Thursday, June 4, 2009

Bimbang Pelajar Abai Subjek Agama


KUALA LUMPUR - Persatuan Peguam Syarie bimbang keputusan Kementerian Pelajaran mengurangkan subjek teras daripada enam kepada empat dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan membuatkan pelajar Islam tidak memilih subjek Agama dalam SPM.

Timbalan Presidennya, Musa Awang berkata, jika itu berlaku, beliau bimbang ia akan menghasilkan satu generasi yang tidak mengenali atau keliru dengan agamanya.Menurut beliau, pengurangan subjek teras itu adalah ekoran keputusan Kementerian Pelajaran yang mengehadkan pengambilan subjek dalam peperiksaan SPM kepada 10 bermula tahun depan.

"Perubahan drastik ini amat mengejutkan lebih-lebih lagi ketika konsep peperiksaan terbuka sebelum ini baru sahaja diperkenalkan."Jika dikatakan masalah ini timbul kerana bebanan akademik terhadap pelajar, kami berpendapat masalah ini tidak timbul kerana mereka berkeupayaan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. (kosmo)

2 comments:

Unknown on June 5, 2009 at 1:57 AM said...

Kat mana poster ni di jumpai,
Aku nak tau bangsat mana yang buat kerja macam ni..
Bangang betul,kecik-kecik tak nak mampus sudah besar menyusahkan orang !!!

Blogger Keamanan Rakyat on June 5, 2009 at 8:26 AM said...

saudara ijoks2009 boleh dapatkan gambar tersebut dengan search images pada google dan memasukkan kata kunci "isu babi", sudah pasti semua ini kerja tangan-tangan durjana

Post a Comment