Thursday, May 28, 2009

Dari Islam Hadhari Ke 1 Malaysia


Untitled-2 Selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu, apakah ganjaran yang dinikmati oleh rakyat? Sehingga hari ini tiada apa-apa perubahan walaupun perdana menteri sudah bertukar tangan daripada PM (Islam Hadhari) kepada PM (1 Malaysia).

Masih ingat dengan janji kerajaan untuk pengangkutan awam? Sampai ke hari ini peruntukkan berjumlah RM14 bilion untuk menaik taraf pengangkutan awam belum terlaksana dan ada di antara pengguna lebih selesa menggunakan kenderaan sendiri dari mengharap kepada pemimpin yang gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut. Pengguna sudah lali dan jijik dengan janji-janji manis pemimpin UMNO/BN hari ini.

Jika kerajaan betul-betul prihatin kepada rakyat, maka harus ada satu perubahan kepada rakyat. Rakyat bukan boneka yang boleh dipermainkan seperti dahulu malahan rakyat lebih bijak menilai pemimpin UMNO/BN yang banyak menipu rakyat. Rakyat lebih bijak daripada pemimpin tersebut.

Memandangkan situasi sekarang, ekonomi yang tidak stabil menyebabkan rakyat tidak berbelah lagi untuk menggunakan pengakutan awam jika tahap perkhidmatan itu baik. Pihak kerajaan perlulah mempunyai satu pelan jangka panjang agar mutu perkhidmatan pengangkutan awam setaraf dengan negara-negara lain.

Jika keadaan demikian berterusan, ini akan menyebabkan rakyat menanggung beban dengan masalah ekonomi yang melanda dunia hari ini. Lebih baik jika kerajaan memansuhkan tol agar rakyat tidak terbeban kerana kepentingan rakyat harus didahulukan daripada kepentingan kerajaan. Ini merupakan langkah terbaik demi memastikan rakyat hidup dalam keadaan slesa dengan situasi ekonomi sekarang.

( Artikel Sumbangan : http://kijang59.blogspot.com/)

0 comments:

Post a Comment