Sunday, June 7, 2009

UMNO Gila Nak Bermuzakarah, Muzakarahlah dengan Murugiah dulu.


 KJ_KLCC01-1

KUALA TERENGGANU 7 Jun — Pergerakan Pemuda UMNO berharap muzakarah di antara UMNO dan Pas akan dapat diteruskan berikutan kejayaan Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa mengekalkan kedudukannya sebagai orang nombor dua dalam pemilihan parti itu semalam.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata pemuda UMNO bersikap terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan PAS kerana sejak selepas pilihan raya umum lepas soal muzakarah atau perbincangan di antara kedua-dua parti itu sudah mula dibincangkan. “Dengan kemenangan Ustaz Nasharudin agenda muzakarah ini dapat diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Progran Dana Bakti Remaja Terengganu 2009, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam tadi.

(BERNAMA)

Nota kaki: UMNO tidak mahukan D.Husam menang Timbalan Presiden kerana tak boleh nak bermuzakarah, jelas nampak terang-terang lagi. Ini bermakna UMNO nak bergantung kepada Kekuatan dan keteguhan PAS hari ini kerna mereka sudah lemah dan tak berdaya lagi. sekian

0 comments:

Post a Comment