Wednesday, May 27, 2009

Surcaj tempat tidur naik bulan depan


barangnaik KUALA LUMPUR 26 Mei - Surcaj bagi perkhidmatan tempat tidur perkhidmatan tren ekspres antara bandar Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) ke semua destinasi naik antara RM2 dan RM3 mulai pertengahan bulan depan. Pengarah Urusan KTMB, Datuk Abd Radzak Abd Malek, berkata kenaikan surcaj yang sudah diluluskan kerajaan itu membabitkan RM3 bagi tempat tidur bawah manakala RM2 untuk tempat tidur atas. Beliau berkata, kenaikan itu tidak dapat dielak memandangkan kos operasi yang semakin meningkat dan surcaj itu tidak pernah disemak semula sejak tahun 1980-an. "Kenaikan itu sikit saja dan tidak mendatangkan banyak keuntungan kepada KTM, kami mengenakan surcaj tambahan itu kerana kos operasi syarikat semakin meningkat," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Anugerah Operator Rel Terbaik Kepada KTMB, di sini, hari ini. - Bernama

0 comments:

Post a Comment