Saturday, June 27, 2009

UMNO dan KOMUNIS Sama Sahaja.


MANIK URAI, 27 Jun - "Kalau tidak mahu disamakan dengan komunis, UMNO mahu disamakan dengan apa lagi?" soal Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz berhubung tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan yang membuat laporan polis terhadapnya. Pertanyaan beliau mendapat reaksi yang pelbagai dari ribuan ponyokong PAS yang hadir pada malam itu, dengan memberikan pelbagai perumpamaan dan analogi.

 
Download this Media File - (Right Click)
Klik “PLAY” untuk lihat video lengkap ucapan TGNA
 

Nik Abdul Aziz menjelaskan isu kenyataan beliau yang menyamakan UMNO dengan komunis dalam ucapannya pada satu ceramah di Kuala Krai 26 Jun, baru-baru ini sebelum mengumumkan calon PAS di padang bola Manek Urai Lama malam tadi. Ekoran itu, Pergerakan Pemuda Umno Kelantan yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung kenyataannya yang menyamakan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis di Balai Polis Kota Bharu kelmarin. "Sekiranya salah satu daripada ciri-ciri yang ada pada komunis iaitu tidak mempercayai agama sudah ada pada Umno, maka tidak salah menyamakan mereka dengan komunis," Tuan Guru Nik Abdul Aziz dipetik berkata. Ketika ditanya tindakan polis berikutan laporan tersebut, beliau berkata tidak takut  kerana kenyataannya itu dibuat lebih berasaskan kepada kiasan terhadap sesuatu yang sesuai pada pandangannya.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, "walaupun UMNO secara keseluruhannya tidak menyerupai komunis, tetapi satu persamaan yakni mengetepikan hukum Allah sudah cukup untuk menyamakan meraka dengan komunis," ujar Menteri Besar Kelantan itu lagi. Laporan Pemuda Umno Kelantan terhadap Mursyidul Am PAS itu menuntut beliau dikenakan tindakan kerana dakwaannya dikatakan berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat.

0 comments:

Post a Comment