Saturday, May 30, 2009

Kelantan tertinggi selesaikan kes jenayah


buku_tok_guru GUA MUSANG (30 Mei SINARHARIAN)– Kelantan merupakan negeri yang dapat menyelesaikan kes-kes jenayah terbanyak, demikian dilaporkan semalam.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, dari segi jenayah indeks masa kini bagi seluruh Kelantan adalah 9.33 peratus. Menurutnya, ada kes-kes jenayah yang dilihat meningkat seperti kes seksual, samun, kes curi kereta dan juga pecah rumah waktu siang hari. “Keempat-empat kes ini perlu diberi perhatian, bagi membendungnya kita telah melaksanakan Ops Lejang. “Ops ini memerlukan kerjasama bersepadu daripada semua pihak kerana ia akan turut memberi kesan kepada ekonomi negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas antara Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Ahmad Termizi Abdul Haq dengan Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Aziz Hasan. Mazlan berkata, daerah Gua Musang pula mencatat penyelesaian kes jenayah yang dilaporkan pada tahap membanggakan. Menurutnya, peratusan jumlah kes jenayah yang berjaya diselesaikan di daerah Gua Musang adalah 58.57 peratus dan kes-kes lain turut berlaku di daerah ini berkaitan kes tanah dan ada di antaranya yang berjaya diselesaikan. “Ini menunjukkan komitmen yang begitu tinggi Ketua Polis Daerah dengan kerjasama semua pegawai kanan terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan.

0 comments:

Post a Comment