Monday, June 1, 2009

Kursus Matematik Untuk Umno


Muhyiddin mendakwa undi untuk PKR berkurangan berbanding dengan pilihan raya umum lalu, malah keputusan itu menunjukkan UMNO tetap kuat di Penanti. Jika itu benar, maka bertambah lagilah keputusan UMNO untuk tidak bertanding, tidak masuk akal. Sebagai Menteri Pelajaran, Muhyiddin seharusnya mempunyai kemahiran mengira yang lebih tinggi daripada analisisnya mengenai keputusan Penanti. Hakikat ialah calon PKR memperolehi majoriti yang LEBIH BESAR, iaitu 5,558 undi, berbanding 2,219 undi yang diperolehi oleh rakannya Mohamad Fairus Khairuddin pada pilihan raya umum lalu.

Dalam ertikata lain, Mansor memperolehi hampir 90 peratus daripada keseluruhan undi semalam, mengakibatkan kesemua tiga calon bebas (termasuk seorang wanita yang mendapat sokongan terang-terangan Umno)  hilang wang deposit mereka. Muhyiddin tentunya akur bahawa angka 5,558 (Mansor) adalah lebih BESAR  daripada 2,219 (Fairus).

Persoalannya cuma sama ada Timbalan Perdana Menteri jujur untuk mengaku sedemikian tanpa mengaburi fakta dengan andaian sendiri yang sukar diterima.  Justeru yang seharusnya jadi persoalan ialah mengenai peratusan pengundi yang rendah pada pilihan raya kecil Penanti iaitu kira-kira 46.15 peratus. Yang bingkas mengisytiharkan jumlah itu yang paling buruk dalam sejarah negara tidak lain dan tidak bukan Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof.Namun beliau berdiam diri dan berpeluk tubuh apabila berhadapan dengan tindakan  pemimpin seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menggesa orang ramai tidak keluar mengundi.

Apakah kenyataan Khairy tidak bercanggah dengan Akta Pilihan Raya dan bukankah ia mencabuli Akta Hasutan negara ini?. Adakah pemimpin Pakatan Rakyat boleh membuat gesaan yang serupa tanpa sebarang reaksi daripada SPR dan polis.?

Tidak dapat dinafikan peratusan mengundi merosot di Penanti, pada kadar lebih tinggi berbanding pilihan raya kecil yang lain. (TVA)

0 comments:

Post a Comment