Monday, June 1, 2009

Lagi Kebodohan UMNO


Lagi kata-kata jahil dari orang UMNO Kelantan kali ini datang daripada Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian yang mengatakan PAS kelantan menggunakan masjid untuk berkempen DUN Manek Urai. Katanya, pendekatan kerajaan negeri menggunakan khutbah jumaat untuk berkempen dan ini boleh menggugat perpaduan rakyat. Kata-kata itu dipetik dari akhbar Sinar Harian, 1 Jun 09 di muka K2 Edisi Kelantan.

Kenapa hari ini baru dia mahu cakap pasal perpaduan? Selama ini mereka buat tidak tahu sahaja. Mereka menimbulkan perkara ini kerana bimbang bahawa BN tidak dapat menawan Kelantan di DUN Manek Urai. Jadi banyak perkara-perkara yang berulang dilakukan BN kerana mereka sudah ketandusan isu.

Kata si mamat ni lagi, PAS agak bimbang kerusi DUN Manek Urai ini akan berpindah tangan kepada BN sehingga sanggup menggunakan masjid untuk berkempen. Apa yang berlaku kemungkinan mamat ini tidak faham apa itu khutbah dengan kempen. Bila khatib membaca khutbah menyebut pasal Manek Urai teus dikatanya kempen. Kemungkinan khatib hanya menyebut Manek Urai dalam khutbahnya dan tidak sentuh pasal politik. Agaknya orang UMNO sudah fobia dengan perkataan Manek Urai sehinggakan mengatakan berkhutbah untuk berkempen.

Dicadangkan lagi selepas ini jangan sesekali menyebut perkataan Manek Urai kerana ia merupakan isu sensitif bagi UMNO. Katanya lagi, masjid dijadikan tempat perpaduan dan bukannya sebagai wadah untuk penyebaran maklumat yang salah dan menanam kebencian dikalangan rakyat. Kita tanya mamat ini lagi sekali, betulkah PAS memecah belahkan perpaduan? Setahu rakyat, UMNO lah punca pepecahan perpaduan di negara 1 Malaysia ini. Kita tanya mamat itu lagi, sudah berapa kali PAS menyebarkan maklumat yang salah? Setahu rakyat, BN lah yang menyebarkan maklumat yang salah kepada rakyat dengan penyebaran berita-berita melalui media elektronik mahu pun akhbar? Kenapa mamat ini tidak jawab pasal yang ini?

MALAYSIA-POLITICS-UMNO Dia kata lagi, jika kerajaan (BN) menggunakan jentera dan infrastruktur yang ada bertujuan untuk menyebarkan maklumat, ia tidak salah. Kita tanya mamamt hingusan ini lagi, adakah BN menggunakn kemudahan yang betul? Kenapa media dikawal oleh mereka? Adakah itu betul? Papan tanda digunakan semata-mata untuk berkempen. Undi BN. Pendidikan anak-anak terjamin? Betul ke terjamin?

Mamat itu berkata lagi pasal khutbah jumaat, dia mendesak Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan membuat kajian terhadap teks khutbah jumaat. Kita tanya lagi, kenapa dia tidak menegur pemimpin UMNO dan kenapa negeri di bawah BN dikunci serta dihalang untuk menyampaikan kuliah agama? Tadi kata memecahkan perpaduan tetapi di negeri lain apa kata rakyat tentang melarang menyampaikan khutbah? Orang UMNO berfikiran singkat dan seperti cacing yang kebingungan.

(Artikel Sumbangan : http://kijang59.blogspot.com/)

0 comments:

Post a Comment