Saturday, May 30, 2009

PM Fobia isu Altantuya


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin yang disoalsiasat polis selama tiga jam selama berhubung ceramah beliau di Penanti yang menyentuh mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu berkata isu tersebut mempunyai kepentingan awam dan harus diterangkan sejelas-jelasnya kepada rakyat. Ketika ditemubual oleh TV Antara beliau hairan mengapa perlu kerajaan Umno dan Barisan Nasional memandang serius perihal beliau membangkitkan isu pembunuhan kejam Altantuya semasa berkempen di pilihan raya Penanti. Semalam Chegu Bard hadir di ibupejabat polis daerah (IPD) Seberang Perai Tengah kira-kira jam 3.30 petang bagi membantu siasatan selepas polis menerima laporan dari ejen-ejen Cawangan Khas yang memantau aktiviti ceramah pemimpin Pakatan Rakyat. Beliau yang lantang menyuarakan isu-isu rakyat berkata isu Altantuya adalah isu nasional kerana ia membabitkan nama baik dan maruah Perdana Menteri Malaysia. Chegu Bard dalam ceramahnya mencabar Najib supaya menyaman akhbar dan media luar negara yang melaporkan pembabitannya dalam kes pembunuhan kejam ini dan jangan hanya berani bertindak terhadap media tempatan. Beliau didakwa melanggar undang-undang di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 500 (1)(b) Kanun Keseksaan. (TVANTARA)

0 comments:

Post a Comment