Friday, June 5, 2009

LPKP Cekik Duit Rakyat


Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemuda wilayah) menolak cadangan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk menaikkan kadar tambang pengangkutan awam sebanyak 30%. Pemuda wilayah melihat cadangan ini sebagai sesuatu yang melampau dan tidak melihat kepada realiti kehidupan rakyat sebagai pengguna.

Caj tambang permulaan bagi perkhidmatan teksi yang ditambah daripada RM2 kepada RM3 terlalu mahal dan adakalanya tidak releven dengan jarak serta kualiti perkhidmatan yang diberikan. Naik sahaja, belum jalan lagi sudah kena bayar RM3. Ini sudah melampau. Sepatutnya bila naik sahaja, meter bermula dengan kosong hinggalah sampai ke destinasi baru tahu jumlah cajnya mengikut jarak dan masa. Selain itu cadangan kenaikkan kadar bayaran bagi meter teksi daripada 10 sen untuk 45 saat kepada 13 sen untuk 27 saat dilihat sebagai satu idea yang gila. Nilai caj meningkat sebanyak 3 sen tetapi tempoh masa pengiraannya dikurangkan sebanyak 18 saat. Ini adalah satu perkara yang tidak boleh diterima, dan pastinya rakyat membantah cadangan ini kerana memberikan keuntungan yang melampau kepada pemandu teksi.

Kamaruzaman Mohamad

Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

0 comments:

Post a Comment