Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Monday, June 15, 2009

UMNO Mahu Berdakwah Melalui TV ISLAM

0 comments

2003_09_11_inul KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - Umno dan Barisan Nasional (BN) cuba menarik sokongan undi orang Melayu dengan mengadakan saluran TV Islam sebagai persiapan mereka untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, tegas Ketua Penerangan PAS yang baru, Ustaz Idris Ahmad.

Tegas beliau, sudah menjadi trend setiap Perdana Menteri yang baru dilantik akan membina imej untuk menarik sokongan dan saluran TV Islam merupakan strategi Dato' Seri Najib Razak Tun Razak untuk dilihat Islamik. Malah perkara ini pernah dijelaskan oleh Tun Dr Mahathir Muhamad dalam buku 'The Malay Dilema' yang mengaitkan usaha kerajaan Perikatan membuat program untuk menarik sokongan orang Melayu. "Ini merupakan cara Umno/BN untuk menarik sokongan orang Melayu terutama di luar bandar. Usaha seperti ini perlu dilakukan untuk membina imej seorang Perdana Menteri yang baru dilantik bagi mendapatkan sokongan.

"Ia bukan perkara baru kerana di zaman Tunku Abdul Rahman dianjurkan musabaqah membaca al-Quran untuk dilihat Islamik dan menarik sokongan orang Melayu," tegas beliau. Dalam pada itu, Idris berharap jika saluran ini diadakan, dakwah yang dilakukan hendaklah mengikut versi Nabi Muhammad s.a.w. bukan dakwah versi Umno. Jika dakwah versi Umno dimuatkan dalam setiap program saluran tersebut, ia dibimbangi tidak akan mencapai matlamatnya.

Kerajaan baru-baru ini meluluskan sebuah lagi saluran televisyen baru yang dikhaskan untuk televisyan Islam. Ia dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan dan dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Jamil Khir Baharom.

Read full story

Tuesday, June 9, 2009

PAS Demokratik tapi SIS itu HARAM Sebenarnya

0 comments

KUALA LUMPUR: Sisters In Islam (SIS) menyifatkan usul Pas untuk mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan mengharamkan pertubuhan itu sebagai satu tindakan mundur dan tidak demokratik.
Pengurus Kanannya, Marina Chin Abdullah dalam satu kenyataannya berkata, usul dibuat pada Muktamar Pas, kelmarin, adalah tanggapan prejudis terhadap SIS dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan bersuara.
"Usul itu hanya membuktikan keangkuhan dan sifat tidak demokratik Pas yang mencanangkan prinsip demokrasi dan tidak akan mendiskriminasi mana-mana pihak dalam pilihan raya lalu.

Nota Kaki: Ulama Islam sudah letih dengan golongan bernama Islam dan berpersatuan menggunakan perkataan Islam sebaliknya lebih banyak mencari kesalahan dalam Islam daripada bertindak sebagai kumpulan yang menegakkan syariat Islam.  Tidak ada persatuan yang menggunakan nama agama mereka dan bertindak memburukkan serta mencari kesalahan kepada agama mereka sendiri sebalik kumpulan yang meletakkan Islam pada nama pertubahan itu boleh bertindak mencerca dan menghina peraturan Islam.Islam mempunyai syariatnya tersendiri dan sesuai diterima mengikut arus zaman bagi melahirkan masyarakat, negara serta keluarga dan individu yang harmoni mengikut had dan batas yang ditentukan.

Jika peranan syariat ini tidak diguna pakai ia akan melahirkan manusia seumpama binatang dan ini nyata berbeza serta bertentangan dengan apa yang diperjuangkan pada `zaman pencerahan’ iaitu menanam kebencian terhadap peranan agama Kristian bagi mendapatkan kebebasan mutlak.Sebagai orang Islam mereka sepatutnya mempelajari Islam melalui ulama Islam bukan daripada musuh Islam seperti golongan orientalis. (HARAKAH)

Read full story