Monday, June 8, 2009

Patutkah bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib?


KUALA LUMPUR: Sasterawan ulung Inggeris, William Shakespeare pernah berkata: 'to be or not to be, that is the question'. Petikan pujangga itu bermain di fikiran apabila merujuk kepada sama ada bahasa Inggeris patut dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin melontarkan persoalan itu untuk dibincangkan oleh orang ramai dan bagi kerajaan mendapatkan maklum balas.

Katanya beliau dimaklumkan bahawa ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus.
"Dengan itu, saya tidak fikir ia (tidak menjadikan mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib untuk lulus) memenuhi tujuan kerana bahasa Inggeris adalah bahasa yang amat penting yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita," katanya semasa merasmikan penubuhan Persatuan Alumni Maktab Kirby yang baru di sini hari ini.
Beliau berkata untuk meningkatkan kualiti kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, pengajaran mata pelajaran bahasa Inggeris perlu dilakukan oleh guru berkelayakan.

"Mungkin idea yang baik ialah mencontohi konsep Maktab Kirby, (iaitu) menghantar guru belajar bahasa Inggeris di persekitaran yang bertutur dalam bahasa Inggeris," katanya. (BHARIAN)

1 comments:

pria malaya on June 9, 2009 at 12:55 AM said...

rasanya dlm isu subjek teras ni, BI xjadi isu, sememangnya kerajaan begitu meng'anas emas'kan bahasa asing ini..

cuma, yg jadi isu skang ni ialah subjek pengajian Islam, adakah ia akan berubah statusnya dari subjek teras kpd hanya subjek pilihan shj?..

Dilema Pelajar SPM (2)- Subjek Teras
http://priamalaya.blogspot.com/2009/06/dilema-pelajar-spm-2-subjek-teras.html

Post a Comment