Sunday, June 7, 2009

Perubahan Untuk Kedah


SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberi penjelasan terhadap beberapa perkara yang ditimbulkan perwakilan khususnya dari Pahang dan Perlis berhubung Kerajaan Negeri Kedah dibawah Pakatan Rakyat.  Akuinya, terdapat banyak perkara yang dilakukan belum dapat memuaskan hati rakyat sepertimana pemerintahan di Kelantan.

Hujahnya, Pakatan Rakyat baru 15 bulan mentadbir negeri Kedah sedangkan PAS telah 19 tahun mentadbir Kelantan. Oleh itu, beliau meminta agar semua pihak bersabar untuk melihat perubahan yang sedang dibuat. Janjinya, Kedah berusaha untuk melaksanakan pendekatan yang memudahkan rakyat. Beliau seterusnya memetik kisah kisah pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang dipersoalkan anaknya kerana tidak melaksanakan kritikan yang pernah dilontarkan kepada pemerintahan Muawwiyah sebelumnya.

"Kita mengaku, setelah 50 tahun Umno memerintah Kedah, banyak perkara yang kita susah nak ubah," terang beliau pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 di Stadium Malawati, hari ini.

0 comments:

Post a Comment