Sunday, June 7, 2009

Kerajaan Perpaduan Semuanya Karut


Mushidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menolak sebarang kerjasama dengan UMNO, khususnya yang menjurus kepada penubuhan kerajaan perpaduan BN-Pakatan Rakyat.

“Gesaan supaya diadakan kerajaan perpaduan ini adalah mengarut,” kata Menteri Besar Kelantan yang disambut dengan tepukan riuh oleh lebih 5,000 ahli PAS pada ceramah sempena muktamar PAS. “PAS tidak patut mengadakan perbincangan dengan UMNO, begitu juga UMNO dengan PAS,” tambah Nik Aziz.

Tokoh veteran itu menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti yang mengamalkan politik samseng dan seharusnya ditolak oleh PAS. “Matlamat kini ialah menyebarkan syiar Islam dan bukan untuk diadakan pertandingan bagi menentukan siapa yang memimpin dan siapa jadi pengikut,” tambah beliau.

Nik Aziz berkata PAS menolak mengadakan perbincangan dengan UMNO mengenai penubuhan kerajaan perpaduan. (TVA)

0 comments:

Post a Comment