Gambaran yang berlaku di Penanti jelas menunjukkan BN sudah hilang kepercayaan daripada rakyat. Hanya mereka sahaja yang berkata rakyat mahu BN sedangkan rakyat sudah menterjemahnya pada PRK semalam. Jadi tidak hairanlah jika BN tidak masuk pilihan raya kerana rakyat tidak lagi bergantung pada BN.
Kemenangan besar Dr Mansor Osman dari Parti Keadilan Rakyat dengan majoriti 5558 undi sekali gus menewaskan ‘Minah Ronggeng’ dari bebas yang hanya mendapat 392 undi dan hilang wang pertaruhan. Manakala nasib lagi dua calon bebas menerima nasib yang sama seperti Minah Ronggeng yang mana Nai Khan Ari meperolehi undi sebanyak 494 dan Kamarul Rahizu Idris sebanyak 56 undi sahaja.
Rakyat sudah dapat menilai dan mentafsir apakah agenda sebenarnya yang akan dilakukan oleh BN. Adakah dengan adanya projek mee segera akan membuatkan rakyat terpesona sekiranya projek mee segera tersebut terbengkalai setelah BN menang. Jadi sebelum BN menang, awal-awal lagi rakyat menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menafikan bahawa BN bukan lagi tempat mereka bergantung. Dulu kalau tidak ada BN maka tidak akan selesa namun hari ini semuanya telah berubah. Skiranya BN tidak ada maka negara 1 Malaysia akan selamat daripada malaun-malaun yang menggigit duit rakyat.
Selepas ini BN akan di bawa ke Kelantan yang mana ada kerusi yang akan dipertandingkan iaitu di N 41 DUN Manek Urai Parlimen Kuala Krai. Mungkinkah BN akan dikuburkan di Manek Urai sekiranya mereka mengulanginya pada 4+1 pilihanraya yang telah berlangsung di mana mereka tewas berturut di 3 kawasan Parlimen (Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang) dan satu DUN (Bukit Selambau) manakala mereka tewas percuma di DUN Penanti. Manek Urai sebagai medan tempur pada mereka kerana mereka berada di kawasan kuat kubu PAS. Berjayakah mereka merampasnya dari PAS?
Adakah selepas ini Manek Urai akan ada calon bebas? Kemungkinan boleh berlaku kerana dalam pilihan raya tidak salah jika ada calon yang ingin bertanding jika mempunyai syarat-syarat mencukupi. Jika PAS menang maka PAS dapat Manek manakala BN akan terus terurai dibawa arus gelora yang menunggu masa untuk hilang.
(Artikel Sumbangan : http://kijang59.blogspot.com/)
0 comments:
Post a Comment