Thursday, June 18, 2009

Hishamuddin “bohong besar”


Tindakan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein membela tindakan polis menceroboh Dewan Undangan Negeri Perak dan mengkasari speaker serta Adun Pakatan Rakyat 7 Mei lalu adalah  “pembohongan besar”,  kata Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat  itu berkata hakikat ialah  polis bertindak zalim terhadap Speaker V.Sivakumar dan adun-adun Pakatan atas arahan Barisan Nasional. ‘Pencerobohan polis ke dalam DUN Perak secara sesuka hati dan membawa senjata api yang dilarang ke dalam dewan bagi menarik keluar speaker secara paksa adalah tindakan provokasi yang mencetuskan lebih banyak kekecohan’, kata beliau kepada TVAntara.

Menurut Nizar,  Hishammudin dilihat cuba memutar-belitkan hal sebenar.  Rakaman video, menurut Nizar membuktikan kejadian sebenar berlaku. Sehubungan itu beliau turut menempelak Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hasan kerana enggan bertangunggjawab di atas perlakuan liar anggota polis pada siding DUN itu. ‘ Ketua Polis Negara perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan ini dan perlu meletakkan jawatan kerana anggota di bawah bidang kuasa beliau  melanggar undang-undang dengan mengasari mereka yang tidak bersalah’. Nizar percaya tindakan polis adalah dirancang dengan teliti kerana beratus-ratus orang anggota polis  telah ditugaskan berkawal diluar dewan ketika sesi DUN berlangsung.

Pendapat beliau turut disokong Pengerusi DAP Perak,Datuk Ngeh Koo Ham yang berkata begitu ramai   anggota polis merempuh masuk ke dewan walaupun tiada sebarang percakaran  fizikal antara ahli dewan negeri ketika itu. ‘Sebelum  mereka masuk hanya berlaku bantahan oral dari ADUN Pakatan Rakyat tetapi polis telah bertindak atas arahan speaker Barisan Nasional yang tidak sah untuk  enggunakan kekerasan ke atas  Sivakumar’. Ngeh kecewa dengan Hishamudin kerana “individu yang sepatutunya mendukung prinsip-prinsip keadilan sebagai Menteri Dalam Negeri meilih untuk melakukan pembohongan di Parlimen.” (TVA)

0 comments:

Post a Comment