Monday, July 20, 2009

2000 hadiri pengkebumian mendiang Teoh Beng Hock


[jenazah2.jpg]

ALOR GAJAH kereta jenzah yang membawa mayat Teoh baru sahaja meninggalkan rumah bapanya di Taman Sri Kelemak menuju ke Nirvana Memorial Park di Semenyih.  Mayat Teoh telah ditempatkan di kediaman keluarganya sejak tiga hari lepas. Lebih 2,000 orang termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihat DAP Lim Kit Siang hadir memberikan penghormatan yang terakhir.

Bernama melaporkan Anwar ketika ditemui pemberita berkata beliau mahukan perubahan tatacara dan etika pihak berkuasa seperti SPRM dan Polis dalam mengendalikan kes siasatan terhadap saksi. "SPRM dan polis terutama Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan harus dipertanggungjawabkan kerana beberapa pelanggaran peraturan yang telah menyebabkan satu kematian," katanya.

0 comments:

Post a Comment