Sunday, June 7, 2009

UMNO laksana pendekatan halus, Sebelum Ini Kasar Sangat


KOTA BHARU 7 Jun — Umno Kelantan akan menggunakan kaedah halus dan menghormati masyarakat setempat dalam mendekati serta memahami pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Manik Urai.

Malah, Umno Kelantan kini akan menggunakan kaedah pendekatan dari rumah ke rumah daripada melaksanakan majlis ceramah secara besar-besaran kerana tidak mahu menyusahkan pengundi untuk datang semata-mata mendengar ceramah politik. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata pendekatan dari rumah ke rumah dilihat lebih berkesan kerana jentera politik dan pemimpin yang datang kepada rakyat untuk memberikan penjelasan.

“Kita akan adakan juga ceramah, tapi ceramah yang lebih berbentuk melibatkan dua atau tiga rumah sahaja. “Ceramah besar-besaran akan dibuat juga tetapi tidak banyak berbanding ceramah dari rumah ke rumah. Jadi ini satu perubahan pendekatan yang dilihat berkesan,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Nur Abadi Garments Sdn Bhd di sini hari ini. BERNAMA

0 comments:

Post a Comment