Kemenangan yang sudah diduga. Begitulah keputusan pilihanraya kecil DUN Penanti setelah calon dari Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Mansor Osman menang besar dengan menewaskan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris dalam pertandingan empat penjuru pilihan raya kecil yang berlangsung di Penanti hari ini.
Proses pengiraan membuktikan calon PKR Dr Mansor memperolehi 6,052 undi, manakala Aminah memproleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Dr Mansor menang dengan majoriti 5,558 undi.
Kehadiran pengundi kali ini paling sedikit mungkin kerana faktor Ketua Pemuda UMNO yang tidak membenarkan pengundi untuk keluar mengundi hari ini dan ada yang diangkut keluar dari Penanti yang ditaja khas oleh BN sempena bercuti untuk menunaikan tanggungjawab. Namun itu buka faktor yang merisaukan tapi perubahan majoriti yang mendadak kali ini sehingga mencecah angka 5000 lebih.
Laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah yang keluar mengundisebanyak 46.15 peratus iaitu kira-kira 7,100 orang berbanding 82.13 peratus dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, dan ia disifatkan terendah dalam sejarah negara.
Akhirnya rakyat telah menterjemahkan bahawa BN bukan lagi suatu kuasa besar tapi kuasa pengecut bila berdepan dengan rakyat. Jika mereka bertanding mereka akan mengalami nasib yang sama. Kali ini mereka kalah lagi walau mempertaruhkan calon bebas. Pakatan Rakyat sudah menjaringkan gol kelima menjadikan kedudukan 5-0. Perbezaan majoriti yang besar.
Sekarang Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) telah menawan Penanti manakala BN jadi Penunggu. Sekali lagi rakyat menguburkan calon bebas dan BN pun turut dikuburkan oleh mereka sendiri kerana pengecut tidak bertanding.
Plihan raya kecil ini diadakan berikutan perletakan jawatan sebagai Adun Penanti oleh penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan awal bulan lepas.
Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil ini atas alasan menjimatkan duit rakyat namun di Manek Urai mereka mrenggunakan duit siapa kalau bukan duit rakyat? Itu persoalan yang menjadi tanda tanya. Adakah duit scorpene atau komisyen kapal selam? Kita tengok BN akan menyelam dengan kapalnya di Manek Urai.
(( Artikel Sumbangan : http://kijang59.blogspot.com/)

Walaupun BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil di Penanti hari ini, pemimpin UMNO perlu memberi perhatian kepada keputusan pengundian itu. Perhatikan berapa ramai orang UMNO, MCA, dan MIC di situ yang masih setia kepada BN. Kalau mereka setia sudah tentu mereka tidak akan keluar mengundi, apatah lagi untuk mengundi calon bebas yang akan merugikan masa mereka. Bagi warga Penanti diucapkan selamat mengundi. Tunaikan tanggungjawab anda seperti mana yang telah diamanahkan. Undilah dengan bijaksana.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin yang disoalsiasat polis selama tiga jam selama berhubung ceramah beliau di Penanti yang menyentuh mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu berkata isu tersebut mempunyai kepentingan awam dan harus diterangkan sejelas-jelasnya kepada rakyat. Ketika ditemubual oleh TV Antara beliau hairan mengapa perlu kerajaan Umno dan Barisan Nasional memandang serius perihal beliau membangkitkan isu pembunuhan kejam Altantuya semasa berkempen di pilihan raya Penanti. Semalam Chegu Bard hadir di ibupejabat polis daerah (IPD) Seberang Perai Tengah kira-kira jam 3.30 petang bagi membantu siasatan selepas polis menerima laporan dari ejen-ejen Cawangan Khas yang memantau aktiviti ceramah pemimpin Pakatan Rakyat. Beliau yang lantang menyuarakan isu-isu rakyat berkata isu Altantuya adalah isu nasional kerana ia membabitkan nama baik dan maruah Perdana Menteri Malaysia. Chegu Bard dalam ceramahnya mencabar Najib supaya menyaman akhbar dan media luar negara yang melaporkan pembabitannya dalam kes pembunuhan kejam ini dan jangan hanya berani bertindak terhadap media tempatan. Beliau didakwa melanggar undang-undang di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 500 (1)(b) Kanun Keseksaan. (TVANTARA)
Kenapa mengatakan PAS berselindung disebalik BN? Sedangkan BN rakyat sudah tidak mempercayai ini kan nak berselindung disebalik BN. Contoh mudah, kalau sudah tahu penakut kenapa diajak untuk bergaduh. Nak bergaduh kena ada ramai bukannya hanya 6 orang. Siapa yang berlindung disebalik siapa? 39 ADUN PAS dan termasuk keADILan mahu lawan 6 orang BN? Sepatutnya BN yang berselindung dan kalau tidak, sudah lama BN tidak wujud di Kelantan jika PAS sapu bersih 45 DUN dalam Kelantan.
Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman. "Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam. "Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi. Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi. BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya. BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang. (MALAYSIAKINI)
Umno disaran supaya membenarkan golongan cerdik pandai dan cendiakawan memegang jawatan dalam parti itu bagi menarik lebih baik golongan muda menyertai dan mempercayai Umno. Pada masa yang, penganalisa politik dan sejarah, Datuk Dr Ramlah Adam berkata Umno juga perlu membuat kajian akademik untuk mengenal pasti kelemahan parti sehingga ramai golongan muda khususnya berpihak kepada parti pembangkang. Menurutnya, walaupun sudah berusia 63 tahun, Umno bukan parti yang lemah, tua tetapi ia dipimpin oleh pemimpin yang membawa pemikiran baru. Dr Ramlah menegaskan demikian dalam forum anjuran Ibu Pejabat Umno bertajuk "Umno Menempuh Arus" di ibunegara malam tadi. Forum tersebut dipengerusikan oleh anggota Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail, lapor Bernama.
