Showing posts with label suhakam. Show all posts
Showing posts with label suhakam. Show all posts

Tuesday, July 21, 2009

Mangsa Keganasan Polis Buat Aduan Suhakam

0 comments

suhakam-logo Adun Rawang Gan Pei Nei dan tiga pembantu khas kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat yang dikasari polis dalam perhimpunan aman Jumaat lalu memfailkan aduan ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Mereka turut menyerahkan memorandum mengutuk keganasan polis dalam meleraikan perhimpunan tersebut yang menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab keatas kematian Teoh Beng Hock.

Dalam pertembungan antara aparatus kerajaan dan orang awam Jumaat lalu, Gan Pei Nei cedera di kepala manakala pembantu kepada Adun Bukit Lanjan, Loo Chuan Boon, yang diseret sejauh 30 meter oleh polis. Manakala pembantu kepada Adun Klang, Sarah Vanitha Devaraj dan Ng Yap Hwa turut dikasari polis.Turut ditahan adalah Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam dan Exco Selangor Xavier Jeyakumar.

Memorandum kepada Suhakam itu menuntut supaya satu inkuiri dijalankan keatas insiden keganasan polis serta pencabulan pihak berkuasa keatas Fasal 10 Perlembagaan yang membenarkan perhimpunan secara aman.

Menerima memorandum tersebut bagi pihak Suhakam adalah Persuruhjaya Siva Subramaniam.

Dalam aduan kepada Suhakam, memorandum berkata arahan meleraikan perhimpunan adalah dari Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar.

"Ketua Polis Selangor Khalid Abu Bakar memberi arahan supaya perhimpunan dileraikan. Kira-kira 20 anggota polis berpakaian biasa, berseragam dan unti anti-rusuhan menyerbu kearah orang awam dan menahan beberapa orang termasuk wakil rakyat dan pembantu-pembantu mereka," menurut memorandum.

"Gan ditarik keluar secara kasar oleh lelaki-lelaki yang tidak berseragam. Ketika orang-ramai cuba menyelamatkan beliau, polis berpakaian preman tekan Gan ke  lantai lalu kepala Gan terhantuk. Polis lelaki menggunakan kekasaran melampau terhadap seorang perempuan, yang juga satu kesalahan seksual terhadap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri," tambah memorandum itu lagi.

Rakaman kejadian dan gambar kekasaran polis ditunjukkan kepada Siva Subramaniam sebagai bukti keganasan hari itu. Pengadu juga menuntut Suhakam supaya memantau mana-mana perhimpunan aman dan menjadi perantara antara orang awam dan polis sekiranya kerajaan terus mencabul hak untuk berhimpun secara aman.

"Loo dipukul berulang-kali oleh polis lalu terjatuh ke lantai. Seorang anggota memijak pergelangan tangan, dikasari dan digaru. Loo diheret sejauh 30 meter sehingga beliau jatuh pengsan," menurut memorandum itu.

Siva Subramaniam mendengar dengan teliti butiran kejadian dari pengadu sepanjang sesi aduan. Sebelum sesi berakhir, Siva memberi jaminan pihaknya akan menyoal pihak polis berkenaan kekasaran ini.

"Suhakam memandang serius kejadian ini, dan kita berulang-kali menegaskan bahawa hak untuk berhimpun secara aman harus dihormati dan semua undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan untuk berhimpun harus dimansuhkan segera," tegas Siva menjawab aduan mereka.

"Kami akan meminta butiran lanjut dari pihak berkuasa. Saya memberi jaminan bahawa hak warganegara yang termaktub dibawah Perlembagaan Persekutuan akan dikuatkuasakan," tegas Siva.

Salinan memorandum dihantarkan juga kepada Jawantakuasa Penyelaras Antarabangsa Keatas Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (ICC), Amnesty International Malaysia (AI Malaysia) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Read full story

Friday, July 3, 2009

BN Naik Berang Dengan Suhakam

0 comments
 

Kerajaan Umno-Barisan Nasional berang dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Abu Talib Othman yang menggesa pilihanraya diadakan segera di Perak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz berkata Abu Talib tidak lagi layak mempengerusikan badan hak asasi manusia itu kerana tidak berpendirian neutral dalam krisis politik di negeri Darul Ridzuan.

Pada Mei lalu, Abu Talib dipetik sebagai berkata rakyat Perak harus diberi pilihan untuk melaksanakan tanggungjawab menentukan kerajaan kehendak mereka. “Ini adalah asas hak asasi manusia,” tegas Abu Talib. Abu Talib berkata demikian ketika dimitna mengulas perlantikan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak dan kejadian Speaker V Sivakumar diheret keluar dari Dewan Undangan Negeriatas arahan Umno-BN.

Nazri berkata kenyataan bekas Peguam Negara itu bersifat subjudis dan boleh mempengaruhi keskerajaan Perak. "Itu ada pandangan beliau. Beliau ada kebebasan untuk menyatakan pandangannya. Bagaimanapun bagi saya, beliau tidak wajar menyatakan demikian," kata Nazri semasa membahaskan Rang Undang-Undang Suhakam (Pindaan) 2009. "Sebagai bekas pendakwa raya nombor satu negara, Peguam Negara, beliau tidak harus mempengaruhi hakim memandangkan kes masih dalam pertimbangan mahkamah. Sangat jelas ia adalah subjudis," katanya lagi.

Beliau seterusnya mengingatkan para persuruhjaya Suhakan harus neutral dan tidak dilihat menyebelahi mana-mana pihak. Menjawab peringatan Nazri itu, ahli Parlimen Tian Chua (PKR-Batu) menarik perhatian Dewan Rakyat kepada keputusan kerajaan melantik peguam Umno, Muhammad Shafee Abdullah sebagai persuruhjaya Suhakam.

Tian Chua mempersoalkan mengapa Shafee yang terbabit sepenuh masa dalam politik sebagai penasihat dan peguam kepada Umno dilantik sebagai persuruhjaya. Tian menambah dwi-peranan Shafee ini satu percanggahan serius kerana dalam pada dia dituntut supaya bersifat neutral sebagai seorang persuruhjaya, dia juga perlu memastikan kemenangan undang-undang berpihak kepada Umno-BN.

Abu Talib, mengeluarkan kenyataan berdasarkan interpretasi beliau keatas hak asasi manusia. Ini adalah berbeza dari kes seorang peguam yang dilantik untuk mewakili sebuah parti politik,” tegas Tian. “Bukan sahaja beliau aktif dalam politik, tetapi juga dia dilantik dan masih seorang persuruhajaya. Ini amat mengelirukan – bagaimana boleh seorang persuruhajaya Suhakam mengambil bahagian dalam kes-kes politik?” kata Tian.

Nazri menjawab Abu Talib tidak perlu mengulas mengenai isu Perak kerana kes tersebut tidak termasuk dibawah bidang kuasa Suhakam. Sementara Shafee pula, kata Nazri lagi, bergerak atas asas profesionalisma sebaik sahaja dia dilantik mewakili anak guam.

Read full story