Monday, June 1, 2009

PAS Kearah Parti Multiracial


muktamar55 Ini merupakan kejayaan yang dirintis oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa menjadikan PAS kearah parti multiracial sesuai dengan negara bermasyarakat majmuk tanpa hilang identiti asal Islam dan Melayu. Sambutan orang bukan Islam terhadap PAS menunjukkan satu perubahan politik luar biasa kerana dalam masa Umno tetap meneruskan propaganda melalui media kononnya PAS anti Cina dan India sebaliknya makin ramai kaum tersebut mahu mengetahui perkara sebenar mengenai PAS.

Oleh kerana PAS parti Islam maka menjadi kerja mudah kepada Umno sebelum ini, dengan menggunakan isu syariah Islam bagi menakutkan orang bukan Islam kepada PAS. Sedangkan apa yang diburukkan Umno itu secara tidak langsung merosakkan akidah mereka sendiri.

Umat Islam masih tidak lupa bagaimana Umno menghasut bukan Islam supaya jangan rapat dengan PAS. Jangan bagi PAS memerintah jika tidak kemaluan kaum lelaki kena potong atau jawi (sunat). Tiada siapa sangka PAS kini turut diminati kaum India dan Cina. Malah dengan keahlian seramai 20 ribu orang berbangsa Cina, India, Siam dan Iban menyertai kelab penyokong PAS, ia boleh melebihi keahlian sesetengah parti politik di Malaysia. (HARAKAH)

0 comments:

Post a Comment