Thursday, June 4, 2009

PAS Sudah Mengenal Pasti Calonnya


PAS sudah mengenal pasti calonnya yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini, tetapi masih belum mahu mendedahkan namanya. "Kita sudah ada nama calon yang akan diletakkan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Manik Urai dan biasanya akan mengumumkan seminggu sebelum pilihanraya," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau yang juga menteri besar Kelantan berkata PAS tidak menghadapi masalah dalam menentukan calon kerana ramai calon dari parti itu yang berkelayakan, lapor Bernama.

0 comments:

Post a Comment