Sunday, June 7, 2009

UMNO Pelik Dan Bengong Tolak B.Melayu


SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - PAS Kawasan Rembau dalam usulnya mendesak kerajaan segera memansuhkan Pengarajan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Usul PPSMI yang dibawa PAS Rembau ke Muktamar PAS ke-55 menyebut, Umno/BN telah menggadai dan mempertaruhkan nasib anak-anak bangsa sejak tahun 2003 demi memuaskan kehendak dan nafsu jahat pemimpin-pemimpin Umno.

Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani yang membacakan usul tersebut dihadapan perwakilan Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati dekat ini hari ini.

Taufek berkata, usul yang dibawa PAS Rembau bertepatan dengan roh Ucapan Dasar Presiden PAS yang turut menyentuh persoalan PPSMI maka amat tepatlah usul pendidikan ini dibentangkan.

Sebagai mukadimahnya kata beliau keputusan dasar kerajaan Malaysia berhubung PPSMI hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi, katanya.

Nota Kaki: UMNO memperjuangkan Melayu tapi tolak Bahasa melayu sendiri, tidak  pelik dan bengong kah tindakannya??

1 comments:

Anonymous said...

tengok je apa makna UMNO...dalam bahasa melayu ke english...

Post a Comment