Monday, June 8, 2009

Anda Nampak Apa Yang Saya Nampak Sekarang??


 

20.H_terrenganu_FINAL_Page_1_Image_0001_full

3860331_999x663

3860332_1066x598

3860333_700x467

2557438299_7561c689b4_b

Gambar-gambar diatas adalah gambar-gambar sebelum Stadium Sultan Mizan di Gong Badak runtuh, Jika kita perhatikan betul-betul pada bahagian bumbung yang runtuh itu, terdapat ketidak samaan pada strukturnya. Stadium utama di kompleks sukan itu adalah yang pertama di Pantai Timur menggunakan rumput termoden dikenali sebagai “ow grass” selain menjadi stadium pertama di Asia menggunakan sistem bumbung tanpa kolum (tanpa sokongan tiang) di mana semua 134 meter bumbung dibina tanpa kolum.  Antara syarikat Bumiputera tempatan yang terbabit dan bertanggungjawab dalam pembinaan stadium utama ialah Bina Struktur, Emarcom, Gerbang Mercu JV serta Konsortium Protech, AZM Engineers, Senibahri Arkitek dan MAA Associates.
Bina Struktur sejak ditubuhkan banyak terbabit dalam industri pembinaan meliputi kejuruteraan struktur dan sivil berpengalaman luas dan kini sedang mengendalikan 48 projek bernilai lebih RM141 juta.
Bina Struktur ketika ini menikmati kemudahan kredit berjumlah RM5.219 juta daripada CIMB Bank dan kemudahan kredit lain dalam membekalkan bahan bina dan mesin bernilai lebih RM50,000 hingga RM800,000 daripada 12 syarikat pembekal.
Syarikat itu juga berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam kelas G7; Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Kelas A; Kementerian Kewangan; Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Tenaga Nasional Bhd di bawah Kerja Sivil Kelas A.
Emarcon Sendirian Bhd (Emarcon) pula yang ditubuhkan pada November 1996 dan berdaftar di bawah PKK Kelas A dan D memiliki modal berbayar RM850,000 dengan pakar dalam pembinaan dan dan kejuruteraan sivil sejak 1988 di cawangan pertama yang dibuka di Kuala Lumpur.  Marilah sama-sama Kita fikir-fikirkan.

0 comments:

Post a Comment