Saturday, June 6, 2009

Tuanku Dukacita Dengan Projek Barisan Nasional


KUALA TERENGGANU 6 Jun — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sedih dan dukacita dengan insiden runtuhan sebahagian bumbung stadium yang dinamakan sempena nama Baginda di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak dekat sini, Selasa lepas.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata Tuanku Mizan melahirkan perasaan itu ketika beliau menyampaikan sembah maklum berhubung tragedi tersebut kepada Baginda pada hari kejadian.

“Pada hari ini (semalam), saya sekali lagi menghadap Seri Paduka Baginda untuk mempersembahkan maklumat serta gambar-gambar runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. “Sudah tentu Baginda sedih dan dukacita terhadap apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai polis Terengganu dalam operasi bersepadu cegah jenayah dan samseng jalanan di sini, tengah malam tadi. - Bernama

0 comments:

Post a Comment