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Kenyataan bekas Menteri Besar Selangor Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berhubung pemansuhan tol sesuatu yang 'ajaib' sama seperti Umno memboikot Pilihan raya kecil Penanti yang tidak pernah ada sejarah sebuah parti memerintah tidak turut serta bertanding. AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmaddalam satu kenyataannya memberitahu penindasan terhadap perjuangan membantah tol ketika beliau menjadi Menteri Besar tidak akan dilupakan dimana rakyat yang turut serta akan mendapat 'habuan' daripada pihak berkuasa seperti FRU antaranya terkena semburan gas pemedih mata, tangkapan dan asakan kasar. "Apabila tidak jadi kerajaan, baru insaf bahawa memang tol tindas orang. "Kami dibelasah oleh FRU, sembur gas dan minum air asid adalah harga yang kami bayar dalam perjuangan menentang dasar tol. Yang sokong tol ini ialah pemimpin Umno waktu berkuasa dan rakyat yang tidak tahu haknya sahaja," katanya yang mengulas kenyataan Khir dalam sebuah akhbar online.
Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menasihatkan para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi Ahad ini dianggap keterlaluan dan bersifat menghasut. Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata seruan Khairy itu jelas menyalahi sistem demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengundi sekaligus memilih pemimpin mereka sendiri. "Dia kata tidak mahu memperlekehkan institusi demokrasi negara ini tetapi seruannya jelas membuktikan, dia sendiri yang memperlekehkan sampai sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan itu. Katanya sifat pengecut Umno itu sudah terbawa-bawa sehingga ke tahap 'bahaya' apabila cuba menasihatkan para pengundi yang sudah matang dan bijak berfikir setelah menyertai 12 pilihan raya umum dan kecil untuk tidak keluar mengundi. "Saya minta pihak berkuasa. polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat kenyataan Khairy yang dilihat berbahaya, tidak demokratik dan tidak galakkan rakyat meneruskan amalan demokrasi yang sudah diguna pakai sejak sekian lama dan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada," katanya yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairy di sebuah akhbar hari ini yang menasihatkan pengundi tidak keluar mengundi kerana menyifatkan pilihan raya kecil yang diadakan di Penanti memperlekehkan institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Umno dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya begitu 'teliur' (teringin) menyertai pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti tetapi apa boleh buat ia tidak mendapat perkenan Presidenya, Dato' Seri Najib Tun Razak yang kononnya tidak mahu terjerat dengan mainan politik pembangkang dan mahu menumpukan hasrat menjana ekonomi. Di Penanti, walaupun ia tidak mendapat restu penyertaan calon Umno dan BN namun mulai dua malam berturut-turut parti yang hampir tengelam itu mula mengerakkan jentera penerangan ke beberapa buah kampung hatta di luar Penanti dengan harapan rakyat tahu kenapa BN bertindak begitu. Semalam dikhabarkan Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, Dato' Musa Sheikh Fazir mengadakan pidatonya di hadapan 50 orang di Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh. Malam ini Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Lokman Nor Adam dijangka mengadakan peneranganya di Dun Penanti. Sehari sebelum ini beliau sempat bertemu pemuda di Bahagian Tasek Gelugor di Kampung Lubuk Meriam dengan kehadiran 70 orang tempatan. Semalam Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti KeADILan, Badrul Hisyam Sharin ketika berucap di Bilik Gerakan Utama PAS N12 berkata, Umno sekarang macam gila talak berkokok di luar gelanggang. Pakatan Rakyat katanya, tidak takut menyertai pilihan raya untuk mengembalikan hak rakyat yang telah mengangkat Adunnya sebelum ini. Berlainan dengan Umno dan BN mereka bimbang kalah kerana bagi mereka kekalahan merupakan azab yang paling pedih. "Umno bukan senang melihat kita dok hentam mereka saban malam bagi menerangkan penyelewengan yang telah dilakukan. Mereka geram tak tentu fasal sehinggakah Timbalan Presiden Umno, Muhyidin Yassin tiba-tiba mengeluarkan kenyataan Umno tetap dibelasah oleh pembangkang walaupun tidak bertanding di Penanti," tegasnya. Satu lagi kebimbangan Umno dan BN di seluruh negeri ialah golongan 'celik komputer' yang mana rata-rata golongan berkenaan tidak menyokong BN. Sementara itu Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam ceramahnya pula menegaskan, Umno hampir dengan 'sakratul maut' maka mereka akan lakukan apa sahaja untuk menarik perhatian masyarakat termasuk menangkap sesiapa sahaja yang dikhuatiri boleh menjejaskan pengaruh Umno dan BN. "Sekarang ini ahli dan penyokong Umno tinggal golongan yang gigit mee tak putus sahaja yang ada gigi lazimnya keluar atau tidak memberi sokongan padu pada BN. Golongan veteran lebih senang dengan keadaan lama," jelasnya.




























