Sunday, June 7, 2009

Wujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan


SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Usul Dewan Pemuda PAS Pusat berhubung keperluan mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan disokong dengan majoriti selepas dibahas.  Usul tersebut dibawa oleh Naib Pemuda PAS Pusat, Ahmad Shabki Yusuf yang membidas dua polisi ekonomi yang dilaksanakan oleh BN merupakan langkah mundur yang boleh menjahanamkan kedudukan ekonomi bumiputera Islam.

Menurut beliau, pengumuman Menteri Kewangan tentang pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dalam rombakan kabinet merupakan tindakan yang menyalahi hasrat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini katanya, PAS konsisten dalam mengambil kira soal DEB sebagai satu senjata memperkukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu yang kebanyakkannya orang Islam.

0 comments:

Post a Comment