PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR menetapkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan pada 14 Julai depan dengan penamaan calon pada 6 Julai. Tarikh itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, pada sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini sebentar tadi. Kekosongan kerusi DUN itu berlaku berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob, 60, kerana sakit jantung Jumaat lalu. Allahyarham adalah antara wakil rakyat Pas paling lama di Kelantan apabila menjadi Adun Manek Urai selama lima penggal sejak 1985. Hanya pada Pilihan Raya Umum 2004 beliau tidak mempertahankan kerusi itu, sebaliknya diwakili Zamzuri Mat Lazim, yang tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar, dengan majoriti 53 undi. Ismail yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kuala Krai, dipilih semula bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum 2008, dan berjaya menewaskan Mohamed Zulkifli dengan majoriti 1,352 undi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Salam Perjuangan- sila ke blog http://sdp5157.blogspot.com bagi membaca ulasan dari anakjati manik urai...tq
Post a Comment