli Parlimen lain digantung Speaker Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan mereka menyatakan protes terbuka di dalam Dewan Rakyat terhadap kudeta haram Barisan Nasional di Perak.
Mereka memakai lilitan “Bubar Dun” di kepala dan tangan masing-masing yang menjadi sebahagian daripada kempen Pakatan Rakyat memulihkan demokrasi di Perak Darul Ridzuan. Namun sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, Nizar menganjak protes hari itu dengan melaungkan “Hidup Rakyat” dan “Bubar Dun” di hadapan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional.


Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang dituduh sebagai dalang kudeta haram itu, kelihatan terkebil-kebil melihat Dewan Rakyat bergema dengan protes Pakatan Rakyat. Perak diheret dalam kemelut politik berpanjangan setelah BN dituduh mendalangi rampasan kuasa dengan “membeli” tiga ADUN Pakatan Rakyat termasuk dua yang menghadapi tuduhan rasuah. Polis pelbagai unit dari serata negara dikerah ke ibu negeri Ipoh dan menyaksikan ratusan orang awam yang turun membantah rampasan kuasa itu ditahan termasuk wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat. Tidak cukup dengan itu, Barisan Nasional melantik Setiausaha MIC Perak, R. Ganesan, sebagai Speaker Dun walaupun Ganesan bukan seorang wakil rakyat.


BN kemudiannya mengarahkan pihak polis mengheret Speaker yang sah, V Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri Perak lalu mengurungnya di dalam sebuah bilik, sementara wakil-wakil rakyat Pakatan yang lain dikasari dan dicederakan. Nizar menjelaskan hari pertama persidangan Dewan Rakyat berlangsung adalah masa terbaik untuk menyatakan protes terbuka kerana semua wakil rakyat dan khususnya Perdana Menteri Najib Abdul Razak turut hadir hari itu.“Hari itu adalah masa terbaik untuk menunjukkan bantahan rakyat. Dimana lagi kita boleh berhadapan dengan wakil-wakil rakyat BN? Bahkan dalang rampasan kuasa, Perdana Menteri Najib Abdul Razak, tidak hadir hari ini. Jadi beritahu pada saya bila masa yang terbaik melainkan hari itu?” kata Nizar. (TVA)

Read full story

Monday, June 15, 2009

Hidup, Hidup, Hidup Rakyat…

1 comments

Bagi Blogger Keamanan Rakyat, kami berbangga dengan tindakan Nizar dan rakan-rakan ,keberanian untuk memperjuangkan hak Rakyat Perak amat dihargai. “Hidup..hidup..hidup rakyat, bubar, bubar,bubar dun Perak” Tahniah Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin!!

Read full story

Anwar Pertahan Tindakan Nizar

0 comments

keluarKetua Pembangkang, Anwar Ibrahim, mempertahan tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memakai lilitan hitam "Bubarkan DUN Perak" semasa permulaan sidang Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata, Parlimen luar negara membenarkan wakil rakyatnya memakai sebarang tanda bagi meluahkan sesuatu perkara ketika memasuki mesyuarat atau persidangan.


"Saya juga akan mengutus surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini berhubung tindakan beliau mengarah tujuh wakil rakyat pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat kerana enggan mematuhi arahan menanggalkan lilitan itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen. (TVA)

Read full story

10 minit Angkat Sumpah, Terus Diperintah Keluar

0 comments

KUALA LUMPUR 15 Jun – Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin diperintah keluar Dewan hanya selepas 10 minit mengangkat sumpah di Dewan Rakyat hari ini. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat arahan demikian kerana tidak berpuas hati terhadap bekas Menteri Besar Perak itu kerana dikatakan menjadi punca beberapa ahli Parlimen pembangkang memakai lilit kepala dengan perkataan 'Bubar DUN.' Turut diarah keluar ialah empat wakil rakyat pembangkang lain yang memakai lilit kepala itu.

Read full story